Ini cerita mendidik masyarakat bagi membezakan Lumbar Puncture (LP) dengan Bone Marrow Transplantation (Pemindahan Sum-Sum Tulang) (BMT). Saya tergerak hati untuk berbicara tentang hal ini apabila ada seorang forumer bertanya tentang LP di SU.
Ketika Syafiah masih berada di HSB, banyak cerita ibu-ibu dan bayi-bayi kedengaran di bilik menunggu (kata Mastura - bilik 2). Ada satu ketika.. ada satu keluarga yang bayinya mengalami peningkatan suhu badan yang amat tinggi pada umur tak sampai seminggu. Bayi tu sawan kalau tak silap saya.
Cerita opahnya (gaya macam mak-mak datin) pada anak yang lain, malam tu keadaan sungguh kelam-kabut. Ibu pada si bayi terlalu panik sehinggakan dia sendiri tak sedarkan diri. Alhamdulillah opah si bayi pandai memandu kereta. Dia yang memandu terus ke sebuah pusat perubatan swasta. Namun, pusat perubatan tadi tidak mahu menerima pesakit mungkin disebabkan peralatan tidak mencukupi. Lalu referral letter diberikan kepada HSB.
Cucunya ditahan di NICU. Pakar iaitu Dr IH menyarankan agar bayi itu menjalani satu prosedur iaitu LP yang bertujuan untuk mengesan penyakit bayi itu kerana adalah amat jarang sekali kejadian tersebut berlaku kepada bayi yang baru lahir. Si ibu ragu-ragu tetapi akhirnya memberikan kebenaran. Menurutnya kalau dia tak benarkan nanti tak tahu pula apa penyakit anaknya. Dia serba-salah.
Sambil bercerita bab LP, anak-anaknya yang lain berkata kenapa diberikan kebenaran? Nanti bakal jadi lumpuh la dan sebagainya.
Mungkin keluarga ini pun sama seperti saya mula-mula dulu. Tidak dididik untuk membezakan LP dengan BMT. LP hanyalah merupakan satu prosedur untuk mengesan penyakit sedangkan BMT adalah salah satu rawatan untuk penyakit darah. Dalam prosedur LP, CSF (cecair putih jernih dihasilkan di otak) yang diambil untuk dibuat ujian, manakala untuk BMT, ujian darah diperlukan untuk mengesan penjenisan tisu. Ia juga melibatkan penderma dan penerima (pesakit).
Saya rasa ramai juga diluar sana masih keliru tentang kedua-dua term perubatan yang amat berbeza ini. Malah risikonya juga berlainan.
Cuba teliti apa yang dikatakan oleh Saifulislam di bawah:
KEPELIKAN MASYARAKAT
Sehingga kini, masyarakat masih lagi mengamalkan beberapa kepelikan yang menyusahkan. Misalnya, apabila berlaku kemalangan yang serius, masih menjadi kecenderungan majoriti masyarakat untuk membawa mangsa ke klinik, dan bukannya terus ke hospital. Manakala ramai pula pesakit yang selepas beberapa hari sukar membuang air besar, atau demam panas semalaman, datang ke jabatan kemalangan dan kecemasan sedangkan kes yang dirujuk bukan kemalangan dan langsung tidak mencemaskan.
Masih ramai lagi masyarakat kita yang percaya bahawa tindakan mengambil ‘air tulang belakang’ menandakan yang pesakit itu sudah terlalu teruk dan menunggu masa untuk mati. Maka biasalah kedengaran, saudara mara berpesan, bila masuk ke hospital jangan sekali-kali benarkan doktor mengambil air tulang belakang! Sedangkan ia hanyalah prosedur Lumbar Puncture yang sepatutnya tidak memberikan apa-apa kesan negatif kepada pesakit.
Malangnya, pertimbangan itu sukar untuk diperbetulkan.
Mengapa hal ini berlaku? Ia berkait rapat dengan pendidikan.
Prosedur Lumbar Puncture
Pembedahan Pemindahan Sum-Sum Tulang

**************************************************
Sebenarnya janganlah dipercayai kata-kata orang. Baca terlebih dahulu apa sahaja yang berkaitan dengan kesihatan & perubatan. Dengar nasihat daripada pakar. Orang-orang sekeliling kita mungkin akan 'meracun' kita dengan pelbagai perkara yang belum tentu benar. Jika kebaikan yang banyak mengatasi risiko yang sedikit, kenapa kita perlu menolaknya?
Contohnya x-ray... x-ray itu memberikan impak radiasi kepada pesakit tetapi sumbangannya adalah lebih besar dari risiko tersebut memandangkan melaluinya kita dapat mengetahui penyakit dalaman kita. Mana satu bakal dipilih? Sakit & izinkan diri untuk rawatan atau biarkan diri terus sakit?

11 comments:
mmg betul..jgn terlalu dengar cakap org kerana kita perlu merujuk kepada pihak yang sepatutnya..
tiap org berbeza...
bagi zar kesedaran juga perlu dimainkan peranan oleh doktor doktor juga. penjelasan amatlah penting supaya pesakit atau keluarga faham prosedur.
Pengalaman zar sendiri, masa zar sakit, zar tanya secara detail setiap rawatan yang dibuat atas zar. Doktor biasa memang macam malas jer nak layan, kekononnya kalau dia explain pun, kita ni bukan doktor takkan faham prosedur tu tapi doktor pakar pulak yang akan explain secara detail pada kita siap buat graf segala bagai. zar rasa masyarakat sekarang pun bukan bodoh sangat untuk memahami term term kedoktoran ni.
Pengalaman zar yang lain masa Ika masuk wad, doktor biasa ni akan bincang sesama dorang cakap BI kekonon macamlah kita ni bebal sangat sampai zar cakap dengan doktor tu "is it any problem with my baby doktor, dont worry i can speak english too, u can discussed it with me!" termalu malu doktor tu.. maklumlah baru dapat jubah putih tu, eksited giler baru bertugas..
saya setuju ngan pendapat blogger zareda tuh. doktor juga patut memainkan peranan penting dlm menerangkan secara terperinci berkenaan sesuatu prosedur yg dorang nak buat kat pesakit. samada patients faham atau tidak, thats not the point. ada some doktors bila tanya lebih2 macam malas nak jawap, tengok muka dia pun mcm cicak berak kapur...
kalau sume doktor mcm dlm grey's anatomy tu kan best...lagi best kalo ada yg muka cam dr mcdreamy dan mcsteamy tuh....ahaks!
>>> kak jie:
tiap orang berbeza... cuma bab kesihatan ni kita kena ada conscious yang tinggi..
>>> kak zar:
so far, pengalaman saya tak pernah la sampai doktor tak nak beritahu apa sakit kita/baby. sian juga mendengarnya.. saya dapati doktor specially pakar lebih suka ada sesi soal jawab antara patient-doktor. depa akan lebih rancak ceritakan kita prosedur, risiko, berikan contoh kalo kita ni faham walau pun sedikit term perubatan. tambah pula kalo kita pandai control emosi.
>>> kak kc:
mungkin doktor di malaysia ni terpaksa deal dengan macam2 ragam pesakit. yang faham bila diberikan penerangan ok la kot tapi kalo dah lama2 explain & patient/keluarga asyik nak marah pun, mungkin doktor tu sendiri give up. orang kita ni pun kerap panik jugak sampai kekadang naik angin.. abih guano?
abah saya beberapa kali buat lumbar puncture sepanjang dia sakit..dan sehingga hari ini ramai betul yg still ckp kenapalah biarkan abah buat LP, kerana LP tulah dia sakit mcm ni tau...
aduh...
scary ok cucuk2 tulang belakang ni. arrgghh scary.
Sue, cemana balik kampung hari tu. ada crita?
>>> mommy adam:
sakit tu banyak jenis.. bukan sebab buat LP.. kalo tak buat LP pun sakit jugak kan...
>>> intan:
ada cite.. nanti aku share.. tp takle hebat sangat..
Apa2 yang berkaitan dengan cucuk tulang belakang nie memang la kalau tak kena gaya akan sakit belakang. Itu risiko yang mungkin akan timbul. Tapi tak semestinya semua org dapat effect yang sama. Bayangkan orng stab tulang belakang kita. Sakit ke tak sakit? Pengalaman kiter, sampai nak tertendang Dr tu tau. Kesan dia after that memang ada sesekali sakit tapi Alhamdulillah, tak der la long lasting. Now dah pulih, Alhamdulillah...
Isu dr tak bincang dengan kita tentang prosedur yang akan dibuat keatas pesakit tu sebenarnya ikut budi bicara kakitangan juga. Kadang-kadang dr memang nak bincang...tapi tetiba ada la pulak sorang dua orang yang merasa diri dia berkuasa dalam wad ittew soh penjaga meminggirkan diri bila tiba dr nak buat lawatan. Kementerian Kesihatan kena la take note benda alah nie dah tukar prosedur bila perlu. So far tak pernah kena pengalaman sebegini. Tapi ada dengar rungutan ofismate yang menemani ayah di hosp dilayan sebegitu. Wallahu'alam...
>>> cikliah:
ikutkan info tu memang sepatutnya patient kena ada rasa sakit tu baru menjadi prosedurnya.
itu nurse zaman bahari le kot.. ikutkan xp masa syafiah dok hsb, nurse siap soh tunggu & ada yang call untuk minta kami ke hospital sebab pakar nak jumpak.
nasib memasing.. ada yang ok ada kena yang tak ok.. pengalaman itu menjadikan manusia lebih tabah & berilmu, wallahualam...
salam.saya n wife pon sbnarnya amat takut untuk agreed for LP ni.ya la kami pon baru dapat anak 7 bulan,anak sulung pulak.nak buat keputusn ini amat memeritkan dan menakutkan.yer la info yang kita sering dapat jangan sesekali ambik air tulang belakang..nanti anak lumpuh la..malah boleh mati lah..sapa tak takut....dahlah baru ada anak,perasaan sayang tu hanya yang bergelar ibu bapa saje yang tau..anyway anak saya baru 3hari buat LP coz demam yang kuat,suspected meningitis..symthom dia anak saya demam,tangannya biru n shaking around 30seconds,n ubun di kepala nampak membengkak sedikit..yer la baby bwh 1thn ubun2 takkan penuh(tengkorak)..masih lembut lagi..
alhamdulillah,wife saya sangat rajin membaca buku keshtan semenjak dia pregnant.sebenarnya kita mesti ada info@ilmu gak..kita boleh tanya doktor2..pakar2 kan ramai..jadi mereka akan menceritakan dengan detail..mereka suka kita mengambil berat terhadap kesihatan ini.1lagi kalu kita ada kelebihan berbahasa inggeris,ni kira advantage la..kita dapat communicate dengan doktor everything in medeical terms,so diorang amat respect la pada kita..yer la sampai tanya pada kami "are you from medical student?pharmacy?bla2..sbnarnya saya hanyalah guru agama n wife saya science industry..tidaklah pandai tapi retila ckit2..LP ini sbnarnya nak kesan meningitis,kuman apa yang ada dalam kepala baby kita..bila kita tak buat LP ini kita berhadapan dengan risiko jika benar2 anak kita itu positif pada bakteria@virus tersebut..kalu buat Lp doctor dapat result bakteria yang ada kat otak anak kita..kalu positif,dapat cari antibiotik cpt2,kalu negatif pun tak pa..tak da hal.Lp ni bukan bahaya pon, Allah Yang MAha Penncipta mengatur segala2nya..kalu kita ambik risiko tak nak buat LP,jd andaikata selepas keluar wad anak kita positif penyakit tersebut,kita yang akan menanggung kesengsaraan anak kita sampai bila2..anak akan problem cakap,bergerak,slow learner dll.sekarang doktor dah maklumkan baby saya negatif..Syukur Alhamdulillah.masih bersama umminya di HSJ ,continue antibiotik.Terima Kasih Doktors,nurses bersungguh2 merawat anak kami.SEmoga Jasa Kalian Diganjari Allah.Kita hanya minta pada Allah,doa dan solat hajat berterusan..insyaAllah..
Post a Comment