Antara 40 hadith akhir zaman:
Masa Akan Menjadi Singkat
Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
(H.R.Termizi )
Keterangan:
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.
Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.
2. Dah pun setahun berlalu selepas kelahiran Syafiah. Terlalu banyak pengalaman yang dikutip. Di celah² yang pahit terasa kemanisannya. Why today? Mesti ada yang wonder. Hari ini bukan 14 Januari. Ramai dari kita yang lupa kalendar hijrah, bukannn... Hari ini bersamaan 5 Muharram. Dia dilahirkan pada pagi Isnin, 5 Muharram setahun yang lalu.
Puas benar rasanya saya melihat dia dalam keadaan fizikalnya yang masih lagi bayi. Dengan developmentnya yang lambat. Lambat atau cepat pada akhirnya dia tetap akan melakukan perkara yang serupa seperti orang lain. Saya sentiasa positif dengan kehidupan ini. Saya tetap bersyukur dengan kurniaan ini. Allah swt memberikan kami pengalaman yang tidak ternilai harganya, alhamdulillah.
Semalam ketika berborak dengannya saya berkata:
Mungkin dalam banyak² anak ibu, Syafiahlah yang akan spend paling banyak masa dengan ibu... kann... Ke Syafiah yang ditakdirkan belajar paling jauh? Kuasa Tuhan tiada siapa yang tahu kann..
Bernada harapan. Hanya harapan. Sekiranya bukan milik saya, saya tetap menerima takdirNya seadanya selepas puas berusaha.
SELAMAT HARI LAHIR, ANAK IBU SAYANG...
MOGA JADI ANAK YANG TAAT PADA ALLAH
BERGUNA KEPADA AGAMA & NEGARA
3. Baru² ni hari lahir Adam (28/12/2005), anak saya yang kedua tapi saya tidak membuat entry mengenainya kerana kami berada di kampung. Seperti biasa, tiada sambutan sebab saya merasakan ia tidak perlu. Memang ada cadangan membeli kek tapi niatnya lebih kepada meraikan anak² saudara saya yang berada di kampung. Saja suka membahagiakan mereka.
4. Ucapan Selamat Hari Lahir juga diucapkan kepada ahli keluarga/waris Allahyarham Hj Hamid (tokwan sebelah ayah) yang lain antaranya Anuar bin Ismail (10/01/1962) (abang ipar yang pertama), Anisa Umairah binti Azman (06/01/2005)(anak saudara), Samsudin bin Hj Hamid (12/01/1948)(bapa saudara), Hasnol Mizam bin Hashim (12/01/1973)(suami sepupu). Tak lupa juga buat Azie (ingat pun sebab dia buat entry.. bad memory!).
Moga keberkatan hidup mengiringi usia kalian.... insyaAllah.


17 comments:
hepi belated bday utk adam.. :)
anyway,trip to kuantan tu menjadi eks?
but i wuz info by mom,drng x gi..(including k.lina+a.kemal)
Happy birthday Syafiah! and belated for Adam..
Menggembirakan anak2 kecil memang seronok. Masa Ammar tiup kek hari tu takde satu budak pon. semuanya adult, sangat boring!
Happy birthday Syafiah ! And to Adam too....
eppy birthday Syafiah! Eppy anniversary lahirkan syafiah buat ibunya. belated birthday utk adam lah jugak
sue,
welcome to "our" family....
Happy birthday Syafiah !
InsyaAllah akan bertambah sihat dan cerdas. Amin.
Nak busy body sikit... dah join 'family' principal tu ke ???
~*Krsty_Pinky*~:
menjadi insyaAllah sebab dah ditempah. waida singgah la on the way balik kl.... boleh la berkubang dalam swimming pool dia.
~*Krsty_Pinky*~:
insyaAllah ada rezeki lain di masa² yang lain untuk mereka. ada orang sponsor kain baju tau...
Makcik DC:
tak best kan kalo tak de bebudak celeb birthday. serupa macam tak payah.. no wonder la muka ammar pun tak de expression.
Cikliah:
yeayyyy... kami dapat tokngah baru... yeayyyy <-- ni adam & syafiah yang cakap! huhu!
Lan Rambai:
eppi anniversary mende lak ni? confused la pulak.. hehehe...
The Principal:
tq for accepting us... bukan sorang je ni. semua anak² saya juga...
Silversarina:
baru nak join je kak rina... join satu family lagi (except my hubby la tapi tak tau la kendian dia lak yang nyebok). hehehehe!
sape plaks sponsor kain baju tu?
utk apekah?
eh...eh... tak tau pon ade tmpt tantek cam gini.... beshnyeee sis...
~*Krsty_Pinky*~:
ade la... actually we planned to have a pot luck, exchanging gifts and all that...
Reena:
so dah tau ni kena pegi la kan..?
Post a Comment