Tuesday, May 13, 2008

Intan Plak Tag Aku!


Anak-anak tido.. so saya pun ambil keputusan nak jawab tag si Intan ni. Kali pertama ni boleh diumpamakan seperti kera mendapat bunga/belacan.. entah apa-apa la punya peribahasa.. huh! Neway, saya bukannya kera eikkk... orang yang buat peribahasa tu mesti terpengaruh dengan teori Darwin tu... hish!


5 PERKARA PERTAMA YANG TERJADI DALAM HIDUP ANDA.


1. Kali Pertama Kehilangan Insan Tersayang.

Arwah nenek sebelah mak. 1990. Yong saya baru nikah dalam bulan September, majlis kahwin nak buat dalam bulan Oktober. Arwah pergi 2 minggu sebelum majlis. Arwah meninggal di rumah kami (juga kali pertama). Masa tu saya darjah 6. Dia meninggal hari Ahad, saya exam UPSR hari Isnin. Tak tahu nak buat apa. Terpempan di atas tangga. Tak tahu jugak nak rasa macam mana. Sedih memang la sedih sebab arwah seorang nenek yang baik. Ended up saya menangis. Bila pergi sekolah esoknya tu cikgu tegur kenapa datang juga, saya jawab saya nak kena ambil exam. Dia kata exam tu bleh delay. Baik punya cucu! (manalah saya tahu boleh delay!). Al-Fatihah pada Almarhumah Siti Zainab binti Bakri.


2. Kali Pertama Dapat Naik Kereta.

Parents saya tiada kereta. Mak cakap kali pertama saya naik kereta saya berdiri je di celah-celah antara pemandu dan co-pilot. Tak nak tido. Perjalanan dari Perak ke Negeri Sembilan. Entah.. saya tak ingat pun...


3. Kali Pertama Jadi Ibu.

Saya di'paksa' selepas BP saya naik sket ari tu. Sebenarnya tanda nak bersalin tu dah turun sehari sebelum tapi saya tak rasa sakit. Kebetulan hari tu saya memang ada appointment dengan Dr ZAR (bukan kak Zar tauuu! :)). Biasanya BP rendah tapi hari tu naik. Dr ZAR kata mungkin saya excited. Last saya cite la tanda dah turun dari semalam & saya dan suami dah pun berlegar di DEMC malam tu tapi tak de apa jadi pun.

Saya ditahan. Masa kat labour room petang tu sekitar jam 4, ketuban pecah. Kata nurse mungkin lama lagi sebab bersalinkan anak sulong. Mungkin dalam pukul 9 malam. Dia cakap kalo rasa nak terB panggil dia cepat. Pastu dia kuo. Tiba-tiba je rasa cam nak terB. Suami panggil. Rasanya sakit ya amat sangat. Dr ZAR yang nak pi jumpak sedara dia petang tu pun tak jadi pergi sebab dia cakap dia suka tunggu kelahiran anak sulong.

Pukul 5.05 petang Mastura pun lahir ke dunia. 3.4 kg. Berat & COH dia pun besar. Tu sebab pakai vacuum. Lepas bersalin suami yang temankan dari awal tadi tanya nak bersalin lagi tak.. saya jawab nak.. hehe.. tak serikkkk.. sat tadi je tu sakit. Entah.. tengok baby pipi bulat cam Mastura tu terus hilang rasa sakit. Apatah lagi saya menyentuhnya ketika dia masih berdarah! (tiba-tiba plak teringat cite Norkumalasari yang bersalin ikut mulut tu..isk! Ngeri!)


4. Kali Pertama Jahit Baju Kurung Sendiri & Orang Lain.

Tahun tu saya tanam anggur. Saya sebenarnya nak keje tapi arwah ayah saya tak benarkan. Bila kenang balik buat rugi je keje time tu. At least saya boleh luangkan masa dengan arwah. Masih terkenang lagi saya mengepit kukunya, tido di sebelahnya... uwaaa.. sedihhh...

Mula tu saya tak minat menjahit tapi bila tengok mesin jahit mak tu seolah-olah mesin tu melambai dan berkata.. mai la try.. so saya pun try la. Sendiri punya. Raya tahun tu saya sudahkan 6 helai baju kurung orang lain termasuk Kak Chik yang marah bila dapat tahu saya menjahit bajunya. Marahnya dia sampai tertido. Bila bangun, baju dia saya dah siapkan. Terus je cuba... cehh.. yang tadi punya dok marah tu....


5. Kali Pertama Naik Basikal.

Dedolu kalo belajar kayuh basikal mesti pakai basikal tua. Tapi yang tak de palang la. Habih segala pokok dilanggar. Pokok pisang sasaran paling mudah. Kalo kena pun tak sakit. Pokok pisang tu pokok pisang tok plak tu.. abih kena marah.. hahaha.


Itu je 'Kali Pertama' saya... sebenarnya banyak lagi.. maklumlah saya ni kategori budak nakal & lasak jugak masa kecik-kecik dulu.

Nak ulang ayat-ayat Intan yang power - Anyway, If you are tagged - consider it as a blessing coz people are actually interested to know about you (at least it works that way for me). I like tagging. It’s a simple and fun way to get to know people! I think people should tag away more! - I agree with you, Intan. Tapi kali ni saya tak nak tag orang lain la pulak... kang depa nyampah kat aku plak. Orang tag saya tak pe.. insyaAllah saya jawab... lagi pun buatkan saya ada reason untuk update blog. Thank you, ladies.



************************************************


Asyik.. asyik.. mama pulanggg... dialog Nabila dalam cerita Mutiara Hati. Best. Atan dalam cite Atan tu muncul dalam email.. wehehehe.. tak sesia jadi PI. Lepas ni boleh bukak ejen.. kuang kuang kuang...

Lepas pada surfing ari tu saya terus je decided to create a blog to search for friends. Biasanya kawan sekolah menengah la yang long lasting dan jugak mungkin bleh masuk dalam cite Lost tu... hilang terus! Kalo wat blog ni bleh jugak la berbicara secara alam maya dengan wording yang panjang-panjang, dengan gambar-gambar sekali pun tak tengok muka ye tak... kira macam reunion la...

Yes yes.. hari ni saya juga melakar sejarah ok...

12 comments:

Anonymous said...

Sue, cakap pasal kawan lama ni kan... aku jumpa 50% yang aku cari melalui facebook.com. MAcam tak percaya, walau tak ramai pun adala dalam 20 org. Try la mana tau.

Sue.Aleen on May 13, 2008 at 9:50 PM said...

>>> intan:
aku jumpak dalam netlog yang banyak.. cuma takleh tinggal komen kat situ... apa crita! maleh aih nak sign up...

cikliah on May 14, 2008 at 8:47 AM said...

wahh... significantnya citer pes taim belajar nek beskal tuh... sama jek kiter langgar segala pokok... pokok nyoq pon bleh naik dgn beskal kan... nyoq condong laaa....huhuhu... zaman kanak-kanak yang indah....

syahdu...syahdu...

Makcik Runner on May 14, 2008 at 9:22 AM said...

ni pestaim baca ada orang suka kena tag...tag ko yg dulupun tak wat2 lagi...all bcoz takde gambar nak tempek

tak sangka ko pandai jahit baju yer..pasni akak nak hantar kain ela kat rumah ko la...raya tak lama lagi pergh..

Zareda Norman on May 14, 2008 at 10:31 AM said...

suealeen
patutlah akak tersedaks edak rupanya namaku disebut sebut.. hahhaha

kena tag ni bes jugak, at least masa ni jugak kita nak kenal diri kita sendiri. Yang selalunya banyak benda kita take for granted, at least kita terpikir, ohh aku buat cam ni sebab ni rupanya..

nak carik kawan lama kat facebook tu senang tak? nak carik boipren lama pun boleh agaknya ek.. ehheheh

Sue.Aleen on May 14, 2008 at 12:39 PM said...

>>> cikliah:
punya sakan belajo sampai selalu kena marah2 kan.. untung bebudak la ni.. belajar naik basikal start yang dari roda 3. tapi yang tak untung tu sebab tempat nak cuba try test tu tak selamat.





>>> kak kc:
bukan apa, kak kc.. i've hundreds photos in my PC. tu belum yang kat opis lama yang belum ambil lagi. kalo yang tak bergambar lagi senang nak buat.. cuma kena pk sket je.. tag akak tu relax je.. tak de la paksa/kena wat on the spot.





>>> kak zar:
betul tu.. tag ni mengimbas masa silam & juga apa yang saya buat hari ini. siapa saya sebenarnya. facebook saya tak try lagi.. tapi tak silap kena sign up gak.. hish.. silap hb bukan takat x-bf, cikgu-cikgi pun bleh jumpa...

Jie on May 14, 2008 at 1:36 PM said...

sue...sori ttg tag mengetag ni...dah tak larat nk buat sebenarnya..agaknya dr dulu dah berpuluh2 kali..dia tak buleh setat..mesti berjangkit2...tu pasal kakjie pakai antibiotik awai2..nahan blog dr kena jangkitan virus tu..hahaha

erk...kali pertama yg itu itu tak moh cite ke..

ala...yg kali pertama sebelum jadi ibu..mesti jadi isteri dulu, kan?

larikk.....!!!

Sue.Aleen on May 14, 2008 at 1:39 PM said...

>>> kak jie:
dah kena jangkit virus tag le ni.. cehhh.. kali pertama 'tu' takleh cite.. tu cite dalam kelambu tu... tapi kan.. memang lawak pun kalo ingat balik.. huhu

maklang on May 14, 2008 at 2:37 PM said...

lepas ni jahitkan baju maklang pulak eh...tengah angin malas nih..

Sue.Aleen on May 14, 2008 at 2:40 PM said...

>>> kak kc & maklang:
nak soh saya jahit baju bleh je.. tapi mesin kat rumah pun takdak.. nak menjahit saya kena balik kg la jawabnya...

bila la nak rembat satu mesin ni?

Qaseh Bidadari on May 14, 2008 at 3:18 PM said...

first time naik beskal tu yg kelakar!!!heheheh!

Sue.Aleen on May 14, 2008 at 3:29 PM said...

>>> mama ranggie:
masih bleh terbayang betapa terhoyong-hayangnya bawak basikal besar. kalo ingat lagi... mula-mula tu naik kat sebelah je... pastu dia punya impak kekadang terkena gak kat 'situ' aduhh sakit weiii.. hihihi

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez