Wednesday, April 9, 2008

Diet Cara Saya


Terasa macam nak bercerita bab diet ni lepas baca blog Intan, seksyen yang dia cerita bab 'Weight Loss Program'. Sebelum tu saya mohon ampunnnn kalau tersentuh perasaan sesiapa..

Percaya tak saya pernah menjadi seorang yang berat masa anak dara dulu? Berat saya mengalahkan Yong saya yang sudah pun beranak 1. Kejadian ini berlaku pada tahun 1996 dulu. Sebenarnya kalau ditimbang memang la indeks berat saya tu cukup cantik dah.. tapi biasalah.. orang puang ni sendirian berhad boleh rasa diri tu macam berat.. senang cerita.. gimukksss la.. Sebenonye psiko je lebih.. lebih-lebih lagi saya ni jenis yang pipi naik dulu.

Masa sebelum nak daftar diri di UiTM (masa saya masuk masih ITM lagi), saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan. Biasalah dulu-dulu kalau masa sekolah mana da nak reti nak kerling-kerling penimbang berat tu. Apatah lagi nak naik.. So saya dapati lepas pemeriksaan tu berat saya 58 kg kot.. ingat-ingat lupa. Yong saya siap perli-perli lagi.. "Amboi La.. awat hang berat sangat? Berat pada aku ni."

Bila masuk ITM je, makan minum jadi tak menentu, selalu makan late night. Kursus kami ni banyak masuk studio dari duduk dalam asrama. Drawings tu dah jadi peneman setia. Sebenarnya boleh stay kat KSPU sampai pukul 11 malam je. Pastu dah kena balik asrama. Tapi bukan nak cakap la.. rata-rata pelajar school tu memang tak makan saman punya. Sungguh pun ada pak atau mak guard yang meronda lepas waktu tu, kami tetap stay kat school sampai dinihari. 4 pagi tu biasalah tu. Bila time depa ni ronda-ronda kami pun bertempiaran lari. Ada yang lari ke bumbung, ada yang terjun ikut tingkap. Saya sendiri pernah kena sergah dengan pak guard masa duduk kat atas tangga bukit tonggek tu (dinamakan bukit tonggek sebab dari asrama kami kena naik ke school dalam keadaan itu.. faham-fahamlah sendiri.. hiks). School kami memang blacklist.

Berbalik kepada diet. Disebabkan makan tak menentu tu.. bukan takat tak menentu.. makan banyak pulak tu.. pipi saya selalu kembung dulu. Sah.. ni mesti badan saya memberat ni. Saya kata camne eikk nak turunkan berat ni.. Psiko sungguh dah ni..

Jadi saya pun bereksperimen dengan diri sendiri. Saya ambil keputusan untuk consume yoghurt. 2 pek sehari. Inilah diet yang paling murah pun. Sarapan pagi saya ambil macam biasa, tengahari makan yoghurt.. kadang-kadang makan jugak nasi tapi kuantiti sedikit, lebihkan sayur... malam saya dah tak makan berat lagi, cuma makan yoghurt. Yoghurt ni saya ambil yang pekat punya. Fav - perisa kiwi. Kadang-kadang skip makan tengahari. Dan untuk keluar dari ITM saya akan berjalan kaki sampai ke PKNS/Seksyen 2.

Mula tu tak perasan turun.. sebulan sekali mesti timbang kat PKNS. Yang pakai duit syiling 20 sen pastu keluar kad bertuah tu. Kadar turun dia tak banyak - 1/2 kg je. Tiap-tiap bulan macam tu sampai la berat turun ke 46-47 kg. Saya masih consumed yoghurt masa tu. Timbang lagi dah tak turun-turun lagi. Saya buang 1 pek... lama-lama buang dua-dua & saya cuba untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Walllahhh.. tak naik beb.. hepi-hepi... kalau dulu terlebih makan je, signal mesti keluar di pipi dulu tapi lepas pada tu terus tak de lagi.

Ambil masa 3 tahun kalau tak silap untuk saya turun ke 47 kg tu. Mungkin disebabkan turunnya berskala kecil, maka berat pun tak pernah melepasi 50 kg setakat ini. Saya tidak pernah alami keadaan berat badan yang YO-YO alhamdulillah.

Nak tahu bila berat saya naik? Bila saya terkena buatan orang.. hahaha. Paling berat masa bulan terakhir mengandungkan Mastura - 70 kg! Lepas lahir terus hilang segala yang mengembang. Kata mak, saya mengandung memang berat tu berat anak & cecair dalam badan je. Itu yang dia tengok la.. Bila saya timbang masa jumpak doktor selepas sebulan.. yes.. memang dapat balik berat badan sebelum mengandung. Jadi pengurusan berat badan bukanlah satu masalah (tu yang tak serik beranak lagi tu).

Pernah sekali untuk menyatakan sokongan pada suami saya turut sekali berdiet dengan dia. Masa tu masing-masing bergaji maka kami telah mengambil produk Elken - Dr Diet. Produk ni berkesan kepada kedua-dua jenis golongan. Yang kurang berat, akan bertambah beratnya. Sementara yang berat akan turun sampai ke berat yang bersesuaian. Rasanya sedap... cuma harganya sket mahal. Tu yang kita orang stop tu... anyway, it's recommended! (Nak beli ka? Hehe.. promo-promo!)



Ahaa.. citer pasai suami.. percaya tak kalau saya ceritakan di waktu solo dulu beratnya hanya 60-65 kg tapi sekarang..... nak cecah 90 kg! Ceritanya, dia pernah mengalami keadaan serupa semasa di Tingkatan 5. Skipping setiap hari selama 3 bulan telah berjaya menurunkan berat badannya tu. Caranya lebih intensif, termasuk sekali - ber'jogging'. Nanti-nanti saya 'upload'kan gambar menampakkan perbezaan dirinya ketika sebelum dan selepas berkahwin. Bila ditanya tentang diet, "On going.. on going!" dan dia terus sengih..

Bagi yang nak berdiet tu baiklah lakukannya sebelum berkahwin kerana hormon & keadaan badan orang yang dah berkahwin ni dah berlainan. Usaha-usaha perlu lebih intensif. Bukan tidak boleh dilakukan, tetapi agak sukar...
Huh fikir balik.. psiko sungguh aku ni...

12 comments:

Anonymous said...

sue
berat zar memang yoyo.. bayangkan 6 bulan lepas berat zar 44kg.. lani mau dah cecah 65 kots.. tapi nak buat cam ne masa tu sakit.. tapi happy sebab boleh pakai saiz m.. la ni kena pakai balik XL.. huhuhuhuhu

Sue.Aleen on April 9, 2008 at 7:27 PM said...

>>> kak zar :
kalau badan kecik, baju pun senang cari, baju lama pun boleh pakai balik. yg best tu baju orang lain tu kita boleh tumpang sekaki.. hihi

Anonymous said...

sue...kak iza ni pun dari dulu nak diet... sejak su nye club house tu tak kena kan membership fee...kunun nak g gym dua kali seminggu.. ni dah kena charge ..melopehla nak g gym.. nak jogging pun semput...huhu

Jie on April 9, 2008 at 10:51 PM said...

eee jelesnya dgn org yg boleh turunkn berat ni..

erk...nk dietlah...ha haha..recycle azam lama.

Sue.Aleen on April 10, 2008 at 12:34 AM said...

>>> kak iza :
bila nak wat house warming? nak gak jenguk geng utagha.. gym kat clubhouse tu tak beso mana pun.. neway.. siapa la kita2 ni nak guna gym tu ye dak..





>>> jie :
gamaknya kadar metabolisme tu lain2 bagi setiap orang... kalau dah ok kan jie.. tak yah la turunkan berat tu lagi.. kadang2 kita ni orang puang memang psiko je lebih (cewaahhhh mengata kat orang plaks.. kehkehkeh)

Ms. Angry on April 10, 2008 at 9:07 PM said...

haha, bertuah sungguh hang no
nanti saya buat entry pasal berat badan dulu dan sekarang. tungguuuu

Sue.Aleen on April 10, 2008 at 10:05 PM said...

>>> intan :
ter'inspired' dengan entry hang tu la.. kena kasi kredit kat hang ni

silversarina on April 11, 2008 at 6:53 AM said...

akak sejak balik jordan kawan2 kata dah kurus... kalau macam ni dah kurus, dulu camne ekkk... memag debab.. anak dulu 48 kg je...pegi US 4 bulan makan potato chips terus naik 65kg dan tak turun2 dah... diet ..macam2 dah buat ... tapi sebulan ni akak dah jumpa penawarnya... anginlah pulak... kena adjust teh misai kucing ni... baik untuk kencing m,anis dan turun berat badan.... debab kalau sihat takpe tapi selalunya debab dan tak sihat .. hubby akak pun sama perut makin maju ke depan... dulu cekeding.. hihi.

aidafiqs adamia on April 11, 2008 at 9:15 AM said...

kak sue,
ala jeles saya..saya ade lagi 3 kilo nak kene buang..alasan:breastfeeding, boleh?? sebenarnye malas nak diet/excercise..

Sue.Aleen on April 11, 2008 at 10:47 AM said...

>>> kak rina :
kita rasa kan kak rina.. dok tempat cuaca sejuk ni mesti makan pun lebih.. agaknya misai kucing tu kena makan dengan halia kot baru seimbang... tu la nasib orang dah kawen ni.. yang cekeding bleh mengembang..





>>> mommyadam :
breasfeeding tu satu anugerah tau.. tak semo orang bleh dapat.. berat tak turun dulu pun tak pe..

neway, tq for dropping by

Jingga Studies on April 14, 2008 at 1:03 AM said...

dieting is a mental game..tu yg susah tu...master your psych first!

Sue.Aleen on April 15, 2008 at 8:25 PM said...

>>> jingga studies :
itu la.. tambah lagi perempuan ni.. padahal tak le gimukss pun.. balance je.. apa nak buatttt..

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez