Masuk hari semalam dah 5 hari saya bercuti dari masuk internet ni. PC masuk workshop. Ntah apa la yang digodekkan oleh suami sampai bila dihidupkan PC pada hari Sabtu, spyware dengan banyaknya terus pop up ke dalam window. PC was infected by viruses! Dia logged in sampai ke pukul 3-4 pagi Sabtu. Huh.. sekali-sekala logged in terus je mendemamkan (word baru?) PC ni. Tangan tak bedung ler tu.... Meh saya buat sikit ringkasan kepada apa yang berlaku kepada saya dalam 5 hari lepas:-
**************************************************
Hari Sabtu :
Hari ni saya temankan suami ke Sunway Pyramid (should we call pyramid? Looks like Sphynx to me.. hehehe.. projek ni pun ada hitam dan garis kelam ni..). Ada perlawanan bowling antara rumah bagi syarikatnya. Acara tahunan. Nama rumah dia - Methana (Oren). Siapa la pilih nama ni? Gas methana ni bukankah antara gas yang berbau busuk.. huh! Mentang-mentanglah salah satu anak syarikat WHB terlibat dengan pengurusan sampah di Selangor ni. Tu yang dapat ilham nak namakan rumah sukan pun dengan nama gas! Tapi nama rumah lain tu tak la pulak ikut nama gas, yang satu ni je.. isk. Anyway, rumah dia dapat tempat ke-2. Hadiah - wang tunai.. On the way ke parking zone sempat pula singgah di J.Co. Rasanya tak jauh beza dengan Big Apple pun..
**************************************************
Hari Ahad :
Teringin saya nak ikut Awa ke car boot sales di Stadium Shah Alam. Kebetulan suami tidak bekerja extra maka saya dapat ikut walau pun pada mulanya saya sangka saya dah ditinggalkan. Masa tu saya belum pun bersiap. Syafiah pula belum dimandikan. Takde la shopping sangat pun cuma beli 4 helai shirt/seluar yang berharga RM5 sehelai. Lepas bermandikan cahaya matahari, kami ke Tesco Extra untuk menyejukkan badan. Shopping lagi. Cari barang dapur pulak. Tadi nak cari di bazarena tu tak sempat, lagi pun 'lilin-lilin' dah makin cair.
**************************************************
Hari Isnin :
Hari ni kami bawa Syafiah untuk timbang berat lagi. Cehh.. ingatkan dah cecah 3 kilo. Rupanya belum. 2.89 kg. COHnya saya ukur naik lagi 2 sm. Selain timbang berat, Syafiah juga dijadualkan untuk pemeriksaan ROP lagi. Sementara suami mendaftarkan dia di klinik pakar, saya ambil keputusan untuk ke farmasi pesakit luar.
Hari ini jugalah pecah rekod saya. Saya sebenarnya belum pernah merasa keadaan menunggu di hospital kerajaan. Untuk timbang berat, kami hanya terus ke NICU. Cepat tak perlu tunggu-tunggu. Oleh kerana asid folik Syafiah dah tamat tempoh pada 14/04/08, kami perlu mendapatkannya di farmasi pesakit luar seperti yang tertera dalam slip yang diberikan semasa Syafiah discharged dari hospital.
Nombor giliran saya 4034. Rupanya itulah kali pertama hospital mencuba sistem penggiliran tersebut. Sungguh kelam kabut. Nombor tidak dipanggil mengikut turutan. Nasiblah saya ambil keputusan membahagi-bahagikan tempat di antara saya dan suami, jika tidak entah pukul berapa la baru kami dapat balik. Lama juga untuk saya menunggu bagi mendapatkan asid folik tersebut. Sekitar 45 minit.
Bila saya ke klinik oftalmologi, saya tengok suami masih belum dipanggil gilirannya. Kata suami gilirannya sebentar je lagi. Masa tu jam dah menunjukkan ke pukul 12.30 tengahari. Tunggu punya tunggu sampai masuk ke waktu Zohor. Saya minta izin untuk ke surau. Selepas selesai saya kembali ke klinik tersebut & ternyata giliran kami belum sampai. Semasa saya menjaga Syafiah, suami pula ke surau. Malah dia sempat ke kedai runcit belikan air. Apabila dia balik Syafiah baru je dipanggil untuk diperiksa. Waktu tu lebih kurang pukul 2.30 petang. Bersama-sama kami ada lagi 2 bayi untuk diperiksa...
