Sunday, May 4, 2008

Terapi Kampung


Baru je tiba dari kampung sekitar pukul 7.30 malam tadi. Bertolak dari sana sekitar pukul 4 petang. Suami tak ikut pulang. Yang pulang - Awa, Jef, saya dan anak-beranak. Tu pun bertolak dari SU seawal 5.30 pagi Sabtu selepas Jef pulang dari tempat kerja dia. Dia ni kelawar... dunia siangnya adalah malam, dunia malamnya adalah siang.


Suami tak balik sekali disebabkan dia perlu bekerja pada hari Sabtu. Suatu ketika kecoh dengan kes kehilangan wang pembeli ketika kakitangan bahagian jualan menerimanya di rumah contoh syarikat mereka. Selepas peristiwa itu, terus saja suami dan kakitangan bahagian kredit lain perlu bertugas sekali pada hari Sabtu atau Ahad di rumah contoh SB. Sebabnya, orang kredit ni ada insurance coverage untuk wang yang hilang/dicuri dsb. 'Terkorban' sungguh!


Saya minta izin balik dengan anak-anak dan dia approved. Lagi pun kasi can la dia rehat. Kalo tak hujung minggu je asyik mengulit anak dari sorang ke sorang lagi... huhu..


Selain Yong dan keluarga, yang lain semuanya ada di kampung. Acara BBQ tak sempat buat macam selalu. Kalau semua orang ada.... seronok sket. Mungkin Yong dah jumpa kami 2 hari lebih awal tu sebab dia tak balik kampung. Lagi pun Amira tu sibuk tusyen untuk persediaan menghadapi peperiksaan SPM tahun ni.



Banglo mak ketika kenduri merai pasangan Awa-Jef. Karpet biru tu! (kalau karpet tu kale hijau tak sanggup nak pijak pulak rasanya)



Kenapa balik kampung ni best ye? Macam terapi walau pun tak ke mana-mana. Cuma yang tak best kali ni cuaca dia amat luarbiasa. Panas! Tak macam selalu. Kebanyakan ahli keluarga cuma tido berselerak di luar dari bilik. Kesan pemanasan global.


Punya seronok borak-borak. Mula borak biasa, hang sihat dak, aku sihat ja, pastu mula la meleret-leret sampai ke politik (banyak info terkini... nak harapkan MSM.. 'haram'.. asyik tak 'lengkap' saje). Last-last sekali kak Bib bukak 'gerai'. Mula menjual aksesori wanita pulak. Saya beli gelang & 3 cekak rambut. Sungguh terpedaya ok!


Habis segala rindu dendam. Time ni la pun saya nak rehat sket dari layan si kecil, kakak dan abangnya sebab tukang layan ramai! Syok dapat anak menakan yang sporting ni... ada yang layan adik-adik, ada yang jadi tukang urut. Credit goes to them.. love you girls!



Husna & Anis



Sebelum balik sempat minta Mak (mak jugakkkk!) masakkan pajeri mempelam seri kaya. Pelam ni dah makin pupus. Saya cuba cari di merata tempat tapi tak berjumpa. Pelam ni hanya wujud di halaman rumah Mak je. Sedapnya... mengidam dah masuk puluh tahun nak makan pajeri pelam tu.. alhamdulillah kepada Pemberi rezeki...

Pajeri pelam


InsyaAllah jumpa lagi di sesi terapi yang lain... muchas gracias ok!




*************************************************



YB (Yang Berkhidmat ok!) Nizar akan turun ke PB hari Khamis, 8 Mei 2008. 6 exco lain insyaAllah telah menyatakan persetujuan untuk berhimpun. Majlis dimulakan dengan high tea pada sebelah petang dan aktivitinya berlanjutan hingga ke malam. Yang bagusnya kalau ada perhimpunan PR specifically PAS, mesti ada acara solat dan memuji Allah s.w.t. yang Esa buat mengubati roh yang lara.


Kak Bib dah jumpa YB Nizar in person. Sungguh jeles!


Perasan tak... lately MSM divert 'machine gun' ke Perak pulak. Dah jenuh hentam Selangor/Penang, alih ke negeri lain. Moga Allah s.w.t. perkukuhkan iman MB mereka & rakyat di negeri tersebut.

Kalau kumpulan sendiri buat hal, tak pe. Tapi kalau kumpulan lain yang buat, nescaya hentaman, jika boleh sehebat bom atom dilepaskan kepada kumpulan tersebut walau pun sebangsa dan seagama. Meluat sungguh rasanya! Budaya H, budaya A... sungguh tak patut ada di Malaysia ni. Selagi budaya-budaya ni ada alamat berkudis la rumpunan manusia bernama M*l@yu ni... isk...

3 comments:

Anonymous said...

semua pakat balik kg..bestnya

Ms. Angry on May 5, 2008 at 3:04 PM said...

Wa...kita pun balik..

I tag u pasal WORKSTATION tau...

Sue.Aleen on May 5, 2008 at 4:32 PM said...

>>> kak iza :
tak balik ke? kita sebenonye tingin nak pi SP





>>> intan :
dah dekat tak jumpak ponnn...
tag tu aku dah buat..

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez