Anyway, rasa marah dan terkilan saya semalam dah hilang apabila Syafiah biasa je hari ni. Macam tu la saya ni - short temper. Temperature sesuka hati naik, sesuka hati plak dia turun. Honestly, kalau berselisih rasa dengan suami, saya boleh bangun dan buat macam biasa keesokan harinya macam tiada apa yang berlaku sebelum itu. Dengan syarat saya kena tido. Bila dah bangun tu malas la nak fikir apa yang saya geramkan semalam. Life must goes on. Lagi fikir lagi pening.
Mungkin inilah yang orang katakan 'kompromi', bukan takat-takat dengan perbuatan tapi dengan perasaan jugak. Kompromi ni tidak memerlukan kata-kata maaf dari insan yang kita sayangi. Saya sering berfikir, mungkin aku juga ada banyak silap padanya dan dia hanya pejam mata, pekakkan telinga... Saya tahu antara insan yang boleh menjaga anak-anak dengan baik adalah suami dan ibu saya sendiri. Adakalanya saya pun lalai juga..
Kes semalam tu membuatkan saya terfikir kata-kata orang... anak-anak kecil ini dijaga oleh Allah s.w.t. melalui kedatangan malaikat. Mak pula ketika saya bangkitkan cerita orang buang bayi berkata, "Pelikkan macam mana baby yang orang jumpak yang hidup tu boleh ok ja walau pun kadang-kadang dijumpai orang dalam keadaan bersemut. Anak-anak biasa ni kalau letak kepala dia atas lantai pun dia dah bising, inikan plak yang berbantalkan tanah."
Yep.. amazing how they can survive! Ada satu cerita baru-baru ni yang menyentap tangkai jantung saya. Cuba masuk link kat gambar di bawah. Yang nyata anak itu tidak dapat 'survive'.. kesian... remuk digilis kereta pula tu...

Taken from Ezza Erisa
Kalau orang-orang sebegini tak nak anak nak hantar ke depan rumah saya pun takpa. Saya sedia terima anak itu jadi anak sendiri. Tak tahukah mereka betapa ramai insan dalam dunia ni yang kepinginkan anak tapi tidak mampu/tidak boleh mempunyai zuriat sendiri? Sedangkan kucing pun sayangkan anak.

By the way, it's Monday again... hari yang saya suka mungkin sebab saya & Syafiah lahir pada hari ini. Jika bekerja dulu pun, saya tetap sukakan hari Isnin sebab pada hari ini saya ada Client-Consultants Meeting dan Site Meeting (termasuk kontraktor sekali). Hari untuk saya makan free, work free until 5.30! Dan malam ni jugak ada 2 cerita yang saya minat ada di kaca TV - CSI : NY & Prison Break. Aduhh.. watak Sara tu dimatikan pulak dalam musim ini..

Selain itu, saya juga meminati cerita Desperate Housewives & Ugly Betty. Cerita-cerita ini saya kongsi minatnya dengan suami. Believe it.. suami jugak la yang dok cite balik pasal Desperate Housewives bila saya 'berlayar' terlebih dahulu.. huhu