Sebagai perbandingan:
PRU12 (Mac 2008)
BN (spesifik UMNO) menang melalui Allahyarham Razali dengan mengalahkan Mohamad Sabu dan nenek Maimun dengan majoriti undi 628.
Pilihanraya kecil 17 Januari 2009
PAS dan PR menang melalui saudara Mohd Abdul Wahid Endut (32,883) dengan mengalahkan Wan Ahmad Farid (30,252) dan calon AKIM, Azharudin Mamat (193)(he is a registered voter in the Petaling Jaya Utara parliamentary constituency) dengan majoriti undi 2,631.
Melihat kepada gambar di bawah mengingatkan saya kepada cerita² ketika saya begitu aktif dalam sebuah wadah perjuangan sekitar tahun 1999. Ketika itu saya masih lagi bujang. Masa dan komitmen tidak pernah mencemburui saya.
Sungguh tidak tergambar dengan kata² bila berjuang kemudiannya menang. Walau pun saya tidak berada di KT, namun saya faham apakah perasaannya. Syukur tak terhingga!
Saya masih ingat taktik yang digunakan oleh lawan. Dengan cara 'character assassination'. Namun pada hari mengundi yang menakjubkan golongan² Tionghua, tak kira yang berseluar sopan mahu pun kurang sopan, membawa bendera bulan sambil membonceng motorsikal. Mengedarkan risalah tentang Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam.
Cheng Ho juga Islam! Cheng Ho juga Islam!" jeritnya sambil membunyikan hon.
Peristiwa itu masih segar dalam ingatan. Kebetulan ketika itu, saya bertugas di pondok panas di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaaan.
Antara suasana yang saya rindui. Gambar² diambil dari excusez-moi?.
Saya tahu kakak saya yang membawa saya melalui liku perjuangan ini telah turut serta di KT semalam. Tidak tahu berapa lama dia di sana.
Maafkan saya... maafkan saya kerana tidak ikut berkempen kali ini. Termasuklah menulis sesuatu di dalam blog ini sebagai satu sumbangan. Saya melihat gambar² semasa melompat dari satu blog ke satu blog lain semalam serta mengimbas kembali peristiwa² yang saya pernah lalui. Seakan-akan begitu segar dan ia begitu membangkitkan semangat saya.
Begitulah kebiasaannya bila berlaku sebarang pilihanraya sejak tahun 1990. Ketika itu saya masih bersekolah rendah dan hati saya telah terdetik, "Kenapa ye.. TV3 ni berat sebelah? Kenapa tak lapor tentang dua² belah calon?". Saya akan tidur begitu lambat bagi mendapatkan berita.
Telah banyak orang² tertentu berkata dan berbuat buruk terhadap negeri saya dan juga negeri² PR yang lain. Namun begitu ia tidak pernah mengubah persepsi saya pada wadah perjuangan yang saya sertai. Saya tahu seseorang akan bertindak buruk dan boleh melakukan sesuatu yang juga buruk dengan mengikut kemahuan nafsu mereka termasuklah dengan MENIPU. Reaksi orang terdesak... Begitulah sikap mereka sejak dulu (yang ibu kata, "Kalau bukan geng dengan dia, dia takkan bantu").
Untuk PAS, tahniah dan alhamdulillah. Kemenangan ini adalah izin daripadaNya. Amanah yang diterima WAJIB dijaga dengan baik kerana mahu menjaga amanah ini bukanlah kerja mudah.
Untuk yang kalah, takziah. Pilihanraya ini membuktikan bahawa Allah pernah meminjamkan sesuatu kepada kalian kemudian Dia berkuasa untuk menariknya kembali. Namun hingga kini masih kedengaran bunyi² 'kebongkakan' dalam reaksi² yang telah dilontarkan oleh mereka. Kebongkakan inilah antara sebab golongan muda menjauhkan diri dari kalian, wallahu'alam.
p.s. : Mana ye hasil bedah siasat PRU12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh? La ni dah nak kena tambah lagi satu... TV3 (saya tidak akan berselindung yang saya menonton tv ini terutamanya untuk melihat dan mendengar review selepas pilihanraya) bermain api lagi pagi ini. Sudah la lambat menyiarkan keputusan pilihanraya, pagi ini sibuk benar melaga-lagakan PAS dan DAP. Tolong... tolonglah belajar dari kesilapan...

24 comments:
:) :) :)..seronoknya dengar keputusan malam tadi...AllahuAkbar..
bila keputusan dah keluar, TV3 buat senyap je, takde plak berita terkini..huh
yes!
Teruskan perjuangan
Sis Sue!
TV1,TV2,TV3,TV4,TV5....tu semua dah komponen jugak tuuu..Lerrr!Alaaa..macam kata pak guard asrama bila tangkap student lompat pagar.."Saya cuma jalankan tanggungjawab saya..." huhuhu...
Menang...dah menang dahh! Yang kalah pun..takkan jatuh miskin!
Kemenangan moral!
Roger!
Suealeen, first time jalan sini..takmo cerita pasal politik..tak reti! hikhik..tapi sungguh tersentuh hati saya baca kisah syafiah..semoga both baby n mummy sama2 tabah....dan syafiah cepat sihat yek!
idup umno!
Salam Ela,
kak bib mlm tadi baru balik dr sana. penat n tak sihat tapi berbaloi sbb kita dh berusaha yg termampu, Allah jua telah menyempurnakannya. Kemenangan yg amat manis utk kami kenang.
Maaf x sempat nak contact pun. tetiba dpt tau Piah kena operate lagi.
Hope semua nya ok..lepas ni kita kena byk2 munajat terhadap saudara kita di Palestine pulak...solat hajat hari2 plz...
kelako kan, smp kul 10pm br ada announcement, tu pun hanya melalui 'tulisan yg bergerak pantas'...hehe
sis sue,
mungkinkah mereka ini akan berubah?
makhluk Allah SWT yang tidak akan berubah hanyalah syaitan sahaja, yang saya tahu.
kalau mereka ini tak mau berubah, maka mereka ini boleh la kita katakan termasuk dalam golongan diatas.
waLlah hualam.
tengok dalam buletinutama masa lintas langsung ke stadium negeri yang kosong tanpa Najib kita dah boleh agak dah keputusannya.
kesian kat najib kan? dok la ke sana ke mari pi berkempen, tayang muka kat rakyat sana sinun tapi kalah gak. budak darjah satu pun paham kalau dah camgitu apa maksudnya....dah tak power laa!
Maklang:
alhamdulillah... Maklang best le... boleh tengok dekat²....
Lan Bingka:
TV3 tu memang dah tua jugak gamaknya!
Jingga Studies:
yes.. alhamdulillah... ko dengan aku dok chit-chat kat entry ko je sepanjang penantian tu.. hoho!
Berlingomerah:
thanks for visiting... insyaAllah perjuangan akan diteruskan. tak dapat banyak sket pun jadi.
bila lagi nak update blog?
Aboo:
menang dengan izin Allah swt. ingat pesan TGNA, jangan lukakan hati yang kalah sebab kita ni berdakwah...
::Umi Sufira:::
owh insyaAllah... orang Islam ni kena tabah selalu baru capai tahap maunah, insyaAllah. thanks for visiting too!
Benludin:
Allahuakbar... hanya Allah yang abadi.
Kak Bib:
mesti rasanya manis bila berjuang dan berjaya. tapi kalo kita tak berjaya pun kita takkan kecewa sebab ia bukan budaya. perjuangan ini merupakan perjuangan untuk tempoh yang panjang. kena rujuk sirah² terdahulu, baru boleh rasa begitu manisnya bersabar.. tak gitu?
Intan RH:
adik saya nasiblah pasang asteruk dalam bilik dia... bleh la jugak tonton review di awani. tu pun lambat jugak.. ceh!
Abu Amirul:
saya pun tak rasa mereka akan berubah, unless kita kaya dan beli semua saham yang dah takdak nilai tu. hehehe....
anyway, thanks for dropping by!
Lan Rambai:
sebelum keputusan keluar lagi dah tahu DSNR blah awal sebab baca blog² kat beras padu. apa daa....
KC lah who else:
dia orang dah anto kat dia signal dah 2 kali dalam p/raya kecil ni. tapi biasalah denial syndrom. entry paling best saya baca di The Scribe A Kadir Jasin - Pengundi Masih Marah Kepada BN. spot on!
Post a Comment