Rupa si Aedes yang Nakal Itu
Sebelum ni saya pernah berjanji nak kongsi cerita macamana saya bertarung dengan denggi.
Masa kejadian tu saya mengandungkan Adam. 2 bulan. Seperti kemengandungan (apa term daa.. hantam!) yang terdahulu, saya tak cerita juga pada sesiapa kecuali suami yang saya sedang mengandung.
Demam kejap sihat kejap jadi balik sampai la berlarutan hingga ke seminggu. Bila baik tu segar je rasanya tapi bila demam balik suhunya terasa amat tinggi sekali. Towards the end, saya rasa makin ok cuma selera makan saya menurun ya amat sangat. Sengal-sengal badan ni tak dapat nak cerita macamana. Setahun sengal tu berlarutan!
Saya pun ambil keputusan nak check di SMC setelah mendapatkan nasihat dari suami. Sebelum tu dia yang kena dulu dan dia diperiksa di SJMC. Dia tidak ditahan sebab platelet counts dia ada improvement. Since kami tinggal di SA, jadi check di SMC la dekat sket. Kot-kotnya ditahan takyah suami ulang-alik jauh-jauh.
Pakar yang check tu saya tak ingat nama tapi sampai sekarang masih terbayang wajahnya yang tak berapa friendly. Dia baik cuma jangan terpedaya dengan susuk tubuh dan wajahnya. Platelet saya - 15! Dah sampai tahap kritikal. Lambat sket katanya darah mungkin boleh keluar melalui kulit. Jika tiba saat itu mungkin saya tak dapat diselamatkan lagi. Masa tu dah terbayang kemungkinan saya akan mati tak lama lagi.
Masa pakar menyuntik jarum tu terjadi satu kejadian yang tak ingin saya lihat. Dia menyuntik ke kapilari darah di tangan secara tiba-tiba je darah saya tersembur keluar hingga menitik di atas lantai. Sebenarnya BP saya pun turun dengan hebat sekali. Mungkin itulah sebabnya darah tu keluar begitu cepat kata pakar. Akhir saya disuntik di lengan. Kekurangannya - tangan jadi sakit sebab bila malam tak dapat bergerak dengan bebas. Kebas!!
So checked in la saya di SMC untuk 4 hari. Melayang duit!!! Yang sedihnya tu sampai Mastura sendiri tak nak dengan saya. Mak cakap biasanya budak-budak akan jadi macam tu bila mak dia sakit. Masa tu tensinya tak dapat nak cakap. Dah la rasa macam nak mati. Dah la tengah preggy plak tu... Sampai hati.. isk!
Sejak Mastura palingkan muka dia tu saya berazam yang saya akan makan banyak-banyak (walau pun tak lalu) & akan minum 100 plus + air putih banyak-banyak. Di SMC, platelet saya ditambah dengan 4-5 pek platelet orang lain. Air garam tu memang sentiasa diganti bila habis. Yang best di hospital swasta ni makanannya kita boleh pilih dan sebenarnya saya masih rindukan sandwich SMC tu!! Cuma.. sediakan duit je...
Saya juga diberikan panadol (tapi saya buang sebab takut affect pada Adam). 100 plus tu saya minum sampai rasa nak muntah. Suami datang je dia belikan 2 botol besar air mineral + 2 botol besar 100 plus.
Paling tak best bila malam je abih satu badan gatal-gatal dan rasa sengal. Dah la dalam tu sejuk. Subuh-subuh sepe'i datanglah nurse ni ambil darah. Baru je rasa nak lelap.
Sungguh seksa. Sungguh homesick. Sungguh sunyi. Sungguh bosan. Bila nak mandi je kena panggilkan nurse untuk tutup wayar & cabut sekejap. Lepas mandi kena pasangkan balik. Helpless!
Dan yang paling tak best sebab rahsia mengandung tu dah terpecah dengan sendirinya!! (saya tak suka cite kat orang yang saya preggy).
Hari terakhir tu jadi lagi satu incident yang saya tak mungkin lupa. Nurse yang datang ambil darah tu tak bawak alkohol. Lupa ke tak tau le. Diambil darah saya tanpa meletakkan alkohol tu terlebih dahulu. Sakit. Berbanding sakit nak bersalin, saya cukup tak rela walau pun terpaksa diambil darah.. boleh? Apa punya nurse daaa... seb baik aku tak komplen.
Saya dilepaskan ketika platelet saya mencecah 78. Itu pun masih bawah pagar. Sepatutnya seminggu lepas discharged tu kena pergi check lagi tapi saya ingkar! Tak rela!
Sikit info pasal demam denggi ni boleh didapati di sini.
Cuma bagi yang dah lalui macam kami je yang tahu betapa peritnya. Terpaksa minum sampai berpuluh-puluh kali ke bilik air sambil mengusung air garam yang tergantung tu, membuatkan saya rasa serik. Moral of the story.. tak sakit pun consume je la air putih tu bebanyak. Bagus untuk sistem kumuh.
Sebenarnya orang salah anggap pasal denggi atas satu info ni. Tak semua air bertakung dia suka. Dia cuma suka kalau air bertakung tu jernih. Saya gelarkan nyamuk Aedes ni nyamuk syaitan sebab dia aktif waktu senja & selepas subuh, waktu di antara 2 tanduk syaitan.
Masa saya kena tu, bebudak UiTM tengah bercuti. Kebanyakan air tidak bergerak, tidak mengalir dan tidak dikotorkan. Jadi nyamuk Aedes ni membiak dengan cukup mudah. Tu sebab sampai sekarang saya jadi fobia dengan cuti sekolah. Bila panjang sket je cuti sekolah tu, insyaAllah akan kedengaran kes demam denggi ni berulang. Di SU ni sampai ada kes meninggal pun disebabkan demam ini.
Harap-harap tak kena la lagi... insyaAllah... tapi ada hikmahnya. Allah tunjukkan kebesaran tu pada kejadian anak saya. Sungguhpun masa tu saya ngandungkan Adam alhamdulillah tak de effect apa-apa pun pada dia. Sesungguhnya Allah s.w.t. memelihara bayi yang saya bawa di dalam rahim ini & sesungguhnya berpantang maut sebelum ajal.. alhamdulillah.


4 comments:
Takut baca entry ni berkenaan denggi... mak akak pernah kena tapi masa akak tak de, so taktau sejauh mana dia sakit, cuma dia tak sihat lebih setahun lepas kena denggi.
Minggu ni tempat kami akan diadakan gotong-royong cegah denggi , hapuskan aedes.
saya pun takut sue... tahula kan su ni fofuler ngan penyakit ni.. banyak kes kat su ksn.. sue..lupa nak tanya.. sue dok su berapa..selalu berdoa agar dapat terserempak dengan srikandi su.. tapi sue , yatt and balenza je kenai pun
ye the danger of getting dengue fever...
sue nanti email kak elle ye with your address rumah.
>>> kak rina:
demam denggi ni teruk rasanya... jap baik jap demam... tapi yang lebih teruk dia punya affect tu sampai makan tahun.. sakit sendi segala.. sengalnya menyucuk-nyucuk tu...
>>> kak iza:
saya dok SU1 kat area rumah towkey kek tu la jugak... hehehe.. insyaAllah kita jumpa eikkk.. suka tengok ID rumah kak iza..
>>> kak elle:
ala.. pasal booties tu saya ngusik je la...
Post a Comment