Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Thursday, January 29, 2009

Aku Yang Tak De Kerja


Oleh kerana blog ni dah 6 hari tak de emosi, tak de salahnya aku langsaikan tag yang mana ada tu... Hehehe... nampak beno aku ni pengumpul tag kan... Tag² ni semuanya dari Krsty-Pinky.


TAG 1

1. What is your enthnicity?
= Banjar Kelua + Banjar Alai + Arabic (mom's side). Itu yang aku tahu. Yang tak tahu? Mana la tau kan... keturunan dari Mongolia ke.. Afrika ke...

2. What are your interests outside of fashion?
= Blogging la of course what else..

3. Favorite musicians/bands:
= U2 is one of my favorite bands.

4. Favorite movies:
= A Beautiful Mind.

5. What do you plan to study? What do you plan to do for a career?
= I've a dream to be a therapist... cewahhh... boleh ke nak study OT or physio lagi ni?
= Career... ermmm... actually I want to be an entrepreneur. Have several things to do to pursue my dream.

6. How often do you shop?
= Beli buah jambu + ciku last time I shop... that was on Monday!

7. Do you have a job/work?
= Instead of part time SAHM, I'm now a teacher (hahaha... can you believe it?).

8. How do you afford your clothes?
= Sponsored by sugar daddy.... and he's my husband! Kalau baju kurung, mak yang selalu belikan. Bertuah punya anak kannn...

9. How do people react to how you dress?
= Mak - punya banyak lagi baju lawa², awat yang hang suka pakai baju buruk ni jugak? Gagaga... Husband? He doesn't even look at me... huhu! (meaning he doesn't notice what I wear everyday).

10. What are your summer plans?
= Many things... paint our living room, moving furniture, buy new curtains, yadda yadda yadda... bla bla bla...

------------------------------


1. THREE NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
Inbox cellphone? Message? Incoming calls? Missed calls? Dialled numbers? I've a handphone with log menu.
= Abang (missed call)
= Abang (incoming call)
= Tok Lang Subki (missed)

2. YOUR MAIN RINGTONE?
= Syafiah's crying sound. Bertuah punya anak. Jarang nangis. Bila nangis mak rakam buat ringtone! Comelnya dengar dia nangis!

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
= Watching TV.. aku tengok cite kat Astro Prima tu.. cite lama tajuk Iman.

4. WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
= Mak, Abang and the kids... Jalan² sempena CNY. Sg Besar-Lata Kinjang-Ipoh-Gunung Besout-Sg Besar-Home. Main objective - cari moyang saudara emak di Gunung Besout. I can't describe you the feeling of looking to the eyes of my mom. Rasa puas dapat penuhi impian dia... & yang pasti impian aku juga.

And not to forget, sent my BIL back to his hostel on the way home.

5. THE COLOR OF THE SHIRT YOU’RE WEARING NOW?
= I'm wearing a kaftan, black + choco in color.

6. THE LAST THING U DID?
= Makan satay dengan husband.

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
= PC
= HP
= Food.. muehehehe...

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
= White

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
= Ada la ratus² rupiah...

11. YOUR FAVORITE CITY?
= Banyak. Tapi satu dalam fikiran ni sebab rasa nak pergi sekarang jugak = Fraser's Hill.

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
= Weekend yang selalunya unplanned. Ada je tempat nak terjah.

13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
= Around 8 pm today... in Awa's bedroom.

14. WHERE IS SHE NOW?
= At her room upstairs... she's staying with us.

15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
= At 8 pm today. With daddy? About 8 years ago on his last day. "Kuatkan ribut ni Ela". Owh.. how I miss him so much!

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
= Mak Cik (my aunty). Ke aku dah buang sms lain? Ermmm...

17. WHERE DID U HAVE UR DINNER LAST NIGHT?
= At home....

18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
= Just now.... hehehehe...

19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
= Hardly remember

21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
= Initial dah la kan... bukan celeb pun... MNA..

22. WHAT DO YOU FEEL NOW?
= I feel uncomfort...

23. WANNA SHARE WITH WHO?
= No one.. the feeling will subside as I go to the bathroom... hahaha!

24. WHO KNOWS UR SECRET?
= Hubby, sister, mom. Tapi tak banyak juga sebab I'm a secretive type person.

25. DO THEY KEEP UR SECRET?
= Yes.

27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
= Rarely get angry... but if I explode that will be another story.

28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
= I used to love the Chicken McDeluxe but since the bombing in Gaza, BOYCOTT is the best answer! I hope this will last long since it is so tempting... (nampak sangat macam tak istiqomah).

29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
= When we about to leave Nenek... I'm sad as I don't know when will I see her again. I hope I can meet her again.

30. NAME THREE PERSON THAT YOU LIKE TO TAG HERE

1) Kak KC - so that she can be so rajin and update her blog.

2) Intan - sebab aku rindu kat hang (pengakuan berani ni). Actually aku rindu nak kenakan dia tag.. kalo dah ada orang tag hang kan Intan, rerajin la buat lagi tag ni.

3) ASR - sebabnya ko dah lama tak tinggal jejak kat blog aku ni.. amacam?

TAG 2

PERATURAN TAG

1. Pada yang telah berkahwin, anda dikehendaki postkan gambar perkahwinan anda dlm blog anda...

2. Pada yang belum berkahwin plak, postkan gambar perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah anda hadiri... contohnyer perkahwinan X-kekasih ker, kawan baik ker, artis populer ker.. tak kiralah, asalkan ianya membawa seribu erti buat anda...

3. Jangan edit2 tau gambar2 tue.. kalau banyak postkan gambar2 lagi bagus o.k tu jer, senangkan...

Suami yang kepenatan. Almaklumlah anak lelaki sulong, banyak urus sendiri. PIL tak pernah buat kenduri kawen plak tu. Anyway, you look slimmer.. !


Sorry la.. tak ikut peraturan. Saya memang suka gambo B&W, so what... Masa zaman saya kawen tu tak de pakai digital camera semua ni.. ni pakai SLR yang masih pakai filem tu tau... Sebenarnya gambo ni je la yang cun lepas saya scan. Yang cun lain banyak tak discan tersimpan rapi dalam kotak... hahahaha... dah nak masuk tahun ke-6 kawen + 3 orang anak dah keluar, gambar masih tak susun, malah ada yang hilang entah ke mana... punyalah pada....

Tuesday, September 9, 2008

Persamaan Beijing dan Tanjong Piandang




I'm still searching for this Fuwa, namely Huan Huan (symbol of Fire)


Tarikh : 8 Ogos 2008
Pembekal : Syarikat Zhang, Li, & sons.. hiks! dll (hantam sajalah labu!!)
Jumlah Bedilan : Ratusan








Tarikh : 7/8 Februari 2008 (Tahun Baru Cina)
Pembekal : Ahmad Jefry Chong Abdullah
Jumlah Bedilan : 138 (tak terlawan Beijinglah!)
Tukang Bakaq : Awa
Peruntukan Raya Tahun Ni : bukan aku yang booked (rega RM400)


Selain sama dari segi di atas, kedua-dua tempat itu juga ramai penduduk Cina dan kami tinggal dengan aman damai sehingga kini. Malah ketika kami kesempitan dulu, jiran yang bermata sepet itulah yang datang membantu meminjamkan wang. Tanpa bunga.

Teringat juga, tiap kali raya ayah siap tolong belikan mercun. Zaman dulu rega murah. Kumpul² nak dekat RM200/orang jugak la dia bagi kami bakaq duit. Bukan apa... saja nak bagi anak² dara dia berani. Bukan takat main mercun made in China tapi yang meriam buluh dan yang berdesing hebat seperti meriam besi pun kami main. Saya masih suka membakaq mercun.. syhhh.. toksah kecoh.. karang kena tanya dek polis.. hehehe! (jeng jeng jeng.. kat tempat kami cek polis yang juai mercun.. haha). La ni suka dengan mercun bola yang meletup kuat tu.

Eh... tapi ada orang kata masa Sukan Olimpik Beijing tu satu dunia kena tipu. Betul ke? Bih tu yang masuk dokumentari tu amende? Yang siap ada pakar mercun bergelar Prof tu. Katanya setiap gerak mercun tu computerized.... Tertipukah kita? Ah!! Biaq pi la.. maka jin pun kenyanglah makan asap!!

Sekian... entry merepek hari ini.. saja memenuhkan ruang

Monday, August 4, 2008

Down The Memory Lane


i

Tadaaaa.... can you still remember these?



The unknown (blame me... I'm 'amnesia'!) (Credit to CeritaDenganAnak)



The current favorites! (okay.. okay! I'm still watching!). Me and my husband share many things in common including watching the above animes or cartoons. He made me fell in love with Naruto (vice versa by watching Desparate Housewives! Hahaha). I'm so lucky and it's always fun to be with a 'best friend' (alhamdulillah) who is not-that-mature in some cases.. if you know what I mean...

Let me tell you something, She-ra is a twin sister of He-man (bataknya aku tak tahu sebelum ni). Thundercats, Voltron & He-man are now being re-broadcast on TV2 & TV9.

Saturday, July 19, 2008

Mengimbas Kenangan Itu....



Terimbas kenangan itu...


Semalam suami bercerita tentang salah seorang rakan sepejabat bernama Suhaimi. Dia dan isterinya - Salwa (bukan adik aku) baru menerima cahaya mata kedua 3 minggu yang lalu. Mereka berbicara di dalam telefon. Suhaimi berada di luar. Mungkin di hospital. Sedih bunyinya kata suami.

Mereka diuji seperti kami! Cuma yang bezanya kami menyimpan perasaan roller coaster tu lama sebelum diketahui rakan sepejabatnya, malah dengan keluarga kami sendiri. Ceritanya ketika 16 hari, si bayi demam panas. Entah apa terjadi, bunyinya seperti salur darah tidak tertutup dengan sempurna mengakibatkan ianya pecah dan memenuhi paru-paru. Menurut doktor, ketika bayi dalam kandungan ada satu salur darah (see Foramen Ovale. I dunno whether I get this correctly but this is the closest) yang amat diperlukan di dalam paru-paru tetapi akan menjadi masalah bila bayi lahir saluran ini tidak tertutup dengan baik. Maksudnya, jika di dalam dia perlu, jika di luar salur darah tadi menjadi tidak perlu. Malah membahayakan nyawa si anak jika ia tidak tertutup dalam tempoh 3 bulan, malah kurang dari tarikh kelahiran.

During development of the fetus, the interatrial septum develops to eventually separate the left and right atria. The foramen ovale (pronounced /fɒˈreɪmən oʊˈvɑːli/) remains open during fetal development to allow blood from the venous system to bypass the lungs directly and enter the circulatory system. This is so, as prior to birth, the oxygenation of the blood is provided via the mother's placenta as the lungs of the fetus are not breathing air. A layer of tissue begins to cover the foramen ovale during fetal development, in which typically, after birth, the pressure in the pulmonary circulatory system drops, thus causing the foramen ovale to close entirely. In approximately 25% of adults, the foramen ovale does not entirely seal. In this case, elevation of pressure in the pulmonary circulatory system (ie: pulmonary hypertension due to various causes, or transiently during a cough) can cause the foramen ovale to remain open. This is known as a patent foramen ovale (PFO).


More info, click here...


Most teens who have ASDs seem healthy and have no symptoms. Usually, a teen with an ASD grows normally and feels well. Most don't need to take any medications. Rarely, teens with an ASD may show the following signs:

fatigue and tiredness during activity
abnormal heartbeat
stroke (this is very rare)


More info, click here...



Bila paru-paru bayi telah dipenuhi darah, darah yang ada di dalam badan makin kurang serta mengakibat kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen amat merbahaya kerana ia akan melibatkan bahagian otak di mana boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak.

Ingat tak pada IVH (Intraventricular Hemorrhage)?

What are the different grades of intraventricular hemorrhage?

The amount of bleeding varies. IVH is often described in four grades:

Grade 1 - bleeding occurs just in a small area of the ventricles.
Grade 2 - bleeding also occurs inside the ventricles.
Grade 3 - ventricles are enlarged by the blood.
Grade 4 - bleeding into the brain tissues around the ventricles.

Grades 1 and 2 are most common, and often there are no further complications. Grades 3 and 4 are the most serious and may result in long-term brain injury to the baby. Hydrocephalus (too much cerebral spinal fluid in the brain) may develop after severe IVH.

What are the symptoms of intraventricular hemorrhage?

The following are the most common symptoms of intraventricular hemorrhage (IVH). However, each baby may experience symptoms differently. Symptoms may include:

- apnea and bradycardia (stopping breathing and low heart rate)
- pale or blue coloring (cyanosis)
- weak suck
- high-pitched cry
- seizures
- swelling or bulging of the fontanelles, the "soft spots" between the bones of the baby's head
- anemia (low blood count)

The symptoms of IVH may resemble other conditions or medical problems. Always consult your baby's physician for a diagnosis.

More info, click here...


Jadi, anak si Suhaimi tadi telah disyorkan untuk pembedahan VP shunt sama seperti Syafiah. Saya meneka mungkin IVHnya gred 3 atau pun 4. Pemeriksaan asas adalah menggunakan ultrasound dilakukan oleh pakar paed. Jika pakar mahu melihat secara detail keadaan dalamannya, pakar otak akan melakukan CT scan. Anaknya juga mungkin melepasi berat untuk pembedahan iaitu 2.5 kg ke atas.

Pengalaman saya ketika Syafiah berada 77 hari di NICU cukup untuk saya belajar menghargai kehidupan. Ada anak yang cukup bulan, paru-paru pula collapsed. Ada yang usus naik ke atas. Dan macam-macam lagi keributan-keributan lain yang terpaksa dihadapi oleh pakar dan pasukan jururawatnya. Kata mereka, hati sentiasa berdebar-debar. Tak kira dalam hal menjaga anak orang, mahu pun menjaga karenah ibu bapa bayi itu sendiri.

Bagaimana perasaan isterinya? Saya yang terlebih dahulu melalui terasa amat tersentuh hati. Saya tahu, isterinya pasti berendam air mata. Dalam pantang pula tu. Apatah lagi anak yang dilahirkan cukup sifat dan cukup bulan. Terasa seperti mahu menyentuh bahu dan memeluk dirinya... moga dia juga diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk mengharungi ujian ini, insyaAllah.

Bagi yang beranak kecil tu.. perhati-perhatikan istilah perubatan dan ambillah tahu mengenainya... supaya anda lebih aware dan tidak panik bila berdepan dengan segala kemungkinan yang kita sendiri tak tahu akan berlaku bila. Apa pun, hidup ini diatur olehNya.. kita sebagai hamba perlu menerima sekali pun kenyataan itu teramat pahit rasanya!

Wednesday, June 18, 2008

A Shunted Girl


Firstly, I'm so sorry for haven't updated anything in my blog within these 2 weeks. The reason - we've been staying in the HSB for 9 days from 10/06/08-18/06/08! Saya baru je discharged dari HSB pukul 3.00 petang tadi.

The chronology:

Day 1 - Tuesday, 10 June 2008.
We've met with Dr. A as stated in the appointment around 9.00 am, a young doctor who is about my age. He scheduled the CT scan on 11 am. Meanwhile, we've to stay in the ward. Later, around 5 pm, the neuro team came to meet us. They intended to do the Lumbar Puncture (LP) but failed. After several discussion, they changed the plan from EVD to VP Shunt.

Ntah la nak kata ignorant ke hapa.. saya tak rasa nak tengok langsung result CT scan masa tu. Dengan air mata yang merumbai-umbai, walau pun saya dah boleh agak itu yang bakal berlaku, saya ambil sedikit nafas dan membaca Bismillah sebelum menandatangani surat kebenaran untuk VP Shunt. Dalam hati.. Ya Allah.. aku hanya berusaha walau pun bukan itu yang aku mahukan!

Later that night, hati saya terusik lagi ketika darah si kecil diambil. Enam kali cari IV tak boleh, kebanyakkannya dah collapsed since she was in NICU.

Sebelum pukul 12 tengah malam, nurse datang ingatkan supaya Syafiah mula puasa pukul 2 pagi. Saya kuatkan hati supaya tak menyusukan dia & bertindak 'menipunya' dengan pacifier walau pun sebenarnya dia tidak sukakannya. Maafkan ibu, nak.. tapi saya rasa Allah swt banyak membantu ketika itu. Dia tidak menangis walau sedikit pun!


Day 2 - Wednesday, 11 June 2008.
She was brought to the OT on 8.00 am and the operation started on 9.00 am. Ya Allah, jika dia hanya dipinjamkan seketika buat kami, saya akan relakan. Sepanjang tempoh itu saya di surau, solat & membaca al-Quran. Hati ini pilu tak dapat nak digambarkan. Sesungguhnya saya tidak punya apa-apa kekuatan langsung jika tidak dariNya. Lepas tu hati jadi sedikit tenang.

Pukul 10.30 pagi saya ke OT semula. Tidak lama selepas itu Dr. S (a Chinese woman anaesthetist) keluar dan berborak dengan saya. She said, "Your baby is strong!" (petang tu bila belek tangan dia lebam sampai hitam. Dia mesti cuba nak lepaskan diri masa dibius!).

Anak saya dibawa keluar dari OT & ruang rehat agak lambat. Malah back up ventilator pun tiada. Dalam pukul 12 tengahari barulah staff dari NICU datang dengan sebuah inkubator yang cukup-cukup muat je untuk badan Syafiah. Sepanjang pemerhatian di ruang rehat & NICU, oksigen dia maksimum. Alhamdulillah. Tak sampai sejam dibedah juga dia telah sedar.

Dia berada di NICU pun tak lama. Dalam pukul 5, dia dihantar semula ke wad kanak-kanak. Bila diberikan susu terus je mahu minum & alhamdulillah tiada muntah-muntah.



Rupa budak yang kena bedah.


Day 3 - Thursday, 12 June 2008.
Drip dia dioffkan pagi ini. Dia minum & membuang seperti hari-hari yang biasa. Demam pun tiada.


Day 4-6 - Friday-Sunday, 13-15 June 2008.
No extra ordinary activities except I started to fall sick and have a running nose! There a lot of babies in there who are having lung infection! Some with barking sound. Looking back, I could stand the test during the confinement period! Finally.. after a lot of ujian, my physical couldn't resist any test anymore. So did Syafiah, she began to have a fever and cough 2 days before discharging.


Day 7 - Monday, 16 June 2008.
Scheduled for CT scan again. She was asked to fast again started from 6 am. On 11 am, she was given the carbohydrate to make her sleep but failed. They brought her to ED as the scanner was broken on the ground floor. Once again Dr. KC who was accompanied us, gave her a sedative through her IV but to no avail. She's alive and kicking! Delayed...


Day 8 - Tuesday, 17 June 2008.
The neurologists came for a visit as usual asked whether there's any improvement. Indeed, her AF is softer & not tense like before. Asking whether we should go on the CT scan, Dr. SA said there's no need to do so since I said it's beginning to show improvement.


Day 9 - Wednesday, 18 June 2008.
Discharged after they pulled out the 14-stitches.




Gambar menunjukkan bekas jahitan di kepala, pam & tiub yang disalurkan dari kepala terus ke perut.



Please read here for more info.


Sebenarnya selepas semua ini berlaku, saya sendiri dah tak tahu apa lagi yang saya nak rasa. Suatu hari di surau, saya terdengar salah seorang mak guard berkata, "Apa yang nak jadi ke depan ni, kita redah je la."

Macam-macam perkara buruk yang saya dengar mengenai shunt ni seperti anak akan jadi lembik kaki dan tangan lepas setahun, pergerakannya akan jadi lambat, pertumbuhan otaknya tidak akan jadi normal seperti budak lain. Tapi apakah pilihan yang saya ada? Jika dibiarkan, kepalanya bakal membesar. Saya sebagai pemegang amanah hanya mampu berusaha apa yang saya rasakan terbaik untuk anak saya. Walau hati ini robek sekali pun. Walau saya menangis tak henti sekali pun.

Saya selalu membayangkan yang baik-baik, dengan izin Allah, Syafiah pasti sembuh. Doa ibu bapa pasti makbul! Allah tidak akan menzalimi hambaNya dan macam-macam lagi perkataan hikmah sentiasa saya tanamkan dalam diri yang lemah ini. Kadang-kadang naluri manusia & seorang ibu ini tewas juga... tambah pula bila orang kata "Sabarlah""Kesiannya dia" (kadang-kadang tertekan makcik tau!).

Sesekali saya menitip & mengingatkan diri sendiri bahawa, inilah JANJI antara Syafiah dan Penciptanya. Jika dia begitu utuh sekali melalui ujian untuk dirinya sendiri, saya perlu lebih kuat berdiri di ketika ini. Tidak sesekali Allah swt itu menurunkan ujian pada hamba-hambaNya kecuali kepada yang mampu.

Beberapa link berguna mengenai perkara ini:
1. VP SHUNT IMPLANT .... it's a lifetime thing.
2. Mimi.hu - List of Articles.
3. Penyakit Meningitis.
4. Staphylococcal Meningitis.

And hey.. the H***m personnel called again when we're in the Dr. A's room on that Tuesday morning! She asked me to call her whenever we discharged from the hospital and she'd arrange for the interview again! Sound promising eh?

Sunday, June 1, 2008

Oopsss! We Did It Again!


Jeng jeng jeng... kami buat hal lagi!

Spontan! Tidak dirancang! *sesedap rasa je*. Cuba teka kami ke mana? Instead of Janda Baik, kami ke Little England... ajak mak & Awa tapi dia orang tak nak ikut. Katanya nak ke Bazarena Shah Alam.

Tempat kesukaan kami ni bakal berubah. Pekannya bakal diganti dengan 5-star hotel. Bukan setakat di pekan, malah di kebanyakan bangunan dan tempat yang lain. Kami tiba sekitar Maghrib, keluar dinner cari 'pekan sementara' yang kini berada hampir dengan taman permainan. Sesekali ketika makan, wajah dihembus angin yang dingin. Kakak penerima pesanan berkata maknya tak tahan berdiri di situ. Sampai kaki pun kejang!

Owh ye... hotel tempat kami bermalam terletak di Jalan Lady Guillemard.

Two single beds yang dirapatkan ke dinding!

Budak berdua ni cam ni la bila mula dapat tilam. Berposing je la kejenye

Seperti biasa, pelancong berbangsa asing begitu ramai. Apekah orang Melayu tidak lagi mencintai alam? Kalau ada pun, ada kata-kata kedengaran... "Lepas ni tak mao ke sini lagi dah!". Pulakkk....

