Friday, January 23, 2009

Iktibar...


Iktibar selalu datang bertandang dalam kehidupan kita. Tidak kiralah yang kecil mahu pun yang besar. Namun sebagai manusia yang alpa, kita kadang² tidak pernah mengambil pengajaran dari perkara² yang berlaku di sekeliling. Seolah usia kita ini terlalu panjang... seolah-olah hanya kita yang benar. Cubalah diam dan muhasabah seketika tentang kehidupan ini...


Iktibar datang melalui sebuah kematian

AL-FATIHAH buat Tokchik yang kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 21 Januari 2009 bersamaan 24 Muharram 1430, sekitar 1 petang pada usia 74 tahun. Selamat dikebumikan selepas Asar. Salah seorang bapa saudara mak yang terlalu baik. Yang tinggal kini hanyalah Tok Ndak (ibu saudara Mak), yang lain telah lama menyahut seruan ke alam baqa.

Salah seorang menantunya yang kini bergelar Timbalan Menteri ada di dalam gambar ini.


Betapa kehidupan begitu singkat. Saya menghitung usia dan amalan yang sedikit. Saya 31 tahun. Jika ditakdirkan berusia panjang seperti Tok Chik atau pun Nenek yang menghampiri 100 tahun, ada kira² lagi separuh usia saya yang sekarang ini. Mungkin juga kurang. Tiada siapa yang tahu.

Dosa makin membukit. Amalan teramat sedikit. Hairan.... diri masih lagi leka dan degil... malah masih terpaku pada dunia.

Alhamdulillah di sebalik pemergian ada hikmahnya. Ramai saudara sebelah mak, saya kenali. Terlalu ramai! Merapatkan kembali hubungan silaturrahim...


Iktibar datang melalui seseorang

Betapa pentingnya sabar. Sabar berdepan dengan tindakannya. Mungkin kadangkala dia melakukan atau terlepas cakap sesuatu tanpa sedar. Tanpa sedar kata²nya itu bakal mengundang soalan bagi orang lain dan jawapannya amat menyesakkan sekali untuk saya sediakan. Kalaulah dia bisa mengerti.... Namun jika dia masih tidak mengerti sekali pun, tiada salahnya saya terus bersabar.


Iktibar datang melalui seorang Anak

Kelahiran tanpa diduga. Lebih awal dari jangkaan bagai menandakan bahawa dia seorang insan yang terpilih dan istimewa. Dengan keadaan itu, mengingatkan saya pada PERJANJIAN. Perjanjian antaranya dan Pencipta. Juga Perjanjian antara saya dan Pencipta. Melatih untuk saya terus bersabar menjaga anak seperti ini dan tidak putus asa dari rahmat Allah swt. Bersabar menangani persepsi dan soalan² insan² lain mengenainya. Mendidik hati supaya meredhakan apa saja keputusan Allah swt terhadap hambaNya dan berusaha ke arah yang lebih baik dari sebelum²nya.

Dan syukur... yang penting Allah swt tidak melupakan kami. Kerana itu Dia memilih kami untuk melaluinya....


Sesungguhnya iktibar² tersebut merupakan kunci kepada gedung² amalan ke arah mencari keredhaan Allah swt, wallahu'alam.

8 comments:

silversarina on January 23, 2009 at 6:04 PM said...

Iktibar datang dari pelbagai cara tapi kita yang kadangkala lalai mengambil iktibar dari nya, saling ingat-mengingati antara kita adalah amalan mulia. Terimakasih kerana membawa kisah untuk dijadikan iktibar.

Anonymous said...

alfatihah buat semua umat islam yg telah meninggal dunia....dr dia kita datang kpd dia kita kembali

Diver Mom on January 24, 2009 at 12:46 PM said...

innalillah...

Makcik Runner on January 28, 2009 at 3:32 PM said...

a-fatihah buat tokcik sue....

Sue.Aleen on January 29, 2009 at 9:15 PM said...

silversarina:
Ye la.. kita sebagai manusia biasa ni seringkali lalai. Bila datang iktibar, kita beringat. Bila ia berlalu, kita terlupa...

Sue.Aleen on January 29, 2009 at 9:16 PM said...

ss:
AlFatihah buat semua umat Islam sama ada yang masih hidup mahu pun telah meninggal dunia. Ini petua seseorang bagi kat saya. Jangan tunggu dah tiada baru nak sedekah alFatihah.

Sue.Aleen on January 29, 2009 at 9:17 PM said...

Zuhaini:
KepadaNya kita kembali... tak terbayang bila masuk ke alam baqa tu macamana kan...

Sue.Aleen on January 29, 2009 at 9:18 PM said...

KC lah who else:
AlFatihah... moga dia damai di sana...

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez