Thursday, April 24, 2008

Seni Darah


Perhatian : Sesuatu yang mungkin menjijikkan anda. Kalau rasa mabuk darah, baik lupakan hasrat dari melihat visual.. hahaha..


Masa saya masih muda dulu sekitar usia 4 hingga 13 tahun, hidung saya kerap berdarah. Menurut Kak Elle, kejadian ini adalah disebabkan oleh small capillaries di dalam yang terguris most time. Dalam kebanyakan kes hidung saya berdarah tidak tentu masa - tengah malam, tengahari (kerap jadi), pagi. Saya beranggapan bahawa saya alah kepada kepanasan dalaman. Itulah menyebab hidung saya kerap berdarah.


Dulu-dulu bila ke sekolah saya akan menaiki basikal. Bila balik tengahari dalam keadaan matahari yang terlalu terik, hidung pasti akan berdarah. Darahnya kadang-kadnag cair, kadang-kadang berketul. Sehingga kadang-kadang saya berada di dalam bilik air di rumah malah di sekolah untuk jangkamasa yang agak lama bagi menghilangkannya. Sehingga kadang-kadang menjadi sangat pening seperti mahu pitam pula. Darah ini pula kebanyakan masanya saya muntahkan melalui mulut sekiranya saya mahu cepat ia kering.


Antara petua yang saya selalu amalkan:

1. Letak ketulan ais di atas hidung sambil memicit hidung dan mendongakkan kepala sedikit ke atas.


2. Ke bilik air dan membuang satu ketulan kecil di dalam hidung. Sekiranya ia berjaya keluar, maka hidung yang berdarah akan segera berhenti.


3. Gunakan daun sirih dan sumbat ke dalam hidung. Petua ini berhasil. Jangan tanya saya bagaimana sirih boleh bertindak menghentikan pengaliran darah. At least it works for me!



Pada waktu malam juga perkara ini sering terjadi sehinggakan saya mempunyai bantal yang sarungnya berwarna merah. Takut-takut titisan darah itu jatuh ke atas bantal. Tapi keadaan itu tidak pernah berlaku. Sekiranya hidung saya berdarah ketika saya sedang tidur, terasa seakan-akan ada air panas sedang mengalir laju keluar dari hidung. Saya cukup memahami keadaan itu lantas segera ke bilik air yang pada masa saya kecil terletak di luar rumah. Bayangkan bilik air tanpa elektrik & terbangun pula sekitar 2-3 pagi seorang diri.



Rupa-rupanya dalam keluarga, bukan saya seorang yang sering mengalami keadaan ini. Didi sepupu saya juga selalu mengalaminya (a lot of common between us). Alhamdulillah keadaan ini berhenti sepenuhnya ketika umur saya melepasi 13 tahun. Tanda kepanasan badan melampau masih boleh diketahui sehingga kini hasil dari buangan hidung yang kadangkala masih bercampur dengan darah tapi tidak la seperti dahulu sampai merambu-rambu tak nak berhenti.





Didi 'bereksperimen' dengan diri sendiri di subuh hari di bulan Disember 2006

(ambik gambo le tu)


Doa saya moga tiada anak akan mengikut jejak saya ini... terutamanya bagi anak yang tidak berani bangun malam menangani perkara ni seorang diri, insyaAllah.


**************************************************************




Punca


Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:


- Selsema


- Suhu dalam badan terlalu tinggi


- Alahan


- Menghembus nafas terlalu kuat


- Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak


- Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam (ini masa kecik dulu selalu buat) atau patah hidung


- Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan




12 comments:

Ayah on April 25, 2008 at 2:50 AM said...

saya selalu dan mudah kena selsema ... tapi tak pernah hidung berdarah.. boleh tak tolong tanyakan kat kak elle cemana seba musababnya?

Makcik Runner on April 25, 2008 at 8:28 AM said...

halamak, my 2nd doter ni selalu ada nosebleed. dari sejak umur 2 thn dah ada dah. 1st time jadik, tengok baju dia dah berlumuran darah, panik jap. bila check rupanya keluar ikut hidung. selalulah dlm 1-2 bulan sekali mesti kena. semalam kena lagi masa latihan sukan kat sekolah and mmg pun dia ada alahan - eczema. sangat sensitif kulit dia.

cikliah on April 25, 2008 at 10:13 AM said...

Kitaorg adik beradik memang keturunan hidung berdarah masa kecik-kecik. Kiranya sampai masuk sek men baru la gejala tu berenti.
Kengkadang tergetuk hidung sikit jek, tapi merambu darah keluar.

So far, Alhamdulillah, tak turun ke anak2.

Sue.Aleen on April 25, 2008 at 10:41 AM said...

>>> ayah :
selsema sebab sinus kot. ada sorang bos dulu asyik selsema je tak kira musim. senang betul nak detect kehadiran dia kat opis tu.

neway, thank you for dropping by.





>>> kak kc :
hidung berdarah ni sampai menginjak usia la jawabnya dia akan wujud macam saya ni.

Sue.Aleen on April 25, 2008 at 10:42 AM said...

>>> cikliah :
kadang bila korek hidung sket pun memang darah akan keluar. masa darah merambu tu seram pun ada kan.. tu la kita pun tak nak benda yang sama jadi pada anak

Jie on April 25, 2008 at 1:52 PM said...

Saya ni lemah semangat ttg darah... cabut gigi, doc baru suntik ubat bisu sy dah pengsan!

Nak cek group darah..baru je sedut sikit ujung jari...alih2..sedar2..dah terbaring kt katil..hahaha..pengsan lagi!

Tiap kali nk ambek dara walau secoet je... mesti nk pitam.

Dan..anak sulung si Along tu mewarisi..Rabu lepas dia kena ambil darah sebab kaki bengkak balik dari Sabah tu...pun pitam!

Rasanya sy mewarisi dari ayah..ayah pun boleh pengsan tengok adik berdarah mulut...

ehehehhe...anak mak.

Sue.Aleen on April 25, 2008 at 2:19 PM said...

>>> kak jie :
tak terbayang camne asyik pengsan je... kita sendiri tak suka diambil darah.. mata jarum dia tu nampak macam besar je..

Anonymous said...

Sue
Ika anak dara zar tu pun selalu berdarah hidung tanpa sebab sejak baby lagi. Baru ni check ENT, ada ketulan kecik dalam hidung dia yang amat sensitif. andai terhantuk sikit hidung, mesti berdarah. dan zar treat the ketulan dengan semburan ubat (tak hengat nama).. Alhamdullillah.. dah kurang berdarah..

Sireh ada antiseptik dan ianya boleh penahan darah. Macam kalau kita masuk hutan, terluka atau kena gigit pacat.. amik daun sirih hutan pun tak pe dan tekapkan.. InsyaAllah darah akan kering.

Sue.Aleen on April 25, 2008 at 2:51 PM said...

>>> kak zar :
bagi yang masih baru dengan keadaan ni, mesti kak zar rasa sket resah kan. tambah plak jadi pada baby

silversarina on April 26, 2008 at 3:44 PM said...

suami akak , zaid dan izzat adalah orang yang selalu berdarah hidung masa kecik2, sekarang tak dah, tapi memang takleh kena panas sangat .

Anonymous said...

er..saya takut darah. tgk gambor pun dah ngeri. thanx for the warning. ciao

Sue.Aleen on April 28, 2008 at 6:20 PM said...

>>> kak rina :
ramai juga yang sama kes dengan saya ni ye





>>> intan :
takleh nak menderma darah la ni... tingat plak pada iklan tu

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez