Tuesday, May 27, 2008

Bila Hidup Mencari Pencipta....


Apakah tujuan anda mengundi? Tunaikan kewajipan pada negara atau pun semata-mata tertarik kepada manifesto?

Seingat saya, saya menyokong sesuatu perjuangan bukan didasarkan kepada sehelai kertas yang dinamakan 'manifesto'. Dari kecil hinggalah sekarang, orang-orang veteran yang rapat dengan saya tidak pernah mengajar saya untuk kenal kepada manifesto. Arwah pak saya dulu pun tak pernah kisah dengan apa itu manifesto. Mak saya sendiri dah lama pangkah bulan bila dia sendiri sedar kesetiaan itu tidak harus diletakkan kepada pemimpin yang mungkar. Sebagai Muslim, kita hanya perlu membezakan yang mana haq & yang mana bathil. Selama mana pemimpin itu adil, maka kita harus menurutinya, jika tidak, sesiapa yang terus mendokongnya pasti akan mendapat saham di akhirat. Dalam Islam juga tidak pernah diajar untuk meminta-minta. Yang mana sesat perlu dibimbing ke pangkal jalan!

Bila apa yang kita impikan belum (baca : BELUM) dipenuhi maka hati kita akan berasa sakit kerana kita amat mengharapkan perkara itu berlaku. Sedangkan jika perjuangan kita bukan berdasarkan kebendaan, kita boleh bersabar dan sentiasa bersangka baik serta memberikan peluang. Jika tidak, jadilah seperti Shaid atau saudara-saudara yang lain termasuk saudara A****n yang menjadi komentar di dalam blog DSKT. Hati sentiasa tidak tenang... Agaknya mengundi tak rujuk pada Allah s.w.t. kot.. tu yang rimas semacam tu...

Sepatutnya bila hati tidak tenang, kita perlu mencari santapan untuk rohani. Santapan rohani adalah dengan mencari Pencipta.. berusaha diri supaya dekat pada-Nya. Moga-moga jangan dibiarkan diri kita sendirian tanpa haluan. Haluan mencari duniawi itu banyak... tapi jalan ke akhirat senang dalam sukar.

Tiba-tiba dalam keheningan malam ni teringat pula lagu M. Nasir.. Tanya Sama Itu Hud-Hud... Jika sampai masanya kelak, jika dilihat kerajaan sedia ada juga menyeleweng tak perlu tunggu sampai 50 tahun lagi, ubahlah keputusan itu.. bukannya susah sangat.

2 comments:

Anonymous said...

yang para last skali tu, sgt betul, sama mcm pendirian aku. apa susah kan?

Sue.Aleen on May 27, 2008 at 1:55 PM said...

>>> intan:
ada yang kata 4-5 tahun tu lambat lagi.. punyalah tak sabo dah.. 30 tahun (rujuk umur aku) pun bleh tunggu apa...

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez