Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Wednesday, January 14, 2009

Kenangan Di Bahau


Hujung minggu yang lepas kami ke Bahau, Negeri Sembilan. Kami mengambil route SB-Elite-Seremban-Kuala Pilah-Bahau. Bermula dari pukul 5.00 petang Sabtu dan tiba pukul 8.30 malam di hari yang sama. Seperti biasalah... cik abang takkan speed up kerana dia seorang pemandu berhemah.. huhu!

Setiba kami di Bahau, kami ambil keputusan bermalam saja di pekan ini walau pun sebenarnya perjalanan masih berbaki dalam kira² 20-30 minit.

Singgah bermalam di Hotel KSJ milik Koperasi Serbaguna Daerah Jempol. Ala² pekan koboi seperti di PB. Selesalah juga untuk insan² yang tak banyak kerenah seperti kami. Yang penting harganya berpatutan. RM60 je semalam. Saya jenis tidak memilih. Itu sebabnya selalu jalan² tanpa perancangan.

1 queen + 1 single bed.

Bilik air dilengkapi dengan 2 shower. 1 lengkap dengan pemanas, 1 lagi biasa.


Suasana malam di sekitar KSJ. Yang bestnya tempat menginap kami tu berhampiran dengan bank, restoran makanan segera, deretan kedai baju, pasaraya, masjid, kedai serbaneka yang dibuka 24 jam, restoran. Kaki limanya dipagar membentuk seperti dataran. Jadi pada sesiapa yang ada anak kecil tak de la rasa risau sangat. Kami makan malam di Restoran Bunga Raya Utama.

Kawasan sekitar di waktu pagi.





Sarapan pagi di restoran yang sama.

Bolehlah ambil nombor telefon KSJ dalam gambar ni ye... kot la tersesat ke sini.


Selepas sarapan kami meneruskan perjalanan yang berbaki di lokasi seperti di dalam gambar di bawah ini. Mula masuk ke tempat ni macam ragu². Eh betul ke ni? Sebijik rumah pun tak nampak. Dalam 5 km baru jumpa dengan pos bantuan. Terus lagi tetiba je rasa kagum sebab ada penempatan di situ.

Pengantin perempuan tu anak Alang Ipau, sepupu mak.


Sori le gambo tak lawa tak sempat nak rembat D60 macam brader Apai.


Lokasinya di Felda Lui Selatan yang kali pertama kami pergi. Dah nama pun felda, mestilah rumah jauh ke dalam. Dah dekat dengan sempadan dah ni. Sempadan Pahang-Negeri Sembilan.

Perjalanan balik. Kami tidak lagi melalui route yang sama. Dah memang pe'el saya. Suka terjah jalan baru. Tak pakai GPS pun... pakai peta je. Lagi murah! Alhamdulillah tak pernah sesat. Mencari jalan terus ke Karak tapi tak bertemu. Kami terus ke Temerloh. Melalui jalan tepi sungai (Tembeling.. correct me if I'm wrong). Kelihatan orang menjual patin di tebing² sungai.

Perjalanannya bertambah 15km dari pergi tetapi masa telah dipendekkan sebab jalan pun lebar. Cik abang tetap maintain tak speed up. Yang bestnya, dapatlah refresh diri sekejap. Spontaneous vacation yang pertama tahun ini. Hari pulak mendung je.

Yang paling tak best, saya tetiba sakit belakang masa angkat kerusi di KSJ. Mungkin masih ada kesan jatuh di Q tempohari. Terus sakit hingga ke hari ini...

Well, siapa kata kita tak mampu berjalan-jalan cari tempat tidur dengan harga yang murah? Bahau pun jadi.. walau pun itu kali pertama. Yang penting diri jangan memilih... tak gitu?

Saturday, January 3, 2009

Escapism...




Rasa macam nak ke sini hari ini dan esok. Saja la kan.. nak bawa mak dan Husna sebelum dia balik PB esok.. Di mana tu cuba teka? Hadiah tak de la.. :P.

Isk... tiba² tercetus pula idea nak buat hari keluarga di sini. Harganya pun berpatutan. Dekat juga ni... tiba² je hati bergolak! Huhu! Gile ape?



Sedikit review:

Known for the legend of a kind hearted princess, it is situated on the Main Range (otherwise known as Banjaran Titiwangsa) of Peninsular Malaysia. A 40 minutes drive from the hustle and bustle of the busy city life of Kuala Lumpur, it provides us with an alternative weekend, of fresh air and tropical greenery that swept our feet away at first sight.



Oh.. memang sungguh best ke sini. Kami pernah menerjah sekali dulu.. Lagi pun teringat zaman kanak² ketika mandi di sungai depan rumah tok. Syahdunyeeee... Owh ye, ingat tak tag sebelum ni? Jika saya jadi billionaire, mungkin saya akan beli tanah di sini juga.. perghhh.. angan².

Sunday, September 7, 2008

Tak bernafsu...


Sungguh lama saya tak hapdet blog ini. Takde la pergi mana pun, Permatang Pauh pun idak. Baca mengenainya pun idak, saya cuma dapat berita fresh dari PP sendiri. Bila saya yang suka main games ni bukak PC je asyik terpandang di desktop. Langsung tak bernafsu nak hapdet blog. Very addictive! Saya yang suka main games ni kena la lepas ni pada mende alah tu kalau saya yang suka main games ni online. Kalo tidak harus saya yang suka main games ni tak hapdet blog ni! Nak download? Pi sini. Bio la kita sesama addicted men Spongebob.. hehehe... dengki!

I'll let the photos tell you the story of last weekend (30-31/08/2008. Anyway, 30th was our 5th anniversary in Masihi calendar). First venue - Animal Safari:



Second venue - D'Savoy Condotel Studio:

Architect in the making! Believe me, he can use both hands to write!


Welcome gifts - shirts and towel

Third venue - Cowboy's Town:

We're having a buffet dinner in one of the halls. No photos except at the entrance. The theme was "Cowboy", so semo jadi koboilah! The sweetest were my hubby's singing team brought back the 1st price of RM1,500.00 although the mic was on-and-off and we also got 3 things for lucky draw - glasswares (I brought 1 back to kg to use it on raya!), photo frame. Grand lucky draw? 42" plasma TV, motorbike.. tak dapek.. hampehz.. Boleh plak manager yang dapek.. cet!

Anyway, hubby's group name was "Wangs" (perasannnn macam Wings lah konon! No.. no.. no! It's because they're finance people!). Jangan tak caya.. hubbyku sungguh suka menyanyi dan selalu jadi lead vocal! Sungguhpun mic bermasalah dan tak rehearse langsung, kemenangan tu adalah rezeki hujung bulan kami! Kata colleague dia yang dok semeja, masa pertandingan nasyid co (diadili oleh Hijaz) pun mic/lagu off. So, yang dengar hanya suaranya. Menang tempat pertama jugak. Dulu WHB ada team koir. Coach dia cikgu Hajar AF tu la. Cikgu Hajar ni ada 2 anak istimewa. Dua² anak dia tu bisu! Pernah berjumpa sekali di family day WHB. Kuantan/Kijal tak ingat...

Later, the program was ended around 10 pm (started as early as 5.30pm). Pi tengok karnival yang bercampur baur antara binatang, lelaki dan perempuan, kanak² dan dewasa.


Sian kat gajah² ni dari siang sampai malam manusia mempergunakannya untuk nafsu manusia itu sendiri

Tak tahan sey... bingit telinga! At last we decided to rest and go back to our studio. Fortunately, Syafiah was very sporting.. with most of the time, she was sleeping (sampai kena usap² kepala dia untuk pastikan dia sedar!).

On the way out, dummmm... there was the 1st shot of fireworks. Tapi of course takleh lawan Beijinglah!! Nanti saya cerita pasal mercun ye...:

In CT itself


From the balcony of the studio

Photos of 2nd day - telematch at Water world:



'Sahabat' bawak le anak² pi join telematch kanak². Tu pun satu acara je. Acara kumpul gula² terbanyak. Nak tahu berapa Adam pi kutip? 3 bijik je - satu untuk dia, satu untuk Mastura & satu lagi untuk si ibu. Hahaha... Bila disuruh ambil lagi dia menolak. So far, anak² saya tak suka makan gula², kalo ter'ada' pun, buka, hisap dan buang.

Antara Adam & Mastura, Adam lebih bersikap 'peneroka' dan terbuka, sedangkan Mastura lebih sebagai 'pelindung', tidak mengambil bahagian dan hanya gemar memerhati. Jika dirasakan 'selamat', barulah dia lebih berani. Kami balik lepas anak² berenang, tu pun ikut jalan dalam dan hampir² kemalangan kerana 'sahabat' terlalu penat sehingga termakan jalan sebelah. Saya juga hampir terlelap. Cuma kuasa Allah swt tu menggerakkan mata saya agar terbuka dan mengejutkan sahabat. Alhamdulillah tiada kenderaan dari laluan bertentangan.

Hari ini dan semalam pula, kami balik ke kampung di Perak untuk bersama keluarga bersahur, berpuasa, berbuka bersama. Itu pun setelah idea spontan tercetus di fikiran pada hari Jumaat sebelum berbuka puasa! Alhamdulillah dapat 'sahabat' yang sporting.. Kami bertolak pukul 11 malam, sampai sebelum sahur. Sempat jugaklah temankan adik belikan baju raya dia dan suami. Hujan di PB toksah nak cakaplah betapa lebatnya. Sehari semalam. Saya rasa seluruh Semenanjung pun hujan sebegitu pada hari Sabtu.

Oh.. tak sabar nak balik lagi. Kali ni beraya di Perak dulu sebelum bergerak balik ke Selangor pada hari raya ke-2. Saya dah ushar kamera & new brand hp kat PB. InsyaAllah akan dibeli di sana. Walau pun branded tapi harganya murah (apa yang mahal di utara pun tak tau la). Kami juga bercadang untuk membuat sedikit kenduri pada hari raya ke-2 tersebut, jadi sekiranya ada yang akan balik ke sana, jemput²lah singgah di rumah ye... nanti saya upkan dia punya jemputan.. insyaAllah...

Thursday, August 14, 2008

Musim baru Destinasi Bajet....


Setiap malam Rabu, saya dan suami mesti tercegat di depan TV, membuka saluran 8TV pukul 9.30. Tidak lain tidak bukan, kami rasa teruja untuk menonton aksi bersahaja Qushairi Mohammed Razali dalam Destinasi Bajet. Kami memang peminat setia rancangan ini sementelahan kami suka jalan² aka menjelajah secara spontan. Tentang tempat menginap, kami tak kisah janji ia berada dalam bajet kami. Destinasi bajet semalam adalah Taman Negara. Satu lokasi yang sudah lama menjadi idaman kalbu!

Bagi yang tidak tahu siapa Qushairi aka Chi, berikut merupakan petikan dari 8TV Destinasi Bajet new season TV travel series:

Qushairi Mohammed Razali, 29, or fondly known as Chi, has shaved off his beard and spots a clean look. Some of you will remember Chi as the drummer for award winning OAG Band which won The Best New Artist category in Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996. In 16th June 1997, OAG had the honour of rocking the 9th FIFA/Coca Cola Cup World Youth Championship with the theme song that was aired over 25 participating countries.


Banner diambil dari web 8TV

Destinasi jalan² kami seterusnya:

1. Yang terdekat adalah A Famosa Melaka. WHB Family Day merangkap 5 tahun usia perkahwinan. Dulu masa kami lepas kahwin pun WHB seolah-olah 'merai' perkahwinan kami dengan Family Day. Dapat bilik yang best mengadap Laut China Selatan.

2. Kelantan.

3. Langkawi.

4. Tempat² lain yang tak terjangkau dek perancangan. Selalunya jadi tak dirancang dan spontan.

Tahun lepas saja bermula dari bulan Julai, SETIAP HUJUNG MINGGU, kami ke destinasi seperti Pulai Springs Resort, Janda Baik, Fraser's Hill (2 kali), Cameron Highlands, Lata Kinjang, dll. Hatta ke mana saja kereta nak bawak, kami pergi. Ke Johor saja 3 kali agaknya. Dalam tahun 2005, kami ke Terengganu sebanyak 3 kali. Harapnya tahun ini juga ada tempat² yang kami akan lawat. Yang spontan dan surprise gitu!

Friday, July 25, 2008

Freak Out, KTR & Balik Kg


i

CERITA SYAFIAH

This is a story about a freak out parent!

Semalam saya sungguh freak out. Tak pernah terjadi dalam hidup saya walau pun saya pernah beranak dua sebelum ni, perasaan saya sebegitu. Saya tidak mudah panik atau mungkin selamba, dalam menjaga anak sekali pun anak sulong. Tidak pernah rasanya saya jadi anxious jika sesuatu terjadi pada mereka.

Tapi semalam lain jadinya. I felt anxious and a bit panic when I looked at Syafiah's shunt valve on the right side of her head.


Johnson & Johnson's CODMAN® Programmable Valve (others are Medtronic, NeuroCare Group - manufacturers of Heyer-Shulte shunts, NMT Neurosciences and Phoenix Biomedical)

Kat area tu, nampak macam menggelembung, berongga seperti berisi angin. Ah sudah! Apa sebenarnya terjadi? Malfunction? Fractured? Semua info saya surf di net. Namun di sebalik ribut² pencarian itu, saya bertemu dengan amazing real life stories of Noah, Brittany, Little Charlie, Violet, etc. Sapa tah sorang lagi tu tapi sekarang ni dah jadi infamous film maker. Very inspiring stories! I'm not alone. Cerita Noah benar² membuatkan saya berfikir tentang perasaan ibunya. Betapa kuatnya hati seorang wanita yang pada asalnya teramat lembut:

They diagnosed this as an Intraventricular Hemorrhage ( IVH) grade III and IV bleed. This would be the cause of his Communicating Hydrocephalus and would mean the placement of a shunt was necessary. He was transferred to Seattle Children's Hospital and Regional Medical Center, where little did we know at the time would become our second home on and off throughout the first year and half of life. Here we would meet Dr. Jeffrey Ojemann the neurosurgeon that would save Noah's life and give us comfort through the many frightening and difficult times ahead. On March 3rd of 2004 Noah received his first VP shunt at three and half weeks of age after his head circumference jumped from 35.5cm to 39cm within two days. This shunt caused many problems and at 7 months he would receive his second shunt, this being a programmable now.

However, it was only the beginning to 15 more shunt revisions, 2 serious shunt infections requiring a total of 11 weeks on 4 different intravenous antibiotics, the diagnoses of slit ventricle syndrome, the placement of a second shunt this one being an LP shunt (lumbar peritoneal), the placement of his VP shunt into the third ventricle of his brain instead of the lateral ventricles, the usual place for a VP shunt placement, and the diagnoses of an auto immune deficiency called Auto immune Nuetropenia. Noah had a Calvarial Expansion (cranial expansion) on April 28th 2005. This procedure involved having almost all of his skull taken off and spacers put in between the skull bones to increase the overall size of his head. Giving his brain room to grow. They diagnosed this problem as Metopic Synostosis a type of craniosynostosis, Dr. Ojemann and his plastic surgeon believe this problem was acquired from having so many shunt problems and was not congenital.


Transformation from baby to an amazing kid!

Bayangkan betapa banyaknya Noah melalui pembedahan demi pembedahan. Sehingga ke satu tahap pembedahan perlu dilakukan bagi membetulkan tengkorak kepala (to make his head smaller, thus he'd be able to walk). Cerita² orang kita tidak pernah kedengaran. Yang kedengaran hanya cerita buruk dan tidak memberikan harapan (termasuk dari Dr IH). Berlainan sekali dengan rakyat negara maju yang begitu health conscious dan merakamkan setiap pengalaman sendiri di net. Saya amat berharap makin ramai ibu mempunyai anak istimewa seperti ini tampil bagi menceritakan kisah² mereka supaya memberi inspirasi dan menjadi panduan dalam bahasa yang lebih mudah kepada rakyat negara kita khasnya. Lupa nak habo.. Noah sekarang berusia 4 tahun!

Ok.. balik kepada cerita Syafiah. Setelah bincang dengan suami kemungkinan²nya seperti hilang selera makan, bengkak (antara 2 simptom infection/shunt malfunction) dan sebagainya. Baru² ini kami mengambil tindakan menukar susu FMnya kerana puas mencari di SU, Enfalac tiada. Sekotak Enfalac 700gm mencecah harga lebih kurang RM50. Tindakan sementara, kami ganti dengan Lactogen tin kecil. Dia seperti tidak berminat dengan susu ini... very demanding! Deria rasanya cukup sensitif dengan pertukaran susu tersebut. Begitu juga dengan puting susu... amat kenal dengan puting susu yang dia sukai! Lubang puting besar - tak suka! Terlalu lembut pun tak suka. Her suction method is so strong. Anyhow, she's still breasfeeding too!

Oleh kerana begitu freak out, saya meminta suami membawa Syafiah ke HSB pagi tadi. Saya tidak pergi bersama kerana anak² dan anak buah ada di rumah. Klinik lengang katanya. Tiada pesakit. Tidak perlu melalui prosedur biasa. Jika orang lain mungkin perlu ke bahagian emergency/pesakit luar tapi oleh kerana Syafiah adalah 'anak' HSB maka dia disarankan ke wad neurologi di tingkat 7 di mana pesakit neuro ditempatkan.

Suami ke sana dan berjumpa doktor yang pada asalnya dua orang. Kemudian Dr. S + the geng datang membelek kepala Syafiah. Ramai.. sejumlah 8 orang! Begitulah keadaan biasa jika anak di wad di waktu pagi. Pakar neuro dan pelatihnya memang ramai. Kata pakar, Syafiah ok saja. Gelembung tu disebabkan oleh reservoirnya overdrain. Kering! Untuk kembali normal, reservoir tersebut perlu mengumpul CSF semula (macam empangan la). Even the 'ubun²' looks terribly sunken!

Aiyo.. awat la saya lupa terma reservoir tu... panik punya pasal. Risau gak saya... dibuatnya kena masuk hospital? Kami sekeluarga akan balik kampung hujung minggu ni, tak ke naya tiket bas yang kami dah beli. Dah gawat² ni balik kampung naik bas dah la. Karang kalo naik keta kena bayo tol la pulak kan... Nak balik naik Perdana V6 maintenance tinggi, nak beli Merz tak mampu.. hahaha!

Ada nurse yang kata biasanya kanak² shunt tidak begitu aktif. Syafiah berlainan (alhamdulillah). Semoga dia terus aktif dan menunjukkan perkembangan yang baik. It might be a false alert but better late than never.. *crap! What was I talking about? better check before it's too late! Sebab jika tidak diberikan perhatian sewajarnya, mungkin akan menjadi life threatening!


KUANTAN TEMBELING RESORT

Ni permintaan Awa... sila ke Pahang Tourism. Bukan Kuala la... tapi Kuantan. Nak melalui WHB kena ada Abang sekali! Huhu! Macamana plak kat tenet tak dak? Orang cari sekali je terus dapat!:

KUANTAN TEMBELING RESORT SDN BHD

For enquiries or reservation, please contact :
Manisah Othman - 012 988 2807
SitiMadurah Ahmad - 019-952 3597

The office address and telephone no :
Jalan Padang Golf,
25050 Kuantan
Pahang Darul Makmur.........

Tel: 609-567 6688/568 2888
Fax: 609-567 9988


BALIK KAMPUNG

Sok balik kampung naik bas. Naik dari Jalan Duta pukul 3.30 petang. Sampai PB mungkin dalam pukul 8 malam. Mak, Awa dan Jef akan balik sebelah pagi bas pukul 9. Oleh kerana kami ada hal, jadi perlu bereskan hal itu terlebih dahulu. Lamanya tak naik bas untuk balik kampung... Hoorrayyy! Balik kali ni untuk hadiri perkahwinan saudara. Saudara ni pernah menjaga saya ketika saya menduduki peperiksaan SPM. Jadi macam tak sedaplah pulak jika tak balik kan...

Sunday, June 1, 2008

Oopsss! We Did It Again!


Jeng jeng jeng... kami buat hal lagi!

Spontan! Tidak dirancang! *sesedap rasa je*. Cuba teka kami ke mana? Instead of Janda Baik, kami ke Little England... ajak mak & Awa tapi dia orang tak nak ikut. Katanya nak ke Bazarena Shah Alam.

Tempat kesukaan kami ni bakal berubah. Pekannya bakal diganti dengan 5-star hotel. Bukan setakat di pekan, malah di kebanyakan bangunan dan tempat yang lain. Kami tiba sekitar Maghrib, keluar dinner cari 'pekan sementara' yang kini berada hampir dengan taman permainan. Sesekali ketika makan, wajah dihembus angin yang dingin. Kakak penerima pesanan berkata maknya tak tahan berdiri di situ. Sampai kaki pun kejang!

Owh ye... hotel tempat kami bermalam terletak di Jalan Lady Guillemard.

Two single beds yang dirapatkan ke dinding!

Budak berdua ni cam ni la bila mula dapat tilam. Berposing je la kejenye

Seperti biasa, pelancong berbangsa asing begitu ramai. Apekah orang Melayu tidak lagi mencintai alam? Kalau ada pun, ada kata-kata kedengaran... "Lepas ni tak mao ke sini lagi dah!". Pulakkk....

Pagi tadi bangun dan ini hasil beberapa tangkapan... Tak tangkap banyak sebab yang ni je cukup mendamaikan jiwa. Dari bilik tempat menginap.



Sekitar jam 7 pagi

Sekitar jam 10 pagi

Sungguh istimewa dan mendamaikan jiwa tempat ni..

Selepas tu, kami ke terrace untuk sarapan. Sedap!! Ada peningkatan. Bersarapan pula menghadap taman sambil melihat pelayan hotel memberi makan kepada burung di tempat yang disediakan.

Sebelum check out sempat jumpa dengan Bill Gates, Steve Jobs, Ballmer, tak lupa juga kepada two agent faces, KGB & CIA - Sasha, Yevgeny, Klitzky dan juga lain-lain. Semalam pula jumpa dengan Angela Bennet & the geng sampai pukul berapa pagi! *poyonye la cite ni.. hahaha*.

Tiba di rumah sekitar jam 2.00 petang. Masih penat. Mengantuk hingga semuanya tido bergelimpangan atas lantai yang tidak beralas.

Will surely visit there again and again!

Monday, April 28, 2008

Cerita Adam


Kelahiran

Suatu pagi di hari Rabu setelah selesai saya menunaikan solat Subuh, saya menelefon Mak di kampung. Saya mengadu kepadanya tentang air yang begitu banyak keluar dari malam itu sehinggalah ke pagi tanpa menyedari itulah tanda bahawa Adam telah terlalu teringin melihat dunia sebelum tahun baru bermula. Sedangkan hari Sabtu sebelumnya saya dan suami sempat ke Pulau Pangkor untuk makan angin.


Masa menunjukkan pukul 6.45 pagi apabila... nyittt.. terasa seperti sesuatu menggigit perut dari dalam. Ketika itu saya masih berbicara dengan Mak. Saya letakkan HP. Mandi. Sarapan. Selepas mandi.. selang 15 minit sekali dari kontraksi pertama akan berlaku kontraksi kedua. Betul ke ni? Suami bergegas memasukkan baju ke dalam beg.


Saya bertegas padanya walau pun saya bakal melahirkan pada pagi itu, saya mahu ke pejabat terlebih dahulu. Rumah saya pada ketika itu terletak di SA. Pejabat di PJ. DEMC terletak di SA. Semasa di pejabat mencari sesuatu, terasa kontraksi saya semakin kuat. Saya sudahkan kerja yang URGENT kemudian barulah saya ke kereta suami semula. Jam pukul 8.15 pagi.


Kontraksinya semakin hebat! Kebetulan hari pula hujan lebat namun alhamdulillah jalan yang sesak setiap hari semacam 'clear' pulak pada hari itu. Dari PJ, kami ke SA seolah-olah kereta terlalu ringan. Terbang. Mengerah kereta kancil (kereta kami sebelum ni) ke 160km seakan-akan sukar. Tiba di DEMC lebih kurang pukul 9 pagi.


Kami hanya menaiki tangga ke tingkat 3. Jururawat di situ seakan terpinga sebab disangkakan saya yang berbaju kurung ni hanya sakit biasa. Rupanya saya bakal bersalin. Berjalan ke bilik bersalin. Tak sempat. Saya bersalin di dalam bilik menginap biasa. Single bed. Jururawat ramai tidak seperti biasa hanya 2-3 orang. Mungkin dalam 7 orang. Dr Z menyambut Adam pada pukul 9.07 pagi.


Adam ketika berusia 6 hari


Penjagaan


Sama ada Mastura, Adam atau Syafiah, ketiga-tiganya senang dibela semasa dan selepas berpantang. Tak banyak meragam. Semasa Mastura, saya pulang ke kampung untuk berpantang tapi disebabkan suami saya asyik pulang ke kampung bila sampai hari minggu je, kami ambil keputusan untuk balik lebih awal. Semasa Adam, saya berpantang sepenuhnya di rumah sendiri. Manakala Mak datang setelah diberitahu saya telah melahirkan. Syafiah - Mak di Mekah. Saya perlu menjaga diri sendiri. Masak, membasuh, menggosok pakaian semuanya suami buatkan. Saya keseorangan di rumah. Dua anak lagi dihantar ke kampung mertua sementara kesihatan saya bertambah baik.


(Gila rasanya sekejap. Suami bekerja, anak tiada, anak yang dilahirkan tiada di sisi, Mak pula berada beribu kilometer dari tanahair).


Berbalik kepada kisah Adam, menjaga si kecil ni begitu dipermudahkan. Dia hanya demam bila umurnya mencecah usia 9 bulan!



Demam


Bila dia demam pada bulan September tu, saya rasa sesuatu yang luarbiasa berlaku. Pengalaman saya menjaga Mastura, demamnya hanya sehari. Bila Adam demam, demamnya sekejap baik sekejap tidak. Pagi baik, malam demam balik. Saya curiga dia dihinggapi demam denggi. Maklumlah kami tinggal di SA.


Lagi pun saya juga pernah kena denggi semasa kandungan saya berusia 2 bulan. Mengandung si Adam la. Teruk ke tidak demam tu sampaikan platlet saya turun ke paras yang terlalu kritikal - 15! Saya yang sememangnya bertekanan darah rendah, menjadi semakin rendah ketika demam ini. Apabila pakar di SMC menyuntik kapilari di tangan, darah memancut dengan lajunya sehingga menitik ke lantai. Akhirnya saya disuntik di lengan. 4 pek platlet dimasukkan ke badan, itu belum cerita bab sodium lagi. Nanti saya ceritakan pengalaman saya bertarung dengan demam denggi ini di pos yang lain.


Pagi hari Isnin tu, saya terlihat bintik-bintik merah di kaki Adam. Suhu badannya normal. Syak yang bukan-bukan. Saya ajak suami ke DEMC. Rupa-rupanya Adam kena jangkitan. Tinggallah kami di sana 4 hari. Diberikan nebulizer pada waktu tertentu tapi tidaklah sampai kena fisio. Salah satu penyebab - keturunan asma.


Masa itu, Adam tidak pernah menunjukkan tanda dada turun naik. Semput seperti adik saya - Awa semasa dia kecil dahulu. Tapi berbulan selepasnya, tak silap saya ada la 2-3 kali saya lihat dadanya turun naik. Semput. Heett.. heettt.. bunyinya seperti bunyi itik angsa.



Rawatan Sendiri


Dulu saya cukup risau jika batuk-batuk/Adam terlebih aktif je, Adam pasti semput. Entah bagaimana tergerak hati untuk bawa Adam buat terapi air setiap hujung minggu. Saya pernah mendengar yang terapi air dapat membuka rongga-rongga dada/peparunya dengan lebih besar. Membuatkannya bernafas lebih mudah.


Terapi air ni hanya dibuat di air terjun. Yang seronoknya bila melihat aksi Adam di air ni apabila kita ampu dadanya, dengan semulajadinya kaki dia akan terangkat. Kemudian kami akan menolaknya di atas air seolah-olah seperti sedang berenang. Daya apungan badannya cukup menarik perhatian.


Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang (terapi yang entah kali ke berapa)


Cuba tengok daya apungan Adam di atas air tu


Kali pertama kami lakukannya, Mak risau jika pulang nanti dia akan semput. Malam pun datang & dia pun tidur dengan nyenyaknya. Jadi kami pergi lagi dan lagi ke air terjun.


Semput ni ada orang kata akan jadi bila panas atau terlampau sejuk. Tapi dalam kes Adam, semputnya tidak menentu. Lama-kelamaan, kejadian semput tu terus hilang. Paling akhir dia jadi semput adalah pada tahun lepas sekitar bulan Ogos. Itu pun di CH tanpa ventolin. Dia baik dengan izin Allah tanpa bantuan ubatan sehinggalah ke hari ini! Saya dengar ventolin ni ada juga kesan kepada pesakit, wallahu'alam.


**************************************************


Anak-anak saya jarang demam/selsema. Setahun mungkin dalam 4 kali. Anugerah Allah s.w.t. seperti susu ibu, alam & air terjun, saya manfaatkan sepenuhnya untuk mereka. Dengan harapan, mereka akan lebih menghargai alam dan suatu hari nanti mengenal dengan lebih dekat Pencipta mereka.


Kebanyakan orang memberikan pelbagai jenis petua. Petua paling utama di dunia ini adalah terapi zikir dan doa. Mohon semuanya dari Allah. Mohon Allah sentiasa memimpin dan tidak membiarkan kita sendirian. Rujuklah kepada Dia agar memberikan petunjuk yang terbaik untuk kita mengambil dan mengamalkan hanya yang terbaik dalam kehidupan seharian. Dalam mengambil keputusan yang kecil dan remeh sekali pun contohnya rawatan untuk orang yang pernah semput macam Adam & nak ambil/makan apa untuk menambahkan susu badan.

Kita semua milikNya!

Monday, April 21, 2008

Kuantan Tembeling Resort


Hanya nak kongsi gambar-gambar kami semasa di Kuantan Tembeling Resort. Tak puas rasanya cuti takat 1 1/2 hari. Tu pun lama atas jalan... Macam nak lepak kat sini lagi untuk family day. Antara kelebihan - tempat letak kereta berbumbung, syarat kolam renang yang longgar (ke pejam sebelah mata je?) dan yang paling penting murah. Yang tak suka - bila nak keluar masuk pengawalnya masih tak kenal kereta kami walau pun telah ditulis di atas white board. Siapa la suruh tak bagi sticker kat kami ni? Huh...



Kolam renang


Antara tempat dilawati - Teluk Chempedak (cehh.. ada ka patut nak makan tengahari satu kedai pun tak bukak, yang baru nak bukak kedai Tionghua la pulak.. ended up makan di KFC), Tanjung Lumpur untuk makan malam dan juga mengeratkan silaturrahim di antara 2 besan - mak & ayah abang Man kak Shidah di Taman Mahkota Jaya, Jalan Gambang-Kuantan. Yang tak sempat nak pergi - esplanade, river cruise, masjid negeri dan lain-lain. Ingat nak ke utara sikit, rewang-rewang ke Beserah tapi itulah.. masa tidak mengizinkan...




Mak, Mastura & Syafiah masa tiba


Saya sebenarnya suka tempat begini walau pun pada pandangan orang lain mungkin Kuantan tiada perbezaan dengan pekan-pekan yang lain. Lagi pun rumah yang kami menginap tersorok dan tersendiri. Saya tengok ramai juga orang asing menjadi penduduk atau penziarah tempat ini.




Mastura & Adam melanyak katil di bilik tidur utama


Setiba je kami pada petang Sabtu terus je buka bekal yang dibawa dari rumah. Lepas tu berehat. Rumahnya sungguh luas. Ada 3 bilik tidur + 3 bilik air (salah satunya ber'tub' dan mempunyai TV sendiri. Balkoninya mengadap tennis court dan kolam boleh dilihat dari sisi kiri. Malamnya sekitar pukul 8 kami ke kolam renang untuk mandi. Tiada orang langsung. Pekerjanya siap menasihati jika nak mandi datanglah sebelah malam dan pada pukul 10 lampunya akan off automatically. Lepas mandi barulah kami ke Tanjung Lumpur untuk makan.


Dalam perjalanan balik, saya menerima panggilan telefon dari Yong mengatakan ibu mertuanya telah pun meninggal dunia pada malam tersebut di Hospital Seri Manjung. Ibu mertuanya dikenali sebagai Mak Ji Kiah/Encik (panggilan anak-anaknya) agak rapat juga dengan keluarga kami. Maklumlah dia juga besan kepada mak dan banyak masanya ketika arwah sakit, arwah tinggal bersama Yong. Menurut Yong, arwah minta untuk balik ke kampung seminggu sebelum meninggal sebab kesihatannya agak baik ketika itu. Arwah pergi dalam keadaan tidur ketika anak bongsunya membaca Surah Yassin dalam keadaan yang anaknya sendiri tidak sedari.


Saya bagitahu mak yang besannya telah tiada. Tapi apakan daya.. jarak kami terlalu jauh. Jika kami tidak ke mana-mana mungkin kami boleh menziarah jasadnya pada hari Ahad itu di Teluk Bakong, Perak. Perjalanannya dari rumah ke sana dalam 2-3 jam sahaja.


Matahari terbit di hari Ahad




Pantai di waktu pagi hari Ahad




Maktok yang ceria


Hari Ahad tu sebelum masuk lebuhraya sempat la kami singgah di rumah Pak Muda. Sesat la juga nak cari tapi saya ni resminya kalau mencari mesti sampai jumpa. Dan tak rugi kami mencari bila kami dapat bertemu dengannya.



'Kami' sebelum pulang

Dan lepas singgah banyak kali... kami pun tiba di rumah pukul 10.30 malam....


p.s. : Tak dapat jumpak dengan kak Rina atas sebab kecuaian.. huh.. insyaAllah lain kali...

Thursday, April 10, 2008

Sekadar Imaginasi?


Pernahkah anda berasa ketika anda melalui sebuah tasik... seolah-olah di dalamnya terdapat seekor naga? Begitulah perasaan saya ketika melalui Tasik Raban*, Lenggong, Perak dalam tahun 2000 pada waktu malam semasa bulan mengambang penuh. Jalannya benar-benar membelah tasik tersebut.



Pada masa itu lebuhraya ke Gerik dari Kuala Kangsar itu belum siap seperti hari ini. Dari Pt Buntar kami menaiki bas ke Taiping, turun di Taiping kena plak ambil bas ke Kuala Kangsar, dari Kuala, bas untuk ke Gerik tiada lagi sebab hari telah pun lewat. Maka kami pun mengambil keputusan untuk naik bas ke Lenggong. Jalannya memang berlengkang-lengkok macam ular kena bedal. Setibanya kami di Lenggong hari telah pun malam. Pekan Lenggong ni umpama pekan koboi.. pekan yang kecil sahaja.

Dari Lenggong ke Gerik lebih kurang 40km perjalanannya. Hari gelap pekat. Yang datang mengambil kami - Didi & Abang Kemal. Perjalanan diteruskan. Seram sejuk pun ada sebab tak nampak satu cahaya pun di jalanraya malah di tepi-tepi jalan. Jika ada perkampungan, agak tersorok dari jalan utama.

Malam tu bulan mengambang. Apabila lalu saja di Tasik Raban, ternampak bayang-bayang bulan di air yang beralun-alun. Saujana mata memandang. Tiba-tiba saya dan Didi berbicara serentak, "Seramnya weiii... bayangkan kalau ada naga keluar dari tasik tu & terkam kita.." (pecah rahsia ko, Di.. hahaha).


Tak sangka sungguh dia pun berfikir macam saya. Dia pun pecut la dengan segera. Laluan melalui Tasik Raban tu tak la jauh sangat tapi terasa jauh sangat malam tu.

Sebenarnya tiada apa-apa pun yang berlaku.. cuma perasaan & imaginasi kami je... mungkin sebab saya dan Didi suka beno baca komik Cina tu kot.. hahaha... tapi macamana kalau betul ada naga? Eiiii...



***********************************************************


Misteri: Sumpah Seri Gumum di Chini


Cerita ini saya dapat dari laman web http://teratak.multiply.com/.

Empat pancang di kawasan seluas 30 meter persegi dicacak di Laut Gumum sebagai tanda tempat tinggal naga.

KETENANGAN suasana di Tasik Chini, Pekan tidak boleh dipisahkan dengan keindahan pemandangan kuntuman teratai yang mekar memenuhi permukaan tasik ketika musimnya tiba antara Ogos hingga September setiap tahun. Tarikan Tasik Chini yang juga tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera itu, bukan setakat keunikan flora dan fauna yang dimilikinya, malah cerita lagendanya yang penuh misteri turut mempopularkan kawasan berkenaan.Walaupun cerita seumpama itu sukar dipercayai dan dibuktikan kebenarannya, tetapi penduduk tempatan tetap menganggapnya sebagai sesuatu yang akan terus kekal dalam ingatan dan diturunkan daripada generasi ke generasi.

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.

Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam.Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.

Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri.

Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk.

Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.

Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi.

Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini.

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri. Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik.

Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

Bagi Ismail Awang Karim, 70, dari Kampung Melayu, Kuala Chini, cerita naga Tasik Chini diketahuinya daripada datuknya, Beah Itam yang meninggal dunia pada 1950."Mengikut cerita orang tua dulu, Naga Seri Gumum ini mempunyai ibu dikenali sebagai Naga Sri Kemboja tetapi mati selepas bergaduh dengan naga lain di Laut China Selatan."

Dikatakan Naga Sri Kemboja ini ditanam di Kampung Pasir Panjang dekat Tasik Chini dan nama kampung itu diambil sempena kubur naga itu yang panjang," katanya.

Penghulu Mukim Penyor 1, Mohd Bakri Abu Talib, berkata cerita misteri naga Tasik Chini seakan diakui penduduk kawasan itu sehingga mereka mencacak empat pancang kayu di kawasan Laut Gumum.

Kawasan yang dipancang dengan ukuran kira-kira 30 meter kali 30 meter itu menjadi tanda kepada semua pemandu bot supaya tidak melalui kawasan berkenaan kerana dasar tasik di situ dikatakan menjadi tempat tinggal Naga Seri Gumum.

"Pancang kayu itu dicacak sejak 50 tahun lalu dan akan diganti apabila kayu berkenaan sudah rosak."

Mengikut cerita lama, naga itu sepanjang kira-kira enam kilometer berdasarkan gambaran yang kepalanya pernah dilihat di Kampung Charuk Kekura, manakala ekornya di Kampung Mempelas," katanya.

Mohd Bakri berkata, kewujudan naga Tasik Chini menjadikan kawasan di situ sebagai `keras' dan mereka yang melakukan sesuatu di luar batasan akan ditimpa bencana.

"Saya sendiri melihat keadaan itu apabila ribut besar berlaku pada 1988 apabila tiga warga asing mandi berbogel di tasik itu."

Ketika itu, saya menaiki bot menuju ke Tanjung Jerangkung dan melihat tiga warga asing mandi bogel, lalu menegur perbuatan mereka itu.

"Tiga warga asing berkenaan bergegas naik atas calet terapung di situ dan serta merta berlaku ribut kuat yang menyebabkan ombak besar sehingga semua tali calet berkenaan putus dan hanyut hingga ke Gumum," katanya.

Sementara itu, bagi peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, berkata kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.

Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya."Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya.

"Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati.

"Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik," katanya.

Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan.

Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lingkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air.

"Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat."

Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat," katanya.

Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu.

"Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir."

Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit," katanya.

Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya.

Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemuinya memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri.

"Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas saya nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu. Saya berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan."

Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh tetapi kenangan ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya yang mungkin terkena sumpahan naga di situ," katanya




***********************************************************




*Tasik Raban = tempat penggambaran cerita Anna & The King ('99) - based on the story of King Mongkut of Siam, the prince who became a monk (diharamkan di Thailand). Tasik ni tak jauh dari Hutan Lipur Lata Kekabu (recommended) & kawasan pra-sejarah Kota Tampan.

Salah satu babak dalam cerita Anna & The King
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez