Wednesday, April 30, 2008

Amitabh Bachchan Tabu - Cheeni Kum Synopsis


Hari Sabtu lepas masa orang sibuk-sibuk kat dapur, sempat pulak la saya terpandang satu cerita Hindi di TV2 - Cheeni Kum. Itu pun sebab paktua dok asyik mahsyuk tonton cerita tu. Boleh tahan best gak cite yang dikeluarkan pada tahun 2007 ni.

Cheeni Kum merupakan sebuah filem romantik komedi.

Mengupas kehidupan seorang lelaki yang telah lanjut usianya bercinta dengan seorang gadis yang perbezaan usianya mencecah tiga dekad.

Buddahdev Gupta (lakonan Amitabh Bachchan), lelaki berusia 64 tahun merupakan seorang pengusaha restoran makanan India yang terkenal di London.

Dia terlalu mementingkan kerjayanya sehingga mengabaikan kepentingan peribadinya.

Hidupnya banyak menghabiskan masa dengan dua orang tersayang iaitu ibunya (Zohra Sehgal) yang tinggal bersamanya, juga seorang budak kecil dipanggil Seksi (Swini Khara) yang menghidapi penyakit serius.

Segalanya bermula pada suatu hari apabila Buddhadev berhadapan dengan seorang pelanggan yang memberi komen terhadap masakannya yang dikatakan tidak cukup berempah.

Di situlah detik pertemuan di antara Buddhadev dan Nina Verma (Tabu), seorang gadis manis yang matang dalam usianya yang baru mencecah 34 tahun.

Sungguhpun perjumpaan pertama mereka bukanlah satu detik yang indah, tetapi takdir telah menyatukan Buddhadev dan Nina bersama.

Akhirnya, mereka berdua menyedari hakikat bahawa mereka saling menyintai dan seterusnya merancang untuk mendirikan rumahtangga.

Sinopsis - ihsan Sigap, Utusan Malaysia, Sabtu, 26 April 2008.



************************************



Seronok tengok lakonan evergreen actor - Amitabh Bachchan. Kagum dengan kebanyakan cerita Hindi yang dilakonkan di luar negara yang akhirnya disudahkan di India.

5 comments:

IKHWANI on April 30, 2008 at 1:37 PM said...

Lama akak tak nonton filem Hindi!

Anonymous said...

hihi...demam hindi movie nampak...sue..jom wat gathering blogger su and coalfield nak

Sue.Aleen on April 30, 2008 at 8:34 PM said...

>>> ondeonde :
tq for dropping by. nak tonton cite hindi cintan-cintun sket awal-awal cite kan...





>>> kak iza :
bila nak wat? nak gak tengok orang yang consume HL tu.. hihi

Anonymous said...

org tua yg bercinta dgn org muda...ehh cam kak bib dgn abg aji la plak...apa pun dah jodoh even jarak usia 25 tahun beza namun kebahagian masih menjadi milik kami bersama...doakan berkekalan ye!

Sue.Aleen on May 4, 2008 at 8:04 PM said...

>>> kak bib :
insyaAllah.. happy je ela nampak kak bib & cik abang.. neway, kita pun suka kat abang ngah yang sporting cam tu.. hehe

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez