Ini kisah anak saya yang pertama - Mastura. Berlaku selepas saya dan suami ke KSN di Jalan Temerloh, Kuala Lumpur untuk mengambil sepupu yang baru saja selesai menduduki peperiksaan akhir semester untuk kursus pengajian forensik.
Yong dan suami datang dari PP malam tadi dan tiba sekitar jam 1 pagi. Mereka mencari Mak dan bermalam di rumah Awa sebab Mak berada di sana. Rasa lama agaknya Mak tidak berada di kampung.. anyway.. Mak dah nak balik ke sana dah dan entah bila pula nak datang ke mari. Nak pujuk pun.. Mak juga perlukan masa untuk dirinya sendiri. Rindu katanya pada rumah & kampung.
Jadi, sebelah paginya Yong datang ke rumah untuk ziarah. Borak punya borak masa pun dah lepas pukul 9 sedangkan janji dengan Tipah nak sampai KSN sekitar jam tu. Kami pun mintak diri sementara Yong sedang mandi dan menggosok pakaian. Dia sendiri ada agenda lain datang ke Lembah Klang ni.
Dalam perjalanan, Yong telefon cakap dia dah nak balik. Pastu Mastura sebok nak ikut dia balik ke PP. Mak cakap Yong minta dia siapkan baju budak tu tapi jawab Mak, tak payah la sebab Mak dah faham benar dengan perangai Mastura ni. Kadang-kadang Mastura memang selalu berbicara tentang Yong bila dia melihat Yong di dalam gambar. Tak pula sangka sampai dia nak ikut.. (agaknya excited kot sebab Yong pandu kereta baru... kereta yang dua lagi pun tak luak guna! Hehehe).
Mak pun pujuk Mastura supaya tak payah ikut sebab nanti kata Mak, ibu dengan ayah tak de, nanti dia akan sedih dan menangis. Tak perlu sampai PP, dalam perjalanan nanti sure dia nangis punya la. Dalam perbualan telefon dengan Yong tu, Yong cakap Mastura BODEK dia supaya ke kedai pastri beli kek!
Yeppp... her Hijrah birthday was yesterday! Saya memang ada wish dia selamat hari lahir semalam. Tak sangka pula dia ingat dan menuntut kek sebiji. Memang ada niat nak beli pun. Bukan mintak dari saya pulak tu tapi dari Yong... bijak.. bijakkk! Tapi memang saya akui.. si Mastura ni pengingat orangnya. Dia boleh ingat apa yang dia minta 2-3 minggu sebelum malah berbulan sebelum dia tuntut balik sesuatu barang/perkara tu. Bila balik kek tu belum dipotong pun. Ada seekor Mickey Mouse comel atasnya. Karakter kartun kesukaan dia.
*****************************************************
Untuk Mastura :
Selamat hari lahir anak ibu yang baik dan ringan tulang ni. Moga jadi anak yang dekat dengan Allah s.w.t. kini dan selamanya insyaAllah.
Dan untuk orang lain juga yang tarikh lahirnya berada di dalam bulan Mei ni antara yang saya ingat ialah Yong sendiri - 12/05, Athir Rakin - 06/05, Masni - 11/05, Atan - 08/05, Chumi - 24/05, Ojie - 25/05, Hooi Ling - 26/05 dan juga Tok Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat - 04/05. Moga panjang usia di dalam keberkatan Allah s.w.t. hendaknya.
*****************************************************
Dua hari ni saya asyik godek Template je.. kejap tuko itu, kejap tuko ini.. sorry la pada semua orang yang melawat... site asyik under construction je... ermm... really miss my former profession.. uwaaaa





3 comments:
mastura dengan adam macam siras jer muka.. comel comel..
suka nama anak ringkas ringkas ni.. adam, husein, mastura, yusof, sofia, safiyyah.. sweet aje bunyinya..
selamat hari lahir Hijrah Mastura!
Anda di TAG! "Gambar pakai baju merah"
>>> kak zar :
begitulah juga sebenarnya yang dituntut oleh agama. lagi pun ada hikmahnya. panggil penuh dengan sebutan yang betul. dah jadi doa kan....
>>> intan :
dengan sepantas kilat, dah ada jawapannya..
Post a Comment