Tuesday, April 8, 2008

Percutian Dirancang


Tadi suami baru je menelefon untuk confirmkan sesi jalan-jalan cari tempat tido (JJCTT) di Kuantan Tembeling Resort pada 19hb ni.. minggu depan je.. tak jauh. Inilah kali pertama kami nak bergerak jauh setelah Syafiah keluar dari 'hostel'. Sebelum dia keluar tu ada la 2 kali kami ke Penang, itu pun sebab kampung kami di utara Perak tu tak jauh dari Penang.

Kali pertama ketika menyambut mak pulang dari Mekah selepas selesai melakukan ibadah haji. Kapal terbangnya mendarat di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Kali kedua, ketika suami 'mengidam' nak makan pasembur Padang Kota. Masa tu anak-anak saya bukan main gembira bermain di kawasan permainan sehinggakan tidak mahu balik awal.

Mak dengan imej terbaru selepas pulang dari mengerjakan Haji
(alhamdulillah.. Allah.. serulah aku!)



Mastura & Adam di kawasan permainan di Padang Kota.


Lagi pun, anak-anak saya sentiasa menuntut agar dapat ke 'Tempat Best' seperti yang selalu kami lakukan. Bila sesekali tak keluar daerah maka pasti mereka akan menuntut. Itu la padahnya kalau selalu bawak anak JJCTT..

Biasanya kami hanya JJCTT spontan tanpa merancang tapi since one of the apartment there is owned by husband's co, the staff could rent it for a low rate of RM30. Tahun ni negeri mana pula yang kami akan selalu ulangi.. macam tahun lepas, Johor dilawati sehingga 4 kali. Sampaikan bila diajak ke sana lagi, saya macam seakan-akan ingin surrender. Ohh.. cukuplah.. tapi sampai ke penghujung tahun, kami pergi lagi untuk ke sekian kalinya walau pun mengingatkan perkataan 'Johor' tu dah terasa semacam. Maaf le...

Saya teringatkan satu dialog di dalam cerita 'Jelatang' (jarang tengok tapi tertengok episod ni), lebih kurang begini bunyinya.. maaflah kalau tak sampai maksud:

"Kita selalu melarikan diri ke alam semulajadi apabila hati kita tidak tenang. Mengapakah kita lari mencari alam yang tenang? Dari manakah ketenangan itu datang? Ketenangan itu datang dari Allah s.w.t. Maka jika kita mencari tenang, sebenarnya kita mencari Allah."

Begitulah sepatutnya.. alam semulajadi ini satu anugerah yang memperlihatkan kebesaran Allah s.w.t. bagi mereka yang mahu berfikir:

Ayat 190-191 surah Ali-Imran yang bermaksud; “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat) bagi Ulul al-Bab (orang yang berakal). (iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), “Wahai Tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari azab neraka”.

Agaknya mungkin itulah salah satu sebab mengapa afdhal berdoa bagi yang bermusafir dengan niat yang baik terutama sekali jika berniat untuk membesarkan Allah s.w.t. Jadi, tunggu apa lagi.. bawak-bawak la diri tu pergi bercuti...


**********************************************************


Pagi tadi hujan, petang ni pun hujan menyimbah bumi bertuah ini. Tiba-tiba teringat lagu Antara Hujan Dan Airmata (Allahyarham Sudirman) yang diberikan nafas baru oleh Saleem.. amongs my favorite, have fun...



Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku

Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku

Bridge:
Ohhh... hujan..
Di antara airmata ku
Menitis laju
Bersama pilu pilu

Korus 1:
Ku cuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan

Korus 2:
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku ooh..
Kasih

Semakin ku cuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku ooh..
Kasih

7 comments:

Zareda Norman on April 8, 2008 at 5:50 PM said...

subhanaAllah.. comelnya mastura.. geram nyer kiut rasa nak geget.

Kak zar memang geram tengok baby girl kiut kiut, dengan sepit rambut, baju ropol ropol.. suka sangat..

Sue.Aleen on April 8, 2008 at 8:23 PM said...

>>> kak zar :
subhanAllah & alhamdulillah.. semo kurniaan dari Allah. geget la kak zar, tak luak pun pipi dia tu.. hihi..

Kak Elle on April 9, 2008 at 11:55 AM said...

mmg cantik anak2 tu bulat nya mata dah besar nanti mest byk peminat:)

oh nak gi jln2 eh nak itot?hehe

Sue.Aleen on April 9, 2008 at 12:10 PM said...

>>> kak elle :
mata adam paling bulat & mata hitam dia besar.. kadang dia tengok kita pun naik serammmm..

meh ler ikut.. bilik ada 2 lagi kosong..

silversarina on April 9, 2008 at 12:58 PM said...

Nak gi jalan, anak-anak memang suka sangat...

muda lagi emak you ... akak suka black jubah.

ada sorang kawan ni kerja TM every year akan bercuti ke cerating sebab TM ada rest house di cerating.. akak pulak yang rasa macam.. tak jemu ke diaorang tempat sama je bercuti, tapi pada mereka di situlah damai terasa.

Ms. Angry on April 9, 2008 at 12:58 PM said...

seronoknya pergi cuti. Saya dah bertahun tak bercuti. Akhir sekali pada hujung 2005 ke KT. Selepas tu, sungguh muram. Mungkin saya pun akan pergi bercuti, tapi tak pasti lagi.

selamat cuti!

Sue.Aleen on April 9, 2008 at 2:37 PM said...

>>> kak rina :
jom le join sue ni.. lagi pun kuantan dengan kemaman tak jauh dah kan.. bilik pun ada 3.

my mom 63 this year.

jangan pelik.. satu tempat yang saya tak jemu pergi sungguh pun TAK BANYAK aktiviti boleh buat.. fraser's hill. haha..





>>> intan :
jom join plan kita.. lepas ni mungkin ke kelantan.. & langkawi yang jadi agenda tahunan

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez