Pagi tadi dengar berita di Radio Sinar tentang PTPTN. Tentang usaha kerajaan untuk menukar pinjaman kepada biasiswa kepada yang layak dan juga tentang interestnya yang bakal dilupuskan.
Bagus le tu. I agree.
Saya ada sejarah hitam dengan PTPTN & satu U tu. Masa tahun kejadian – 2000. Sebelum tu saya belajar diploma di U yang lain dengan pembiayaan FAMA (father&mom). Tahun tu saya ingin menyambung pelajaran. Namun saya hanya sempat masuk seminggu. Begini kronologinya:
2000 – diterima masuk ke U. 2-3 hari pertama – English placement test & urusan bagi mendapatkan pembiayaan. Oleh kerana tak banyak pilihan, saya pilih PTPTN.
Kata pegawai HEP tu, PTPTN perlukan pengesahan pesuruhjaya sumpah bagi mengesahkan arwah ayah saya bekerja sendiri (arwah merupakan pekebun kelapa sawit sejak 30 tahun yang lepas). Tahun itu, dia tidak lagi aktif mengerjakan kebunnya, jadi wang untuk menampung perbelanjaan pengajian saya perlu dirujuk kepada third party. Tahun tu juga penyakit kencing manis arwah ayah menyerang ke bahagian mata sehingga menyebabkan dia buta.
Setelah turun naik pejabat pesuruhjaya sumpah akhirnya tidak berjaya, saya pun tidak mahu memaksa lagi. Walau pun begitu, borang yang bercop ketua kampung itu saya hantar juga pada pegawai HEP tersebut. Tapi dia cakap tak mungkin boleh lepas dengan cop ketua kampung saja. Cukuplah takat itu… saya pun ambil keputusan untuk berhenti saja.
2004 – surat dari PTPTN tiba meminta saya menyelesaikan pinjaman saya. Bila pula saya pinjam & bila pula saya belajar? Surat saman tu berserta sekali dengan dokumen perjanjian yang belum saya tandatangani dan bertarikh 4 tahun lepas. Terkejut sungguh dengan surat itu, saya pun tulis surat cinta panjang lebar pada PTPTN. Tak silap dalam tempoh 3 bulan tu, saya dapat cc surat dari PTPTN kepada U meminta wang mereka dikembalikan.
2005 – U pulangkan semula wang PTPTN tapi short RM780+. U hantar surat pada saya juga meminta sejumlah wang sebanyak RM1.6k. Sejak itu, PTPTN asyik hantar penyata akaun masih berbaki RM780+ (and of course dengan interest yang makin membukit) & U juga begitu.

Saya rasa begitu naik angin. Satu surat lagi saya hantar pada U mengatakan bahawa mereka perlu clearkan saya dari system mereka kerana saya tidak pernah belajar & kalo depa anggap saya ni pelajar jugak, bak mai la saya punya degree!!
2006 – U clearkan saya dari list pelajar (bermasalah?) mereka. Jadi RM1.6k juga clear.
Cuma yang masih belum clear sampai sekarang ni (baca : DAH 4 TAHUN SAYY..!), PTPTN belum menerima baki RM780+ tu daripada U. Saya mungkin akan TEKAN lagi U supaya bayar balik hutang itu kerana saya tidak mahu nama saya blacklist. Dah la hantaq soghat kat aku pakai ejen ja.
Terlalu banyak tahun (bukan masa lagi) dibuang. Saya selalu bertanya:
- Kenapa la pegawai HEP tu pi hantaq borang saya?
- Dah tau lulus awat la tak call saya pun untuk sign agreement? At least, saya boleh teruskan pengajian saya yang sangkut.
- Awat la PTPTN pi buboh duit tu dalam akaun bendahari U? Sah ka kalau tak dak agreement? Apa ka pandai sangat? *lupa habaq... jumlah dia RM26k.. banyak kannn*
- Awat la lepaih berapa tahun baru nak wat tindakan?
- Awat la U tak pulang balik baki yang ratus-ratus tu?
- Apa la mangkuk punya U sampai tak dapat kesan kes pelajar seperti saya? Kes naya sungguh!!
Memang la salah saya sebab tak mampu nak teruskan pengajian tanpa wang mencukupi. Takut nanti menganggu budget keluarga. Tahun tu plak arwah perlukan wang yang banyak untuk merawat penyakitnya.
Apa punya sistem? Canggih-canggih pun tak dapat kesan pelajar sangkut cam aku… huh! Dah la tu.. pi makan duit tu buat apa?

8 comments:
Sayang sungguh peluang belajar sue hilang begitu saja, hanya kerana incompetency pihak tersebut.
Dah sah tak buat kerja, or makan gaji buta.
Aku tumpang sedih la suu
apa punya PTPTN ni...sometimes memang tak logiklah careless pegawai yang handle urusan cam ni.. loklak.
>>> intan:
bila aku kenang, sedih la jugak tapi marah tu lebih lagi. & aku sebenaqnya fobia!
>>> kak zar:
salah PTPTN sebab dok hantaq penyata & tak kejo duit dia dari U tu. U tu pun salah jugak sebab tak kesan pelajar macam saya... sapa yang rugi... saya jugakkk jadi mangsa!!
saya x amik ptptn tp tieb2 sampai surat suh bayar.
ehehehe.
>>> sitilina/mami hafiy:
camne tu? care to share your story?
Menarik jugak pengalaman tu... apa mungkin sue boleh sambung belajar lagi sekarang? Teruskan apa-apa yang terhenti... Pendidikan Sepanjang Hayat.. x gitu Sue?
ptptn meme ngong sket bab management..
ade skali tu kte bdebat dgn drang psl drng penah tahan my one sem payment..
tp dlm statement kate diorg bagi..
mangkuk tol..
ape punye ngong drang ni?
tp marah2 pun,aku bayo jugak sket utk hutang ptptn tu..
sib baik la dpt aku yg 'baik hati' nk 'pulang' jugak duit drang..
>>> azlanlin:
nak gak. baru semalam ajak hub further study kat oversea.. huhu... OUM ok tak eikk? orang kata dia punya fee like h**l..
>>> ~*Krsty_Pinky*~:
depa ni bab kejo orang suh bayo cepat je.. bab management hampehz.. kalo tak pulang, takleh gak.. duit tak payer tu..
Post a Comment