Monday, April 28, 2008

Hujung Minggu & Pemeriksaan ROP


Rasa letih dan penat masih ada. Hari Ahad telah diadakan hari cukur jambul dan kenduri kecil di kampung suami. Sempena menyambut Syafiah pulang kali pertama ke kampung dan juga meraikan rumah baru mertua. Saya taklah buat kerja sangat tapi disebabkan kepanasan melampau, saya rasa letih ya amat.


Sehari sebelum pulang saya sempat masak Rendang K*ling Udang (sedapp ooo tapi gambar takde. Nanti kalau ada, saya sertakan dengan resepi sekali). Udang tu dibawa balik dari Pasar Borang Selayang oleh adik ipar sebanyak 6 kg. Lauk tu untuk disertakan bersama lauk lain pada hari kenduri. Mengenangkan arwah ayah saya kembali ke rahmatullah pada 21 Rabiulakhir 7 tahun lalu, kami pun join sekali tahlil yang diadakan di rumah baru tu. Moga doa & pahala itu sampai kepada nama-nama yang telah disenaraikan, insyaAllah.



*******************************************************



Tadi terpaksa menunggu lagi di hospital kerajaan. 3 jam pula. Saya bengang lagi. Even doktor-doktornya pun mengeluh. Kenapa mesti sampai 4 pesakit sekali pada sebelah pagi? Yang tetapkan jadual - jururawat. Pemeriksaan tu tak lama. Yang lama tu.. kena tunggu anak mata pesakit sampai membesar (guna liquid apa ye JS?). Dari pukul 10.30 sampai pukul 1.30 baru selesai. Keputusannya tetap tak berubah. Regressive. Dah bengang, lapo pula.. aduhai..


Dah la tu.. dok bercerita je.. CSI, NCIS, Prison Break sedang menanti nun!

10 comments:

Jingga Studies on April 29, 2008 at 1:34 AM said...

ha ah eye drop tu utk dilate/ kembang anak mata - cyclomydril: http://www.everydayhealth.com/DrugsAZ/Cyclomydril.aspx
so that the docs can have good views of the retina.... it may takes some time to work...+ and yes counter people yg tak control appointment dgn efficient menyebabkan clinic always like pasar longgok! ..= alal contributing to your long and painful wait! - segala kesulitan amatlah dikesli -

Zareda Norman on April 29, 2008 at 5:58 PM said...

sedapkan udang dibuat rendang...

Ayah on April 30, 2008 at 2:41 AM said...

Penah berurusan dengan HUKM untuk dapat rawatan catarac untuk Bak saya. Memang jenuh nak menunggu dan klinik sentiasa penuh. Pukul 730 pagi lagi orang dah sampai. Selalunya kalau masuk 730, saya akan balik dekat kul 12 tghari... petang baru masuk opis....

Alhamdulilah lepas hampir 2 tahun berulang alik dari JB ke KL, akhirnya kedua-dua mata dapat diubati ...

Professionalism dan kebolehan doktor mata memang tip top... administrative proses kat klinik mata tu lemah sikit... mungkin sebab terlalu ramai pesakit... bukan mungkin memang ya pon...

Jie on April 30, 2008 at 9:10 AM said...

tak pernah la makan @ jumpa rendang udang tu..kalau kerang tu pernah la...

bagi resepi ye...kalo senang boleh la try

Sue.Aleen on April 30, 2008 at 11:10 AM said...

>>> jinggastudies :
tq for the link. yg buang masa tu kena pegi 2 kaunter. dua-dua pun macam pasar longgok. apa nak buat.. nak je ke pergi swasta but since fail dah ada di HSB, macam leceh la plak nak create fail baru. bila la nak tuko ke sistem yang lebih efisyen?





>>> kak zar :
rendang ni bukan rendang biasa tau..

Sue.Aleen on April 30, 2008 at 11:14 AM said...

>>> ayah :
lagi worse berurusan dari pukul 7.30 pagi kan... sistem menunggu ni la yang perlu diberikan perhatian dan ditambahbaikkan. tu ok la jugak dapat masuk opis balik. kami kena tuang full day sbb appmnt tu pukul 12 tghri!





>>> kak jie :
ini bukan rendang macam rendang udang/ayam & seangkatannya. rendang ni gelap rupanya. ramuannya lain.. resepi saya bagi dalam pos lain yang ada gambarnya ye..

silversarina on April 30, 2008 at 11:14 AM said...

Sure comel dah Syafiyah sekarang... semoga semakin sihat.

Mak akak kat perak pernah masak udang ni , dipanggil rendang pedas.. sedap nya .

Sue.Aleen on April 30, 2008 at 11:17 AM said...

>>> kak rina :
alhamdulillah syafiah ni makin sihat. masing-masing ingat dia tu kecil je tapi bila tengok rupanya dah besar.

yang pasti rendangnya banyak daun kari walau pun tak letak kari langsung! selalu tu kami buat guna limpa tapi mengenangkan mungkin ada yang tak makan organ, jadi kami guna udang..

Anonymous said...

tumpang lalu.....

organ??!!...cam pnh ku kata ayat tu tp bila ye...hahahaha..

Sue.Aleen on April 30, 2008 at 8:32 PM said...

>>> anon :
hang ni awa ka? haha... hang ja yang dok kata organ tu kan..

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez