Monday, April 7, 2008

Kompromi


Anyway, rasa marah dan terkilan saya semalam dah hilang apabila Syafiah biasa je hari ni. Macam tu la saya ni - short temper. Temperature sesuka hati naik, sesuka hati plak dia turun. Honestly, kalau berselisih rasa dengan suami, saya boleh bangun dan buat macam biasa keesokan harinya macam tiada apa yang berlaku sebelum itu. Dengan syarat saya kena tido. Bila dah bangun tu malas la nak fikir apa yang saya geramkan semalam. Life must goes on. Lagi fikir lagi pening.

Mungkin inilah yang orang katakan 'kompromi', bukan takat-takat dengan perbuatan tapi dengan perasaan jugak. Kompromi ni tidak memerlukan kata-kata maaf dari insan yang kita sayangi. Saya sering berfikir, mungkin aku juga ada banyak silap padanya dan dia hanya pejam mata, pekakkan telinga... Saya tahu antara insan yang boleh menjaga anak-anak dengan baik adalah suami dan ibu saya sendiri. Adakalanya saya pun lalai juga..

Kes semalam tu membuatkan saya terfikir kata-kata orang... anak-anak kecil ini dijaga oleh Allah s.w.t. melalui kedatangan malaikat. Mak pula ketika saya bangkitkan cerita orang buang bayi berkata, "Pelikkan macam mana baby yang orang jumpak yang hidup tu boleh ok ja walau pun kadang-kadang dijumpai orang dalam keadaan bersemut. Anak-anak biasa ni kalau letak kepala dia atas lantai pun dia dah bising, inikan plak yang berbantalkan tanah."

Yep.. amazing how they can survive! Ada satu cerita baru-baru ni yang menyentap tangkai jantung saya. Cuba masuk link kat gambar di bawah. Yang nyata anak itu tidak dapat 'survive'.. kesian... remuk digilis kereta pula tu...

Taken from Ezza Erisa

Kalau orang-orang sebegini tak nak anak nak hantar ke depan rumah saya pun takpa. Saya sedia terima anak itu jadi anak sendiri. Tak tahukah mereka betapa ramai insan dalam dunia ni yang kepinginkan anak tapi tidak mampu/tidak boleh mempunyai zuriat sendiri? Sedangkan kucing pun sayangkan anak.

Monday Again?


By the way, it's Monday again... hari yang saya suka mungkin sebab saya & Syafiah lahir pada hari ini. Jika bekerja dulu pun, saya tetap sukakan hari Isnin sebab pada hari ini saya ada Client-Consultants Meeting dan Site Meeting (termasuk kontraktor sekali). Hari untuk saya makan free, work free until 5.30! Dan malam ni jugak ada 2 cerita yang saya minat ada di kaca TV - CSI : NY & Prison Break. Aduhh.. watak Sara tu dimatikan pulak dalam musim ini..

Selain itu, saya juga meminati cerita Desperate Housewives & Ugly Betty. Cerita-cerita ini saya kongsi minatnya dengan suami. Believe it.. suami jugak la yang dok cite balik pasal Desperate Housewives bila saya 'berlayar' terlebih dahulu.. huhu

10 comments:

Ms. Angry on April 7, 2008 at 7:33 PM said...

Yezza... sesiapa tamau baby2 itu sila letak depan pagar aku. Sementara bersusu ini elok jugak kan.
Semoga yg suka membuang anak tu insaf segera.

Sue.Aleen on April 7, 2008 at 7:46 PM said...

>>> intan :
jangan kata depan pagar, ketuk bagi salam, bagi sendiri pada aku pun tak pa, intan. at least kalau dia minum susu kita sendiri ni, kalau dia kenyang 3 kali minum, dah jadi mahram kita..

silversarina on April 7, 2008 at 8:54 PM said...

orang buang anak ni bukan manusia dan bukan binatang.... jenis makhluk paling jahat di dunia , yang tidak punya nama dan jenis .

Sue.Aleen on April 7, 2008 at 10:32 PM said...

>>> kak rina :
ntah nak panggil apa pun tak tau ler.. masa buang budak tu tak de perasaan apa2 ke? pelik btol dia orang ni...

Kak Elle on April 7, 2008 at 10:44 PM said...

Salam sue ni kak elle bals kunjung

so sad kan?yg hendak anak susah mencari dan yg ini sedap2 membuang nya ...apa dah jadi ngan dunia ni skg?

Sue.Aleen on April 7, 2008 at 11:10 PM said...

>>> kak elle :
dah la susah mencari.. dah usaha macam2 tapi belum dapat like few of my friends... apa salahnya kalau tak nak, letak depan rumah orang ke/rumah anak2 yatim.. bukanlah maksud nak soh orang buat maksiat tapi at least anak2 tu ada perlindungan. thanks for dropping by kak elle :)

Syaliza Abdul Rahman on April 9, 2008 at 6:14 PM said...

sedihnya ... tergamak org tu buang anak! bg kpd syana lagi bagus. syana tak faham logik dan pemikiran org2 mcm tu ... rasa mcm nak buang org tu, see how he/she feels!

kesian baby yg tak bersalah ...

Sue.Aleen on April 9, 2008 at 7:19 PM said...

>>> syana :
ntah la eikk rasa dia orang ni masa dia orang buang anak tu.. dah buat dosa ehem.. buat dosa bunuh bayi.. isk

Syaliza Abdul Rahman on April 9, 2008 at 11:59 PM said...

hmm... would be too much to educate people that if any of them ever end up having an unwanted baby, have the common sense to hand the baby over to proper authorities or other people, rather than killing them senselessly?

this is so upsetting ...

Sue.Aleen on April 10, 2008 at 12:30 AM said...

>>> syana :
y not hantar je ke rumah orang.. at least, kalau orang tu tak sanggup bela baby pun, dia orang bleh tolong hantar ke tempat yang sepatutnya.. usah la dibuang bayi tu.. kesiannn & menyedihkan..

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez