Saya cut & paste keseluruhan posting tersebut di bawah:
Saturday, May 24, 2008
Meniti Harapan, Menanti Perubahan
Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang berlangsung sekarang gagal membincangkan perancangan kerajaan negeri dalam membangunkan Selangor. Rakyat yang mengharapkan kerajaan negeri membentangkan perancangannya dalam Sidang DUN kecewa kerana apa yang diharapkan itu tidak berlaku.
Sehingga kini, selepas hampir tiga bulan, kita belum jelas mengenai apakah yang hendak dilakukan oleh kerajaan negeri yang baru. Malah ada kalanya kenyataan Exco Kerajaan Negeri disanggah oleh Menteri Besar.
Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri yang baru kerana meneruskan banyak projek pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu. Ini membuktikan bahawa apa yang dilakukan itu bermanfaat kepada rakyat. Bagaimanapun, memandangkan mereka selalu bercakap menafikan sumbangan Barisan Nasional, maka wajarlah kerajaan baru ini menyatakan apakah yang akan mereka lakukan untuk rakyat.
Saya melihat cara pentadbiran kerajaan sekarang lebih bersikap "looking forward" dan bukannya "forward looking". "Looking forward" lebih kepada mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipis datang melayang. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kerajaan tidak boleh mengurus negeri dengan cara ini. Sebaliknya, ia hendaklah bersikap "forward looking" iaitu merancang untuk masa depan.
Apabila kerajaan negeri gagal menyatakan perancangannya setelah hampir tiga bulan berkuasa, maka ia memilih untuk mengkritik kerajaan negeri sebelumnya; mengungkit pelbagai keputusan dan tindakan yang diputuskan melalui prosedur yang betul. Tindakan mencari kesalahan kerajaan Barisan Nasional juga adalah untuk menutup kegagalan kerajaan negeri yang baru melaksanakan banyak janji-janji dalam manifestonya. Adakah selepas tiga bulan membentuk kerajaan, pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP masih gagal menukar mentaliti dari pembangkang kepada kerajaan?
Adalah satu perkara yang cukup aneh apabila Timbalan Speaker DUN menyanggah fakta yang terkandung dalam titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Selangor; memberikan gambaran seolah-oleh kerajaan negeri memberikan input yang salah kepada Tuanku. Bagaimana boleh seorang anggota parti kerajaan menyanggah fakta kerajaan sendiri? Adakah mereka lupa bahawa mereka sudah menjadi kerajaan sehingga masih berkelakuan seperti pembangkang yang sentiasa mencari kesalahan kerajaan?
Sebenarnya pada pagi hari DUN bersidang, saya benar-benar "forward looking" untuk membahaskan polisi-polisi baru kerajaan negeri. Namun saya berasa hampa apabila tiada agenda atau polisi baru yang dikemukakan untuk perbahasan. Mengikut apa yang diperkatakan oleh mereka melalui surat khabar dan ceramah-ceramah, mereka berjanji untuk melakukan pelbagai perubahan (reform) terhadap sistem sedia ada. Saya faham pelaksanaannya memakan masa yang lama, cuma saya berpendapat kerajaan negeri patut membentangkan segera polisi dan pelan baru dengan jangka masa atau time frame yang jelas.
Melihat apa yang sedang berlaku dalam Sidang DUN ini, apakah kita ibarat burung terbang dipipiskan lada; mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan? Sampai bilakah kita akan meniti harapan dan menanti perubahan?
Posted by Dr Mohamad Khir Toyo at Saturday, May 24, 2008

***************************************************
Entah kenapa rasa meluat sangat dengan posting terbaru Dr Khir ni. Entah kenapa saya rasa setiap kali dia buka posting baru, ianya berbau hipokrit. Apa ni? Mula terima kasih pastu kutuk-kutuk. Entah kenapa saya rasa dia ingin sangat menyembunyikan apa yang telah berlaku & berapa yang telah dibelanjakan dalam tempoh 50 hari di antara bulan Januari-Februari 2008. Entah kenapa juga saya rasa golongan 'ini' tidak pernah berubah dan bermuhasabah diri walau pun pergi umrah bebaru ni.
Tidak salah bagi seseorang yang nak take over satu company, melantik auditor bagi mengemaskini akaun syarikat tersebut. Itulah yang terjadi dalam dunia korporat. Itulah amalan kebiasaannya.
Saya memang dapat mengagak bahawa apabila kerajaan PR mengambilalih Selangor daripada manusia ini, PEMBERSIHAN adalah perkara pertama yang berlaku. Satu sebab adalah sebagai manusia yang tinggal di Selangor, saya sendiri terasa curious untuk mengetahui ke mana wang-wang kerajaan/pembayar cukai negeri terkaya di Malaysia ini pergi & telah dibelanjakan. Jangankan nak beritahu, nak tunjukkan aliran kewangan tu pada rakyat... harammmm....
Selepas PEMBERSIHAN itu dilakukan, barulah dari baki akaun tersebut dapat dirangka dan dirancang pelan tindakan yang seterusnya. Bila kita berjanji untuk belanja rakan-rakan, kita akan cuba memenuhi janji tersebut tapi seharusnya kita 'mencermin' diri kita terlebih dahulu, berapa wang kita ada, had untuk dibelanjakan dan sebagainya.
Orang kata, thousand steps start from the first step. Jadi memang rasional sangatlah kalau kerajaan negeri sekarang memulakan langkah dengan mengemaskinikan akaun dengan melantik auditor. Bukan untuk mencari salah tapi untuk membetulkan kepincangan dan menambahbaikan perjalanan kewangan. Fahaman ini perlu disemai dalam minda doktor ini.
Kenapa pula digunakan bahasa 'membidas'? Tidakkah wujud budaya tegur-menegur di dalam ameno? Tidakkah wujud perkataan 'menyedarkan' yang mana ia adalah lebih tepat? Terlucutkah hak seseorang untuk bertanya atau memberikan pandangan?
DSKT menulis - Bagaimana boleh seorang anggota parti kerajaan menyanggah fakta kerajaan sendiri? Kuasa menentukan input yang ingin dikeluarkan pada waktu itu pun terletak pada bahu siapa? Nak tipu, tipulah... nak bentangkan yang benar pun, benarlah.. Manalah kami malah Tuanku sendiri tahu sama ada input itu BERSIH dan benar atau pun bohong semata-mata. Di kertas putih tu boleh jadi apa saja.... Atau memang kena diam je tak boleh menyanggah? Alangkan di antara suami-isteri sendiri pun kita menyanggah jika terdapat fakta mengelirukan... inikan lagi urusan yang lebih besar...
Untuk terus relevan, ameno harus berani keluar dari sistem feudal yang diamalkannya sekarang. Kebebasan dan hak bersuara mesti diberikan kepada sesiapa sahaja. Tidak tersekat kepada ahli sahaja. Ruang perlu di beri kepada rakyat yang mempunyai pendapat yang berlainan. Pertentangan pendapat harus di anggap perkara biasa dan bukannya luar biasa. Sedangkan para ulama jugak berbeza pendapat, apatah lagi insan sekerdil kita. Kan bagus menurut langkah Tan Sri Muhyiddin.
Eh eh... ada cerita menarik la pasal student UiTM yang buat laporan polis pasal manifesto PR yang belum (baca : belum bukan tidak... tak faham.. sila jumpak guru bahasa Melayu, jangan guru bahasa Inggeris tau) ditunaikan tu... lawati Perisik Rakyat (jangan tak baca). Ada satu laporan net ni siap bergambar lagi. Saya dah surf terdahulu tapi tak terjumpa balik linknya.
Dah le... saya nak gi cut paper Sinar, 24/05/2008... tentang angka-angka itu.. angka-angka yang dibelanjakan oleh kerajaan negeri terdahulu.. begitu juga paper The Star.. dan nak print jugak artikel kat dalam blog ni. Nak jadikan bukti. Eh.. bukan OSA ke? Camne bleh terlepas ni?
Hebat sungguh dia ni... semua orang salah.. dia je yang betul... eh.. tak perli aihh... puji tu... Membuatkan saya lebih curious... bagus sangat le tu, DSKT ni macam membuka pintu je... Adehhhhh... dah la selalu ketinggalan ketapi!

6 comments:
me masih sedey sedey one dengan citer pulau batu putih ittewww.. uhuhu
>>> me:
kalo baca utusan mingguan hari ni lagi menyirap darah... cuba baca entry terbaru Pak Bakaq
.. entah sampai bila la nak digulakan MSM ni...
khir toyo tengah gelabah tu rasanye...desperate!
>>> jingga studies:
kalo orang utagha kata... lahabah.. melaka kata lahabau!*memandai je ni*
err...er...
>>> intan:
errrr.... errrkk! ^$%@#$*()$@
Post a Comment