Hasil pemeriksaan, keputusannya tetap sama. Stage 2 zone 3. Tak semakin teruk, tapi menunjukkan sikit peningkatan. Kata DS, tak perlu laser lagi sebab Syafiah telah berusia lebih 40 hari. Appointment selepas ni lagi 2 minggu. Dalam dok bosan tu, saya sempat baca satu artikel mengenai katarak & kesan warna biru kepada mata kita semua.
Saya kata kat suami.. kalau ada kemudahan tu di DEMC dah lama saya nak pindahkan pemeriksaan tu di sana. Dari pukul 11 pagi hingga ke 2.30 petang baru hal kami selesai.. oh sungguh lama menunggu.. kalau yang ada sakit kronik tu sempat innalillah!
Selepas selesai semua kepeningan menunggu di hospital kerajaan, kami ke KUIS untuk membayar baki yuran pengajian suami ketika di sana dulu. Jika bayar, barulah transkrip dan original cert tu boleh diambil. Bayangkanlah.. suami saya graduated tahun 2001. Tahun ni baru dapat ambil. Punyalah takde masa... Bangi Lama tu pulak di hujung dunia. Lagi pun suami jadi ignorant sebab dia bekerja di tempat yang besar. Saya kerap mendesak untuk dia menyambung pelajarannya sama seperti Puan A menggalakkan kakitangannya belajar lagi. Dulu-dulu KUIS, bagi kelonggaran kepada pelajarnya untuk buat staggered payment.
(Suami ber'boss'kan orang perempuan, saya ber'x-boss'kan orang lelaki. Kami sama-sama berkerja (bagi saya, telah berkerja) dalam satu industri yang sama. Cuma dia di bahagian kewangan, saya di bahagian teknikal. Satu menghabiskan duit, satu lagi mengumpul duit).
Bila balik ke rumah, mak ambil keputusan untuk ke rumah Awa. Dia kata nak bawa Adam sekali. Jadi kami benarkan. Lagi pun kalau lompat kijang ke rumah Awa tu dalam 10 minit pun dah boleh sampai. Adam memang rapat dengan mak. Bila diajak je terus dia cari beg mak dan menggantung di leher serta terus je meluru ke pintu untuk keluar.
Mastura mati kutu malam tu sebab tak de kawan. Dia asyik nangis-nangis malam tu dalam tidurnya. Kesian dia...
**************************************************
Hari Selasa :
Mak oiii... bosannya Adam takde weihh.. Pak lawak dalam rumah ni takde.. Oleh sebab terlampau bosan tu, abih satu rumah saya kemaskan. Baju-baju habis dibasuh. Kebetulan cuaca baik je dari pagi sampai petang. Cuma menjelang malam baru hujan turun. Bila ayah dia balik, saya minta suami ke rumah Awa untuk ambil Adam. Balik dia baru le rumah ni macam biasa balik. Kalau tak, macam pelik je sebab takde orang yang nak sepahkan rumah, tak de orang yang buat bising...
**************************************************
Hari Rabu :
Hari ni belum ada cerita menarik nak kongsi.. nanti-nanti bila ilham timbul saya update lagi..

5 comments:
suealeen
memanglah kan kalau sorang je anak tak de, rasa lain sangat kan.. tak de sorang yang buat bising.. sunyi jer kan.. heheheh
lamanya menunggu di hospital... nak buat camne ...kesianlah.
sekali sekala tak de yang buat bising di rumah memang terasa sunyi, macamana yang tak de anak kan.... lagi sunyi mereka .
>>> kak zar :
adam bukan takat suka buat bising tapi juga pak lawak dalam fam kami. bila dia takde rasa semacam je...
>>> kak rina :
sepatutnya hospital kjaan ni kena upgrade kat bahagian2 yang kena tunggu ni supaya orang tak perlu tunggu lama. sian kalo ada orang tua.. kat situ ari tu ada yang berkerusi roda lagi..
ha'ah kan.. yang tiada anak lagi la sunyi. yang pernah ada anak di rumah then kena pisah sebab kerja/belajar pun sama jugak. contohnya macam mak. dah la suami pun tiada... tak terbayang sunyinya..
waduh..berjela karangan ko ni,,,,
>>> mohd herizat :
biasalah tu.. karangan budak sekolah menengah... hihi
Post a Comment