Monday, April 21, 2008

Kuantan Tembeling Resort


Hanya nak kongsi gambar-gambar kami semasa di Kuantan Tembeling Resort. Tak puas rasanya cuti takat 1 1/2 hari. Tu pun lama atas jalan... Macam nak lepak kat sini lagi untuk family day. Antara kelebihan - tempat letak kereta berbumbung, syarat kolam renang yang longgar (ke pejam sebelah mata je?) dan yang paling penting murah. Yang tak suka - bila nak keluar masuk pengawalnya masih tak kenal kereta kami walau pun telah ditulis di atas white board. Siapa la suruh tak bagi sticker kat kami ni? Huh...



Kolam renang


Antara tempat dilawati - Teluk Chempedak (cehh.. ada ka patut nak makan tengahari satu kedai pun tak bukak, yang baru nak bukak kedai Tionghua la pulak.. ended up makan di KFC), Tanjung Lumpur untuk makan malam dan juga mengeratkan silaturrahim di antara 2 besan - mak & ayah abang Man kak Shidah di Taman Mahkota Jaya, Jalan Gambang-Kuantan. Yang tak sempat nak pergi - esplanade, river cruise, masjid negeri dan lain-lain. Ingat nak ke utara sikit, rewang-rewang ke Beserah tapi itulah.. masa tidak mengizinkan...




Mak, Mastura & Syafiah masa tiba


Saya sebenarnya suka tempat begini walau pun pada pandangan orang lain mungkin Kuantan tiada perbezaan dengan pekan-pekan yang lain. Lagi pun rumah yang kami menginap tersorok dan tersendiri. Saya tengok ramai juga orang asing menjadi penduduk atau penziarah tempat ini.




Mastura & Adam melanyak katil di bilik tidur utama


Setiba je kami pada petang Sabtu terus je buka bekal yang dibawa dari rumah. Lepas tu berehat. Rumahnya sungguh luas. Ada 3 bilik tidur + 3 bilik air (salah satunya ber'tub' dan mempunyai TV sendiri. Balkoninya mengadap tennis court dan kolam boleh dilihat dari sisi kiri. Malamnya sekitar pukul 8 kami ke kolam renang untuk mandi. Tiada orang langsung. Pekerjanya siap menasihati jika nak mandi datanglah sebelah malam dan pada pukul 10 lampunya akan off automatically. Lepas mandi barulah kami ke Tanjung Lumpur untuk makan.


Dalam perjalanan balik, saya menerima panggilan telefon dari Yong mengatakan ibu mertuanya telah pun meninggal dunia pada malam tersebut di Hospital Seri Manjung. Ibu mertuanya dikenali sebagai Mak Ji Kiah/Encik (panggilan anak-anaknya) agak rapat juga dengan keluarga kami. Maklumlah dia juga besan kepada mak dan banyak masanya ketika arwah sakit, arwah tinggal bersama Yong. Menurut Yong, arwah minta untuk balik ke kampung seminggu sebelum meninggal sebab kesihatannya agak baik ketika itu. Arwah pergi dalam keadaan tidur ketika anak bongsunya membaca Surah Yassin dalam keadaan yang anaknya sendiri tidak sedari.


Saya bagitahu mak yang besannya telah tiada. Tapi apakan daya.. jarak kami terlalu jauh. Jika kami tidak ke mana-mana mungkin kami boleh menziarah jasadnya pada hari Ahad itu di Teluk Bakong, Perak. Perjalanannya dari rumah ke sana dalam 2-3 jam sahaja.


Matahari terbit di hari Ahad




Pantai di waktu pagi hari Ahad




Maktok yang ceria


Hari Ahad tu sebelum masuk lebuhraya sempat la kami singgah di rumah Pak Muda. Sesat la juga nak cari tapi saya ni resminya kalau mencari mesti sampai jumpa. Dan tak rugi kami mencari bila kami dapat bertemu dengannya.



'Kami' sebelum pulang

Dan lepas singgah banyak kali... kami pun tiba di rumah pukul 10.30 malam....


p.s. : Tak dapat jumpak dengan kak Rina atas sebab kecuaian.. huh.. insyaAllah lain kali...

15 comments:

Makcik Runner on April 21, 2008 at 10:12 PM said...

weh, main belasah jerk hang bawak si syafiah tu keluar jenjalan ek. balik lak dah malam. ekstrem tol hang ni...hehe

err, hang ke tuh yg pegang baby? ke bukan?

Jingga Studies on April 21, 2008 at 11:23 PM said...

restoran kat tembeling resort tu best..overlooking the sea + city...kita org selalu jugak pi situ makan2....hehehe best2

jln nak masuk tu creepy sikit betul tak......? macam berantu....

tak pi taman teruntum tengok beruang ke?

Anonymous said...

Waaa... syafiah pun dah pg vacation. Ammar belum pernah pg lagi. Sangat jeles di sini..

Anonymous said...

wah cuti kat Kuantan ek.. Kuantan bes hape.. banyak pilihan seafood dan kedai masakan kampung..

Sue.Aleen on April 22, 2008 at 11:11 AM said...

>>> kak kc :
hehe... ni kira extremist la ni kan.. semo ada pada peringkat umur 2 bulan wajib menyertai aktiviti lasak.. hehe..

cuba tanya cikliah betul ke tu saya...





>>> jingga studies :
kami lalu je depan restoran tu, then dengar orang karaoke. jalan dia macam lead to nowhere pastu ada plak rumah usang kat sebelah kiri.. taman teruntum tak pi walau pun taman tu located on the way out.

boleh la pergi lagi...

Sue.Aleen on April 22, 2008 at 11:13 AM said...

"semo ada pada peringkat umur 2 bulan wajib menyertai aktiviti lasak.."

ada plak.. anak la

Sue.Aleen on April 22, 2008 at 11:14 AM said...

>>> intan :
nape tak bawak dia gi 'tempat best'.. mesti dia happy punya..





>>> kak Zar :
seafood dia tak hengat.. punya la banyak tapi yang tak best bukak waktu malam je tapi siang tutup..

Mommy Lily on April 22, 2008 at 12:14 PM said...

salammm..kunjungan balas nie..

seronoknya dpt gi bercuti kann...

nanti boleh la mami gi sini jgk sbb kalau dah ada info senang sikit

Sue.Aleen on April 22, 2008 at 12:21 PM said...

>>> mommy lily :
thanks for dropping by..
rasa sakit badan pun tak ilang lagi pergi jenjalan ni.. insyaAllah tak menghampakan.. u can see both side - sea and Kuantan town from this area

cikliah on April 22, 2008 at 2:42 PM said...

Kak KC, dengan ini cikliah mengesahkannya... :D
Pehhh... hanggg.... wa tabik spling sama lu lahhhh... wa kalau wat ini macam kalu, mau pedih tinger kena leter.... huhuhuhuhu....(case bawak anak kecik jenjalan sana sini malam2 hari... :P)

Sue.Aleen on April 22, 2008 at 3:05 PM said...

>>> cikliah :
mak kita tu takde nak berleternya.. adam dulu lagi la.. 2 bulan dah ajak masuk hutan & nyeberang sungai.. alhamdulillah ok.. pi pun dengan mak jugak. mak kalo tengok ok je dia malas nak bising..

silversarina on April 22, 2008 at 9:20 PM said...

Kebetulan akak pun busy hujung minggu lalu, tapi kalau boleh memang nak jumpa sebab dah dekat tu... tak de rezeki... InsyaAllah jumpa lain kali.

River cruise sungai kuantan best jugak.. akak dah naik 2 kali..

Sue.Aleen on April 23, 2008 at 11:24 AM said...

>>> kak rina :
tak pe la kak rina.. belum ditakdirkan bersua. river cruise tu berapa tambang dia? macam best je..

Jie on April 25, 2008 at 1:55 PM said...

ooo balik bercuti juga ye..sy suka Kuantan..pernah dok sana...setahun sekali mesti pergi Ktn..ada sedara mara dan kawan² rapat abg masa kt U dulu...pergi sehari raun mmg tak cukup..

Sue.Aleen on April 25, 2008 at 2:16 PM said...

>>> kak jie :
idak le cuti jauh2.. dekat je.. hilangkan serabut kepala.. nak beat vacation-rally last year - weekend-to-weekend

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez