Surah an-Nur:31 : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Pertamanya, saya adalah seorang wanita yang tidak bergincu & tidak juga mempunyai kasut tumit tinggi. Orang Islam 'dilipat' sana-sini. Sekonyong-konyong keluarlah berita di The Star tentang dress code di Kelantan lantas Jed Yoong seorang yang bukan Muslim menempelak seperti di bawah:
Wong Chun Wai can’t stop obsessing about how women in Kota Bharu dress. This time, he has gone too far by LYING that the Kota Bharu City Council (MPKB) has “issued an order to ban female workers of the MBKB and permit holders from putting on lipsticks or wearing high-heels”.
THIS IS FALSE. No by-law has been passed or enforced. An advisory on “preferred” modes of Islamic dressing was distributed.
Sinar Harian has corrected this blatant lie and irresponsible, unscrupulous and defamatory report by The Star and Bernama.
Oh yeah, Wong Chun Wai’s puppy, Tony Pua, also slammed PAS earlier about dressing. Looks like the two Chinamen have a fetish for Islamic wear. Or are they both just sex maniacs obsessed with what women wear?
Ada pulak yang samakan PAS akhir-akhir ini sebagai Taliban. Weih korang... korang kenal ke dengan Taliban tu? Kenal yang sekenal-kenalnya. Sebelum kata orang tu Taliban, orang ni Taliban, baik kenal dengan siapa itu Taliban terlebih dahulu daripada mencedok sumber dari barat. Tak kenal? Baik diam.
Ni perang doktrin sebenarnya. Contohnya : orang kafir bila letak perkataan 'terrorist' selalu dalam surat khabar, apakah yang akan terjadi? Yang jadi adalah perkataan tu lekat dalam kotak fikiran. Maka manusia pun beranggapan bahawa yang berjanggut & berserban itu 'terrorist'. Betapa senangnya dakyah tersebut menjajah minda manusia. Tak payah keluar berperang lagi. Cukup dengan perang saraf!
Kiranya ni sama keslah dengan masa saya belajar dulu. Setiap subjek tak kiralah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris terutamanya di dalam soalan esei ditekankan tentang kebaikan privatisation. Hingga kini saya masih mengingatinya menunjukkan betapa hebatnya doktrin yang diciptakan di peringkat sekolah. Sedangkan apabila kerja, birokrasi/karenah syarikat hasil penswastaan ni memang benar wujud dan adakalanya menyusahkan rakyat!
Begitu juga jika ada manusia yang kata B*/Ameno pembela rakyat & membangunkan rakyat selama ini. Heh.. cuba tanya lebuhraya Shah Alam-Batu Arang tu dibina atas duit siapa? Atau jalan belakang Saujana Utama ni sumber duit/kontraktor/pembinanya siapa? Kebanyakan kemudahan di Malaysia ni dibina oleh siapa kalau nak tahu? Pemaju! Jadi siapa-siapa nak claim Projek B* (satu lagi doktrin sesat dan menyesatkan) tu memang dasarlah! Setiap pemerintah WAJIB sediakan kemudahan untuk rakyat jelatanya & saya tak rasa bangga pun.
Berbalik kepada topik, tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya punca rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
”Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
”Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Pilihan di tangan wanita itu sendiri sama ada nak jadi wanita solehah mahu pun wanita jahiliyah. Saya merasakan amat bagus sekali pihak berkuasa tersebut mengambil inisiatif mengingatkan kaum wanita tentang pakaian Islam yang sebenarnya. Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah. Bukan yang bergincu atau yang bertumit tinggi! Reti?
Baca juga Roslan SMS Corner, Kembara Minda Perjuangan...Suara, Ustaz Rosly Dhoby & Malaysiakini.


6 comments:
wah wah...menariknya tazkirah hang hari ni. tak ku sangka rupa2 berita yg ku baca semalam cuma propaganda sorang apek cina yek? nak kena sunat ke apek tuh...hehe
KC
>>> kak kc:
satu lagi blog harus baca - Roslan SMS Corner. apek cina tu boleh ditemui di sini. tak guna nak sunat orang yang tak mengerti!
tolongla semua org kenapa selalu piki kelantan mcm itu mcm ini.
ms mula2 masuk U i was asked by somebody (ramai sbnrnya)..
-kat kelantan ada kereta tak?
-org kelantan semua pakai tudung labuh ke?
-kau pegi sekolah naik bot ke? aku tgk kat TV org kelantan naik bot g skolah.
-etc.
OH SUNGGUH STUP*D SEKALI OK!
:)
kelantan negeriku sama saja seperti negeri2 lain. cuma tak adalah mamat2 berambut cacak2 subang di hidung & awek2 nampak pusat/alur b*nt*t. kalo ada pon itu adalah golongan yg dah sesat di kuala lumpur.
saya still berani pakai lorong belakang jalan di Kota Bharu, x ada mat2 petttt yg bergelimpangan (diorang punya port baik punya, xde la duk tepi2 longkang).
i like Kelantan ppl (bkn kenegerian ek) cos when they go anywhere (outside kelantan), they can be good frens just bcos they are kelantanese & kelantan dialek still terpelihara lg. hehehe.
hahaha. teremo sampai keluar dr tajuk sebenar.
gittewww yer..
>>> lina:
tak per lepas geram. kalau akak pun akak rasa marah bila orang asyik condemn negeri kita. bukan sebab taksub, sebab yang dicondemn tu tak betul pun.
setahu & sekenal akak, anak2 kelantanlah antara yang cerdik2. even my x-bf is a kelantanese. anak2 sedara akak ada di kg ketereh (ayah orang perak+mak orang kelantan). salah seorangnya seusia akak dan telah pun meninggal di bumi Pakistan. yang bagusnya orang2 kelantan ni sebenarnya banyak duit. kalo tak, tak de la sampai biaya anak belajar di oversea guna duit hasil titik peluh sendiri.
yang sedihnya - sumbangan orang kelantan terhadap negara seringkali dipandang serong. kata2 yang tak patut i.e. mencari rezeki kat negeri orang lain sering kedengaran. sedangkan orang macam akak sendiri bukannya penduduk selangor ni.
budu kan telah dijadikan kajian di jepun sedangkan berita mengenainya ditutup rapat. ini mainan politik semata bagi menampakkan keburukan kelantan. doctrine remember? tu sebab kawan2 awak tu jadi camtu.
>>> me:
gitewww apernye me... dok pehe!
Post a Comment