Yong cite masa kecil dulu anak dia - Yamin - suka betul buat brek kambing masa tengah jalan-jalan specifically kat shopping complexes or street malls. Pantang nampak barang yang dia berkenan terus je kaki longlai macam tak de tulang.. bila tak dibeli, lagi sakan dia buat perangai. Sampaikan Yong kena heret anaknya yang telah liat semacam kambing. Meronta-ronta.
Sampai sekarang ni situasi itu sentiasa kelihatan di mana-mana. Last ROP check pun ada 2 beradik yang buat perangai yang sama. Sister brother. Yang kakak buat hal sambil baring di tengah-tengah koridor tempat orang lalu-lalang. Bila ditarik ayahnya, dia menjerit dengan suara yang nyaring. Bila balik, dalam kereta, suami cakap kalo itu anak dia, dah lama dia cubit.
Budak-budak ni suka menggunakan kuasa menangis, menjerit dan meraung. Bila ibu bapa dengar, hati jadi geram je & untuk penyelesaian jangkamasa pendek, kehendak mereka dipenuhi. Yong yang saya kenali memang begitu dengan Yamin. Alasannya - Yamin manja. Sehingga kini begitu tapi tidak la sampai buat brek kambing lagi. Dalam bentuk yang berlainan pula.
Budak-budak ni pulak, dari baby lagi dipraktikkan satu ajaran - menangis la ko sekuat hati (menangis semasa bayi boleh menguatkan hati... menangis umpama doa-doa buat ibu bapanya), yang pasti akan dibiarkan. Apatah lagi jika mereka telah pun kenyang. Nak tunjuk power memerintah dari kecil lagi ye... Lama kelamaan mereka akan biasa dengan tuntutan yang tidak dipenuhi & memahami bahawa menangis bukan jalan penyelesaian. Kami hanya melayan karenah si bayi sekiranya perlu & tangisan berpanjangan.
Sehingga sekarang pun jika mereka ingin meminta apa-apa mereka akan minta dengan baik. Adam pula suka meminta dengan mengajak & menarik tangan. "Ibu jom la.... nak susu..". Satu kekurangannya bila di mall, dia suka didukung ayahnya sebab tak suka berjalan (bertuah punya anak) tapi jika saya yang memegang tangannya, dia berjalan seiring dengan saya. Dan kedua-dua mereka memang suka berjalan sambil tangan dipimpin.
Baru-baru ni saya ke Metro Perdana, Kepong dengan Awa, suaminya, adik ipar saya & Mastura. Suami bekerja. Mak di rumah bersama si kecil dan abangnya. Kami lunch di Sushi King. Mastura makan sushi!!! Pilih sendiri pulak tu. Saya memang flexible dengan anak-anak. Ada perkara-perkaranya.. saya akan membiarkan mereka memilih sendiri.
Lepas itu, sesi berjalan dalam Jusco. Awa & suaminya ke tempat lain, adik ipar memilih bajunya di tempat yang lain manakala saya dan Mastura ke tempat yang lain pula. Mastura memang dah lama minta belikan kasut sebab kasutnya dah makin pendek. Siap cakap nak kasut Puteri (Disney Princess).
Since kasut dia pun dah lusuh dan dah tak muat, saya berikan kebebasan untuk dia memilih sendiri kasut mana yang dia nak. Bila belikan tanpa tuan memang ada kemungkinan bahawa kasut itu agak tak sesuai dengan si pemakai. Mulanya dia pilih kasut yang cukup buruk (pada pandangan mata mak dia ni. Dia ni satu pe'elnya kalo suka satu barang tu, buruk pun dia suka). Lepas tu saya kata, "Kasut kat sini banyak jenis lagi... cuba tengok yang lain," barulah dia belek yang lain. Seronok tau tengok budak 4 tahun belek kasut sendiri. Akhirnya dia pilih kasut yang ada diskaun 50%!
Saya juga belikan dia sepasang baju bagi menggantikan baju yang dipakainya. Baju tu ditumpahi dengan curry udon masa dia makan tadi... Huhu.. anakku pandai makan udon... Saya pun macam ketagih. 2 consecutive days makan sushi.
Suka bawak Mastura jalan-jalan sebab dia tak buat brek kambing. Ngantuk pun tak pernah komplen. Begitu juga dengan Adam. Sehinggakan mereka pernah tidor di troli kerana keletihan...

***************************************
Dapat sms dari Awa.. tok Jeff meninggal di Chemor, Perak. Jeff orang Hakka. Sekarang dia berada di Ipoh. Checked-in hotel katanya untuk 2 malam. Alhamdulillah Awa sempat kenal dengan atoknya itu. Cuma tak sempat ditarbiyahkan je. Baru jer beberapa bulan yang lepas..

15 comments:
Itulah namanya anak-anak kecil yg punya peel dan ragam memasing... alaaa.. mcm kita masa kecik2 dulu. wakakakaka...kan?
>>> azlanlin:
macam tu la adanya.. thanks for dropping by..
wooo nice layout! canggih!
>>> jinggastudies:
ini namanya tak de kije lain.. tq anyway..
si kecik pandai makan sushi hebat tu better than aunty elle:)ntah saya tak bolih bau seaweed tu macam nak muntah di buat nya ...hamis.
>>> kak elle:
tak sangka plak dia pilih sendiri sotong peram.. kan piring tu bergerak je.. agaknya dia excited tengok benda tu. ada a few yang dia makan...
saya plak memang cari seaweed tu...
farhah y umor 3 tahun pon pandai memilih kasut sendiri, y emak pilih semua tolak....
>>> mak farhah:
bebudak pompuan zaman sekarang ni seawal 2 tahun dah terer pilih barang sdri.. lain dengan boy saya tu.. tak kisah sangat pun.. orang beli pakai je.. tak tahu la kalo besar nanti lain plak pe'elnya..
emm mmg budak2 cam tu kann...cam kita dulu gak la agaknya...bagus juga kalau kita tk layan sgt anak yg tahu nangis saja kalau nak ape2...biar dia tahu juga bukan semua dia nak dia boleh dpt...good tips
wow mastura pandai mkn sushi! saya pun tak pandai...hehehe..udon tu ape?erk...hehe...
>>> mommy lily:
nangis kalo tak jerit tak pe... boleh mencabar iman dibuatnya..
>>> mommy adam:
udon = japanese mee. beso gedabak mee dia..
takde pe pix kasut baru mastura?
nak usha juge..hehehe
>>> ~*Krsty_Pinky*~:
camne nak snap? cam pun takde? uwaaa....
adoi sdey..
pakai hp cam la nt..
suh awa amik:D
>>> ~*Krsty_Pinky*~:
sebeno-benonya cam hp aku tu dah out.. tu yang tensen tu.. nenanti le kalo dapat duit lebih..
aku nak pi beli nikon tu.. baru ngancam sket!
Post a Comment