Pagi tadi bangun dan ini hasil beberapa tangkapan... Tak tangkap banyak sebab yang ni je cukup mendamaikan jiwa. Dari bilik tempat menginap.



Sekitar jam 7 pagi

Sekitar jam 10 pagi

Sungguh istimewa dan mendamaikan jiwa tempat ni..

Selepas tu, kami ke terrace untuk sarapan. Sedap!! Ada peningkatan. Bersarapan pula menghadap taman sambil melihat pelayan hotel memberi makan kepada burung di tempat yang disediakan.

Sebelum check out sempat jumpa dengan Bill Gates, Steve Jobs, Ballmer, tak lupa juga kepada two agent faces, KGB & CIA - Sasha, Yevgeny, Klitzky dan juga lain-lain. Semalam pula jumpa dengan Angela Bennet & the geng sampai pukul berapa pagi! *poyonye la cite ni.. hahaha*.

Tiba di rumah sekitar jam 2.00 petang. Masih penat. Mengantuk hingga semuanya tido bergelimpangan atas lantai yang tidak beralas.

Will surely visit there again and again!

Wednesday, May 21, 2008

Cerita Balik Kampung


Saya pulang ke kampung pada pagi Sabtu. On the way, terserempak dengan sepupu di RnR Simpang Pulai tapi deme tak perasan. Pastu tersaing lagi sekali bila membayar di Tol Ipoh. Saya cakap kat hubby supaya dia benti di sebelah keta hijau mereka. Saya lambai tangan. Sepupu perasan. Sambil berkata-kata tanpa membuka cermin kereta memberitahu ke mana destinasi. Owh.. dia nak balik PH rupanya.

Sampai di kampung je pukul 12 tengahari. Ada agenda sebenarnya. Nak ke jemputan perkahwinan. Saya lupa yang acaranya berlangsung di Bertam, KB. Kami sampai di sana dalam pukul 3 lebih. Itulah kali pertama saya menjejak KB tempat lahir PakLah. Makan dalam dewan. Lepas makan terus masuk ke dalam rumah tuan rumah sambil menanti Yong. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan anak saudara abang Nua & Yong. Yong balik ke rumah dia di PP untuk hantar Amira ke kelas tuisyen. Amira nak ambil periksa SPM tahun ni!

Dalam pada menunggu tu, ada satu kelompok sebelah ni tengah asyik berborak tentang cite Bella. Speaking abih. Rupanya mak datin and the geng!

Hari Ahad masa balik kampung tu, saya yang dah setahun teringin dan mencari restoran mee udang di Kuala Sepetang tu berjaya juga akhirnya menjejak restoran berkenaan. Gambarnya ada saya ambil tapi tak dapat nak upload. Kena tunggu "Gadis" muncul di skrin hp cik abang yang kuat merajuk. Segalanya bertemakan 'udang'. Saya order mee udang & suami order nasi putih. Saya kira ada 13 ekor udang di atas mee itu... begitu juga pada nasi suami. Tapau 3. Berbaloi!!




Gambar-gambar cilok-ed dari sini. Thank you Knizam.

On the way balik, saya dan teman tapi mesra (baca : berdua) ke Taiping. Ingat nak dating di lake garden (From Taiping with Love?) tapi penangan udang tadi menyebabkan penyakit M melanda. Akhirnya kami hanya ke Giant (yang baru je dibuka) dan Tesco. Satu hajat - mencari kek untuk mak. Seronok tau dating lepas kahwin ni... really treasure satu benda yang sukar untuk dilakukan kini.

Malam tu JJCM lagi.. kali ni di NT. Makan Thaifood. Kak Bib belanja. Thanks! Makan je kejenye... tu belum lagi masuk list keinginan yang lain. Dengan sembilang claypot, pasemboq PK (lazimnya pergi, kali ni tak pi), acara BBQ depan rumah tertangguh lagi. Gemookks aku dibuatnya!

Hari ke-3, balik ke SU. Yang pasti hepi sebab dapat angkut mak sekali. Oh ye.. kucing mak yang kami jaga di SU pun diangkut balik sebab tak de siapa nak jaga dia di kampung. Lebuhraya dah tak sesak lagi sebab sekarang ni lorong ketiga tu telah dibuka.

Nak minta tolong mak sebenarnya. Ada hal sket minggu ni. InsyaAllah ada rezeki nak masuk. Kena jumpa orangnya dulu untuk lebih tahu tentang offer yang telah diberitahu melalui telefon itu. Sounds so goooodddd! SOHO some more... Alah... orangnya pun orang yang dikenali... Tak caya sangat nak tinggalkan anak-anak pada orang lain. Lagi pun takde calon yang sesuai pun... insyaAllah kalo rezeki saya, tak ke mana-mana pun.. bleh kongsi jugak dengan orang lain.. kannn....

Wednesday, May 14, 2008

Berpantang Maut Sebelum Ajal


Rupa si Aedes yang Nakal Itu


Sebelum ni saya pernah berjanji nak kongsi cerita macamana saya bertarung dengan denggi.

Masa kejadian tu saya mengandungkan Adam. 2 bulan. Seperti kemengandungan (apa term daa.. hantam!) yang terdahulu, saya tak cerita juga pada sesiapa kecuali suami yang saya sedang mengandung.

Demam kejap sihat kejap jadi balik sampai la berlarutan hingga ke seminggu. Bila baik tu segar je rasanya tapi bila demam balik suhunya terasa amat tinggi sekali. Towards the end, saya rasa makin ok cuma selera makan saya menurun ya amat sangat. Sengal-sengal badan ni tak dapat nak cerita macamana. Setahun sengal tu berlarutan!

Saya pun ambil keputusan nak check di SMC setelah mendapatkan nasihat dari suami. Sebelum tu dia yang kena dulu dan dia diperiksa di SJMC. Dia tidak ditahan sebab platelet counts dia ada improvement. Since kami tinggal di SA, jadi check di SMC la dekat sket. Kot-kotnya ditahan takyah suami ulang-alik jauh-jauh.

Pakar yang check tu saya tak ingat nama tapi sampai sekarang masih terbayang wajahnya yang tak berapa friendly. Dia baik cuma jangan terpedaya dengan susuk tubuh dan wajahnya. Platelet saya - 15! Dah sampai tahap kritikal. Lambat sket katanya darah mungkin boleh keluar melalui kulit. Jika tiba saat itu mungkin saya tak dapat diselamatkan lagi. Masa tu dah terbayang kemungkinan saya akan mati tak lama lagi.

Masa pakar menyuntik jarum tu terjadi satu kejadian yang tak ingin saya lihat. Dia menyuntik ke kapilari darah di tangan secara tiba-tiba je darah saya tersembur keluar hingga menitik di atas lantai. Sebenarnya BP saya pun turun dengan hebat sekali. Mungkin itulah sebabnya darah tu keluar begitu cepat kata pakar. Akhir saya disuntik di lengan. Kekurangannya - tangan jadi sakit sebab bila malam tak dapat bergerak dengan bebas. Kebas!!

So checked in la saya di SMC untuk 4 hari. Melayang duit!!! Yang sedihnya tu sampai Mastura sendiri tak nak dengan saya. Mak cakap biasanya budak-budak akan jadi macam tu bila mak dia sakit. Masa tu tensinya tak dapat nak cakap. Dah la rasa macam nak mati. Dah la tengah preggy plak tu... Sampai hati.. isk!

Sejak Mastura palingkan muka dia tu saya berazam yang saya akan makan banyak-banyak (walau pun tak lalu) & akan minum 100 plus + air putih banyak-banyak. Di SMC, platelet saya ditambah dengan 4-5 pek platelet orang lain. Air garam tu memang sentiasa diganti bila habis. Yang best di hospital swasta ni makanannya kita boleh pilih dan sebenarnya saya masih rindukan sandwich SMC tu!! Cuma.. sediakan duit je...

Saya juga diberikan panadol (tapi saya buang sebab takut affect pada Adam). 100 plus tu saya minum sampai rasa nak muntah. Suami datang je dia belikan 2 botol besar air mineral + 2 botol besar 100 plus.

Paling tak best bila malam je abih satu badan gatal-gatal dan rasa sengal. Dah la dalam tu sejuk. Subuh-subuh sepe'i datanglah nurse ni ambil darah. Baru je rasa nak lelap.

Sungguh seksa. Sungguh homesick. Sungguh sunyi. Sungguh bosan. Bila nak mandi je kena panggilkan nurse untuk tutup wayar & cabut sekejap. Lepas mandi kena pasangkan balik. Helpless!

Dan yang paling tak best sebab rahsia mengandung tu dah terpecah dengan sendirinya!! (saya tak suka cite kat orang yang saya preggy).

Hari terakhir tu jadi lagi satu incident yang saya tak mungkin lupa. Nurse yang datang ambil darah tu tak bawak alkohol. Lupa ke tak tau le. Diambil darah saya tanpa meletakkan alkohol tu terlebih dahulu. Sakit. Berbanding sakit nak bersalin, saya cukup tak rela walau pun terpaksa diambil darah.. boleh? Apa punya nurse daaa... seb baik aku tak komplen.

Saya dilepaskan ketika platelet saya mencecah 78. Itu pun masih bawah pagar. Sepatutnya seminggu lepas discharged tu kena pergi check lagi tapi saya ingkar! Tak rela!

Sikit info pasal demam denggi ni boleh didapati di sini.

Cuma bagi yang dah lalui macam kami je yang tahu betapa peritnya. Terpaksa minum sampai berpuluh-puluh kali ke bilik air sambil mengusung air garam yang tergantung tu, membuatkan saya rasa serik. Moral of the story.. tak sakit pun consume je la air putih tu bebanyak. Bagus untuk sistem kumuh.

Sebenarnya orang salah anggap pasal denggi atas satu info ni. Tak semua air bertakung dia suka. Dia cuma suka kalau air bertakung tu jernih. Saya gelarkan nyamuk Aedes ni nyamuk syaitan sebab dia aktif waktu senja & selepas subuh, waktu di antara 2 tanduk syaitan.

Masa saya kena tu, bebudak UiTM tengah bercuti. Kebanyakan air tidak bergerak, tidak mengalir dan tidak dikotorkan. Jadi nyamuk Aedes ni membiak dengan cukup mudah. Tu sebab sampai sekarang saya jadi fobia dengan cuti sekolah. Bila panjang sket je cuti sekolah tu, insyaAllah akan kedengaran kes demam denggi ni berulang. Di SU ni sampai ada kes meninggal pun disebabkan demam ini.

Harap-harap tak kena la lagi... insyaAllah... tapi ada hikmahnya. Allah tunjukkan kebesaran tu pada kejadian anak saya. Sungguhpun masa tu saya ngandungkan Adam alhamdulillah tak de effect apa-apa pun pada dia. Sesungguhnya Allah s.w.t. memelihara bayi yang saya bawa di dalam rahim ini & sesungguhnya berpantang maut sebelum ajal.. alhamdulillah.

Tuesday, May 13, 2008

Intan Plak Tag Aku!


Anak-anak tido.. so saya pun ambil keputusan nak jawab tag si Intan ni. Kali pertama ni boleh diumpamakan seperti kera mendapat bunga/belacan.. entah apa-apa la punya peribahasa.. huh! Neway, saya bukannya kera eikkk... orang yang buat peribahasa tu mesti terpengaruh dengan teori Darwin tu... hish!


5 PERKARA PERTAMA YANG TERJADI DALAM HIDUP ANDA.


1. Kali Pertama Kehilangan Insan Tersayang.

Arwah nenek sebelah mak. 1990. Yong saya baru nikah dalam bulan September, majlis kahwin nak buat dalam bulan Oktober. Arwah pergi 2 minggu sebelum majlis. Arwah meninggal di rumah kami (juga kali pertama). Masa tu saya darjah 6. Dia meninggal hari Ahad, saya exam UPSR hari Isnin. Tak tahu nak buat apa. Terpempan di atas tangga. Tak tahu jugak nak rasa macam mana. Sedih memang la sedih sebab arwah seorang nenek yang baik. Ended up saya menangis. Bila pergi sekolah esoknya tu cikgu tegur kenapa datang juga, saya jawab saya nak kena ambil exam. Dia kata exam tu bleh delay. Baik punya cucu! (manalah saya tahu boleh delay!). Al-Fatihah pada Almarhumah Siti Zainab binti Bakri.


2. Kali Pertama Dapat Naik Kereta.

Parents saya tiada kereta. Mak cakap kali pertama saya naik kereta saya berdiri je di celah-celah antara pemandu dan co-pilot. Tak nak tido. Perjalanan dari Perak ke Negeri Sembilan. Entah.. saya tak ingat pun...


3. Kali Pertama Jadi Ibu.

Saya di'paksa' selepas BP saya naik sket ari tu. Sebenarnya tanda nak bersalin tu dah turun sehari sebelum tapi saya tak rasa sakit. Kebetulan hari tu saya memang ada appointment dengan Dr ZAR (bukan kak Zar tauuu! :)). Biasanya BP rendah tapi hari tu naik. Dr ZAR kata mungkin saya excited. Last saya cite la tanda dah turun dari semalam & saya dan suami dah pun berlegar di DEMC malam tu tapi tak de apa jadi pun.

Saya ditahan. Masa kat labour room petang tu sekitar jam 4, ketuban pecah. Kata nurse mungkin lama lagi sebab bersalinkan anak sulong. Mungkin dalam pukul 9 malam. Dia cakap kalo rasa nak terB panggil dia cepat. Pastu dia kuo. Tiba-tiba je rasa cam nak terB. Suami panggil. Rasanya sakit ya amat sangat. Dr ZAR yang nak pi jumpak sedara dia petang tu pun tak jadi pergi sebab dia cakap dia suka tunggu kelahiran anak sulong.

Pukul 5.05 petang Mastura pun lahir ke dunia. 3.4 kg. Berat & COH dia pun besar. Tu sebab pakai vacuum. Lepas bersalin suami yang temankan dari awal tadi tanya nak bersalin lagi tak.. saya jawab nak.. hehe.. tak serikkkk.. sat tadi je tu sakit. Entah.. tengok baby pipi bulat cam Mastura tu terus hilang rasa sakit. Apatah lagi saya menyentuhnya ketika dia masih berdarah! (tiba-tiba plak teringat cite Norkumalasari yang bersalin ikut mulut tu..isk! Ngeri!)


4. Kali Pertama Jahit Baju Kurung Sendiri & Orang Lain.

Tahun tu saya tanam anggur. Saya sebenarnya nak keje tapi arwah ayah saya tak benarkan. Bila kenang balik buat rugi je keje time tu. At least saya boleh luangkan masa dengan arwah. Masih terkenang lagi saya mengepit kukunya, tido di sebelahnya... uwaaa.. sedihhh...

Mula tu saya tak minat menjahit tapi bila tengok mesin jahit mak tu seolah-olah mesin tu melambai dan berkata.. mai la try.. so saya pun try la. Sendiri punya. Raya tahun tu saya sudahkan 6 helai baju kurung orang lain termasuk Kak Chik yang marah bila dapat tahu saya menjahit bajunya. Marahnya dia sampai tertido. Bila bangun, baju dia saya dah siapkan. Terus je cuba... cehh.. yang tadi punya dok marah tu....


5. Kali Pertama Naik Basikal.

Dedolu kalo belajar kayuh basikal mesti pakai basikal tua. Tapi yang tak de palang la. Habih segala pokok dilanggar. Pokok pisang sasaran paling mudah. Kalo kena pun tak sakit. Pokok pisang tu pokok pisang tok plak tu.. abih kena marah.. hahaha.


Itu je 'Kali Pertama' saya... sebenarnya banyak lagi.. maklumlah saya ni kategori budak nakal & lasak jugak masa kecik-kecik dulu.

Nak ulang ayat-ayat Intan yang power - Anyway, If you are tagged - consider it as a blessing coz people are actually interested to know about you (at least it works that way for me). I like tagging. It’s a simple and fun way to get to know people! I think people should tag away more! - I agree with you, Intan. Tapi kali ni saya tak nak tag orang lain la pulak... kang depa nyampah kat aku plak. Orang tag saya tak pe.. insyaAllah saya jawab... lagi pun buatkan saya ada reason untuk update blog. Thank you, ladies.



************************************************


Asyik.. asyik.. mama pulanggg... dialog Nabila dalam cerita Mutiara Hati. Best. Atan dalam cite Atan tu muncul dalam email.. wehehehe.. tak sesia jadi PI. Lepas ni boleh bukak ejen.. kuang kuang kuang...

Lepas pada surfing ari tu saya terus je decided to create a blog to search for friends. Biasanya kawan sekolah menengah la yang long lasting dan jugak mungkin bleh masuk dalam cite Lost tu... hilang terus! Kalo wat blog ni bleh jugak la berbicara secara alam maya dengan wording yang panjang-panjang, dengan gambar-gambar sekali pun tak tengok muka ye tak... kira macam reunion la...

Yes yes.. hari ni saya juga melakar sejarah ok...

Thursday, May 8, 2008

Atan


Dulu-dulu masa kat sekolah menengah saya ada sorang kawan baik lelaki. Saya panggil dia dengan panggilan Atan je. Nama sebenarnya Islahuddin bin Mohd Kusran. Atan ni panggilan keluarga dia. Kawan-kawan lain semua panggil dia Pak Din.

Saya dengan dia dah lama lost contact ni. Last time I remember he was in Mara's office in Kuantan. Saya pernah bagi kad raya pada dia berserta no telefon tapi dia tak membalasnya. Entah mana la dia menghilang. Tapi masa sekolah dulu pun memang dia begitu. Tak rajin nak simpan no telefon sesiapa pun. Bila bagi, dia mesti hilangkan.

Kami sama-sama satu kelas masa tingkatan 2 & 3 di SMSP. Sebelum tu saya bersekolah di Ipoh. Tak tahan daulat di raja, saya balik bersekolah di PB walau PB tu tak la dekat sangat dengan rumah.. hahaha. Bayangkan nak ke sekolah saya kena tunggu bas si towkey cina yang sarat dengan anak-anak cina di hadapan rumah Ah Sin yang ada 2-3 ekor anjing besar gedabak seawal pukul 6 pagi. Tapi anjing-anjing ni tak pernah usik saya sebab dia dah terbiasa dengan bau saya kot. Semasa tingkatan 4 & 5 kami masih bersekolah yang sama cuma dia dah ke kelas lain, saya pula di kelas sains.

Saya masih ingat ketika itu saya mewakili sekolah dalam pertandingan forum (debate pun masuk, jadi atlit pun jadi atlit jugak.. tamak sungguh!). Kami diperlukan untuk memakai sut dan tali leher. Di sekolah yang pakai tali leher ni cuma pengawas. Saya pun ke kelas dia dan minta izin dari cikgu (tak ingat dah nama cikgu ni.. tapi dia sungguh cute) nak jumpak Atan.

Di luar kelas, borak dengan cikgu yang sama:

"Awak ada kembar kat sekolah ni?"

"Tak de la cikgu"

"Habis.. Islahuddin tu bukan kembar awak?"

"Isk cikgu ni.. dia tu kawan baik saya je"

Aik.. muka kami lebih kurang sama ke... tanya saya dalam hati. Tanya kawan-kawan saya yang lain pun mereka cakap yang sama. Cuma yang membezakan hanya warna kulit. Lagi seorang yang berwajah seiras dengan saya, juga kawan baik saya, K'own. Mungkin kami dari rumpun bangsa yang sama. Ya... kami sebenarnya Banjar. Dan mungkin juga kami ni saudara tapi buat bodoh sombong tak pernah tanya orang-orang veteran.

Saya pernah nak matching kan Atan dengan Wati, sepupu dua kali saya. Saya masih ingat kata-kata Atan... "Kalo dia kosong lagi, aku masih mengharap". Wati pun baru je bertunang dalam bulan Mac yang lepas tapi Atan? Dah kahwin ke belum.. saya sendiri tak pasti.

Saya juga teringat satu incident. Hari tu hari Sabtu. Ada kegiatan ko-ku di sekolah. Saya berjalan kaki dari rumah kak Bib yang sama taman dengan rumah Atan. Rupanya dia pergi ke rumah kak Bib tanya saya di mana. Kalau saya masih di rumah, dia nak bawak saya ke sekolah naik basikal! Berani sungguh dia tu. Seb baik la kak Bib tu kakak yang sporting.. kalo idak, abih saya dibambunya. Satu incident lagi, saya keluar ke PB cari barang. Masa tu awan kumulusnimbus tu tebal dan makin gelap. Tengah sembang dengan dia di telefon, dia cakap, "Mai la rumah aku... tunggu kat sini dulu. Takkan hang nak tunggu kat situ sorang-sorang?" tapi saya tak pergi rumah dia walau pun saya memang dah biasa pergi rumah dia dengan kawan-kawan yang lain.

Atan, kalau hang baca ni... aku sebenaqnya ghindu kat hang. Hang merajuk dengan aku ka pasai aku tak jemput hang mai kenduri aku (apa punya kawan baik daaa...? The reality was.. I've just invited another 3 best friends during my reception day). Lama dah tak borak dengan hang, Atan. Hang ingat dak kita borak dan ditegoq oleh cikgu Berahim kot.. sembang macam 10 orang! Huhu.... Happy 30th Birthday ok.... Moga hang terus sihat dan berada di bawah lindungan-Nya.





Uwaaaa.... rasa nak putaq ja roda masa tu ke belakang dan jadi pelajar sekolah balik... uwaaaaa.... emo plak weii... our one batch of prefect pic ada.. tapi ada kat kampung...

Dulu-dulu kalo hari Khamis ni, saya akan terima satu surat dari Chiew Hwa. Nanti la saya cite pasal dia kemudian (kalo kena gaya dulu.. entah-entah hari ni saya kawen dengan dia apa... hehehe.. jodohku dengan orang lain ok).




******************************************************



Eh eh... ada plak nama dia masa saya surf in between ni... dalam DIREKTORI NAMA KAKITANGAN KOLEJ KPTM KUANTAN.. bio betul? Pelanduk 10 serupakah? Gaya hang yang berdiri 2 dari kanan tu dah ada dalam gambar kat bawah ni:




******************************************************



Hari ni YB Ir Nizar ada aktiviti kat PB. La ni mungkin tengah hi-tea. Malam ni ada program. Teringinnya nak balik.... uwaaaaa... sekali lagi... sungguh jeles ok dengan orang sana...
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez