Setiba kami di Bahau, kami ambil keputusan bermalam saja di pekan ini walau pun sebenarnya perjalanan masih berbaki dalam kira² 20-30 minit.
Singgah bermalam di Hotel KSJ milik Koperasi Serbaguna Daerah Jempol. Ala² pekan koboi seperti di PB. Selesalah juga untuk insan² yang tak banyak kerenah seperti kami. Yang penting harganya berpatutan. RM60 je semalam. Saya jenis tidak memilih. Itu sebabnya selalu jalan² tanpa perancangan.



Suasana malam di sekitar KSJ. Yang bestnya tempat menginap kami tu berhampiran dengan bank, restoran makanan segera, deretan kedai baju, pasaraya, masjid, kedai serbaneka yang dibuka 24 jam, restoran. Kaki limanya dipagar membentuk seperti dataran. Jadi pada sesiapa yang ada anak kecil tak de la rasa risau sangat. Kami makan malam di Restoran Bunga Raya Utama.





Selepas sarapan kami meneruskan perjalanan yang berbaki di lokasi seperti di dalam gambar di bawah ini. Mula masuk ke tempat ni macam ragu². Eh betul ke ni? Sebijik rumah pun tak nampak. Dalam 5 km baru jumpa dengan pos bantuan. Terus lagi tetiba je rasa kagum sebab ada penempatan di situ.

Sori le gambo tak lawa tak sempat nak rembat D60 macam brader Apai.
Lokasinya di Felda Lui Selatan yang kali pertama kami pergi. Dah nama pun felda, mestilah rumah jauh ke dalam. Dah dekat dengan sempadan dah ni. Sempadan Pahang-Negeri Sembilan.
Perjalanan balik. Kami tidak lagi melalui route yang sama. Dah memang pe'el saya. Suka terjah jalan baru. Tak pakai GPS pun... pakai peta je. Lagi murah! Alhamdulillah tak pernah sesat. Mencari jalan terus ke Karak tapi tak bertemu. Kami terus ke Temerloh. Melalui jalan tepi sungai (Tembeling.. correct me if I'm wrong). Kelihatan orang menjual patin di tebing² sungai.
Perjalanannya bertambah 15km dari pergi tetapi masa telah dipendekkan sebab jalan pun lebar. Cik abang tetap maintain tak speed up. Yang bestnya, dapatlah refresh diri sekejap. Spontaneous vacation yang pertama tahun ini. Hari pulak mendung je.
Yang paling tak best, saya tetiba sakit belakang masa angkat kerusi di KSJ. Mungkin masih ada kesan jatuh di Q tempohari. Terus sakit hingga ke hari ini...
Well, siapa kata kita tak mampu berjalan-jalan cari tempat tidur dengan harga yang murah? Bahau pun jadi.. walau pun itu kali pertama. Yang penting diri jangan memilih... tak gitu?
12 comments:
ok gak bilik tu eh, harga pun murah..
Bahau mmg tpt 'R&R' kami bile time balik kg..esp time raya... Muar-Karak.. Kalau sue ikut jln terus ke Karak tu...sila berbekal dgn beg plastik ye...ahaks! jln bak ular kena palu...
Tapi seronok ikut jalan kampung nih...sejuk mata memandang..dan takde TOL!
rm60 semalam + bilik yg bersih .. teramat lah OK. lagipun buat rehat jer kan.. bukan nak berkampung!
psst.. x pernah lagi ke Bahau!!
cik ketumbar
Wedding Wati ke?
u've been tagged again...
Sue,kak jie prnah pergi bercuti tanpa booking hotel...dari Bentong>KL> Melaka> Kota Tinggi> Sedili > Mersing > Rompin > Muazam Shah > Karak > Bentong.
Di Melaka saja susah nak dapatkan hotel , kebetulan cuti tahun baru cina....dapatlah juga tapi tak puashati.
Tempat lain tiada masalah...kami siap bawa khemah utk kecemasan,
Best pula bercuti mcm tu
Majlis kahwin orang felda memamg meriah..seronok sgt
Lan Bingka:
sebelum nak check in tu memang pe'el kami pi check bilik dulu, alhamdulillah Allah mudahkan urusan.
Mimiejibam:
nak gi Karak tu kena lalu Simpang Pertang ye?
ikut jalan kampung ni sentimental la sket.
Cik Ketumbar:
owh.. saya pun tak pernah ke Bahau sebelum ni. itu le kali pertama..
Cikliah:
ni wedding sepupu Wati (mak Wati dan mak pengantin perempuan tu adik-beradik). jumpa la Wati kat sana.
anyway, pak mertua Wati tinggal di Simpang Pertang dan kenduri sebelah lelaki akan dibuat di Segambut masa CNY (tak ingat berapa hb). Wati cakap tak buat besar pun, tak macam kenduri biasa.
~*Krsty_Pinky*~ :
tag ye? dah 2 ni.. alamat orang yang aku tag lepas ni sengsara la jawabnya...
Kujie:
kira macam Kak Jie buat O-turn la ni? pusing² roundabout gitu.
saya memang suka cuti² spontan ni... pernah pi CH tak book. tido 3h 2m. dah lama camtu rasa cam nak muntah darah pun ada.
Post a Comment