Sebelah pagi semalam, Adam bermain di kabinet dapur seorang diri. Senyap je. Kalau senyap, sah ada projek mega. Mak dan kakak dia di depan sedang menonton TV, saya pula tengah melayan si kecil. Telinga saya ni terdengar-dengar juga bunyi seperti kaca bergeseran. Saya biarkan dulu. Lama-lama terfikir.. ehh bunyi macam kaca pecah ni..
Saya ke dapur. Rupanya Adam sedang mengutip sisa kaca yang telah pecah dari tudung bekas biskut. Ya Allah.. budak ni.. kata saya. "Dah.. jangan main lagi." Saya kutip kaca-kaca yang kecil tu dan buang ke dalam singki. Tangan dia berdarah juga tapi dia tidak menangis. Rasa marah juga tapi saya pendamkan dan tidak terus naik tangan. Cukuplah saya melihat lukanya tidak sebesar mana.
Syafiah suka jika saya berada di sisinya walau pun saya tidak bersuara. Dia tahu. Jika saya pergi jauh, dia akan berbunyi-bunyi seperti memanggil saya semula. Tapi dia tidak menangis. Sebelah petang ketika saya sedang menyusukannya... mak di dapur memanggil saya.
"Ela cuba hang mai sini.. tengok ni.."
Mak kata lagi selepas dia selesai solat Adam ada naik ke atas dan cuba memberitahunya sesuatu. Adam dengan Mak macam getah. Kawan baik. Bukan bermakna dia tidak manja dengan saya. Abang Nua pernah kata bahawa Adam ni anak semua orang disebabkan dia mudah melekat dengan orang lain yang menjadi pilihannya. True.. masa dia bayi memang dia menjadi perhatian ramai. Sekarang juga masih begitu.
"Maktok.. Adam bagi pecah toloq" tapi bunyinya tidak dapat ditangkap oleh mak terutamanya di bahagian 'toloq' tu. Bagi saya, susunan ayat Adam adalah amat lengkap. Saya juga tidak mengendahkan apa yang cuba diberitahunya kepada saya ketika dia turun ke bawah. Kata-kata dia macam dengar tak dengar sahaja.
Selepas itu, Mak pun turun ke bawah dan duduk di kerusi. Kemudian baru dia ke dapur.
Kali ini, Mak dapat menangkap apa yang Adam katakan. Rupanya dia telah memecahkan sebiji telur dari dalam peti ais. Kulitnya betul-betul di bawah pintu peti ais itu. Kelihatan seperti telah dilap lantainya.
Guess what he did? Dia telah mengelap lantai yang terkena telur tu dengan lampin kain adiknya yang saya letak di dalam bakul untuk dibasuh. Dia lap sehingga lekitan telur tu hilang. Bagus le tu.. tak yah nak lap lagi.. hehe
Kali ini saya tidak rasa marah tapi rasa quite impressed sebab budak sekecil itu tahu tanggungjawab untuk berkata benar tentang apa yang telah dilakukannya & telah juga melakukan sesuatu yang telah diajar sekiranya sesuatu tumpah ke atas lantai. Saya tidak mengatakan cara saya ajar itu benar.. wallahu'alam.
Hati kecil saya berkata.. alangkah benarnya jika kita berlembut tapi tegas dengannya seperti reaksi saya pada sebelah pagi semalam (tanpa memukul), anak itu dengan sendirinya akan terdidik untuk bercakap sekalipun dia melakukan kesalahan. Sungguh menginsafkan.
*************************************************
Petikan dalam buku Ust Zahazan Mohamed, Anakku Hebat Anakku Soleh, ms 26 :
"Hukuman yang dihadkan itu berada di antara amaran yang menakutkan anak untuk melakukannya dan hukuman yang menyebabkan masamnya muka anak itu kerana kesedihan yang amat sangat. Semua cara yang menghina dan menyebabkan luka yang parah dalam perasaan anak. Kadangkala menyebabkan anak menyimpannya lalu jadilah dia seorang yang panas baran, emosional dan sebagainya"
*************************************************
Di dalam hadis ada diceritakan seorang sahabat memukul hambanya kemudian dia terdengar suara Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ketahuilah wahai Ab Mas'ud (pemukul), pukullah dia dengan cara yang patut (janganlah berlebih-lebihan)."
Apabila terdengar sahaja seruan Nabi s.a.w., sahabat yang memukul tadi berkata:
"Dia aku bebaskan kerana Allah."
Nabi bersabda:
"Jika engkau tidak melakukan begitu nescaya engkau akan dibakar api neraka."
*************************************************
Saya berdoa di hari Jumaat ini (moga diangkat doa ini) semoga anak-anak saya akan terus berkata benar dan menjadi anak-anak yang taat pada Allah hendaknya.


8 comments:
t.kasih di atas entry ini. ia menyedarkan mami cara mengajar anak bila dia besar nanti...yg pasti bukan dgn cara memukulnya
bagus lah dari kechil di ajar berkata yg benar kan?
Salam...salam...maklang datang tak berjemput. Selalu nampak nama Sue kat blog kawan2 maklang, teringin pulak nak bertemu...
betul tu...mengajar anak dari kecilkan..InsyaAllah menjadi seorang yang berguna...
Comelnya si kecik tu, kecik dah tahu tanggungjawab .. alhamdulillah dia tak apa-apa dengan kaca pecah tu .
ala bagusnye Adam..respectlah! hehe..
alhamdulillah...
>>> mommy lily :
kadang2 tak pukul, tercubit jua.. hiks
>>> kak elle :
saya memang suka bila anak2 saya mengaku buat silap. kalo tak ngaku tu yang rasa nak mencubit tu
>>> mak lang :
thanks for dropping by. tanpa rakan blogger sunyi sepilah blog saya ni.. saya sebagai ibu ni risau jugak kot2 ada ajaran saya pada mereka jadi ajaran sesat plak..
>>> kak rina :
nak je marahkan dia.. tapi biarlah dia sedar sendiri bila tangan dia berdarah
>>> mommyadam :
adam ni memang selalu menarik perhatian pun. ramai orang selalu ingatkan keletahnya
Post a Comment