Semalam masa nak balik tanya Mak bila dia nak mai lagi ke rumah, dia senyap je. Nampak matanya berkaca-kaca. Menahan air mata dari tumpah. Hari ni Mak mesti sorang diri kat rumah jugak. Nak je saya pindahkan pejabat suami saya ke TP. Senang saya nak dok kampung & jaga Mak. Tak daya...
Sebenarnya bila Mak balik ni mengundang perasaan sikit risau tentang dirinya. Mak memang kena balik pun. Kena ambil ubat. Lagi pun dia dah tak senang duduk. Orang biasa rumah berhalaman besar ni lain sket. Asyik nak cari kerja di luar. Biasalah tu.. orang-orang veteran memang sikapnya begitu...
Dan sebenarnya saya pun tak nak mengundang fitnah. Nanti dikatakan Mak tinggal di rumah saya untuk menjaga anak-anak saya. Dilema...
Tak pe... Allah Penjaga terbaik.. mesti Dia jaga Mak dan juga perasaan saya yang rindu kat Mak ni dengan baik juga
***********************************************
Satu tag lagi... tajuk tag - Workstation (memandai je aku bagi..). Tag ni Intan jugak yang bagi. Tag ni susah sket la nak buat.. tapi syiok jugak isi masa lapang. Workstation saya banyak tempat.. ada yang kecil, ada jugak yang besar..
Setelah menggodek PC, ini yang saya jumpa. Malas nak ambil gambar lagi. Workstation paling utama untuk hari ini:
Jangan tak tahu saya ada pembantu yang setia & rajin. Saya belum tentu setia pada dia.. hihi
Sorang lagi pembantu yang lebih senior. Cubicle ni besar hingga boleh menempatkan satu lagi workstation iaitu katil pembantu saya yang ketiga. Hihi...
Nak compare.. dua-dua kerja ada kelebihan.. tapi jadi resident engineer ni gives you peace of mind. Tak perlu bersesak nak ke tempat kerja. Tak perlu pakai tudung. Tak perlu risau nak iron baju mana hari ni & sebagainya. Boleh curi-curi tido tanpa ada satu bos pun yang marah @ terkantoi sampai kena pecat.. ngahaha.. duit bulanan dapat jugak. Malah bos perlu bayar ansuran rumah yang sedia ada.. alhamdulillah.
Yang ni plak antara workstation bila balik kampung (bila nak beli sebiji pun entah la.. ):
Workstation idaman saya. Bukan kat pejabat orang tapi kat pejabat milik saya sendiri suatu hari nanti. Mungkin bleh ajak Intan jadi sharepartner. Hang nak dak? Buat kat area SU/DC dah la...dekat dengan budak-budak ni.
Yang ini :
Atau yang ini :
Atau jugak yang ini :
Keh keh keh... this is the best part... nak tag orang lain plak.. specially SAHM cam saya ni - Kak Rina. Pastu - Jingga Studies (kena lagi, jangan marah.. hihi.. ambik ko), Aida, Azie, Izat & Kak Elle.






9 comments:
hari ibu pun x lama lg kan?
so ape plan?
>>> mama ranggie/eira:
hari ibu tu minggu ke3 bulan 5kan.. rasa nak menjengah PD kot..
err.. err.. bisnes apakah yg anda maksudkan untuk saya menjadi sharepartner tu? Kedai jahit kah?
Hhahaha. Habislah benda jahitan tu hancur...
adoh!!!!!!
>>> intan :
bukan menjahit la kalo ada ofis bagak cam tu...:P
>>> jingga studies :
hihi
Sue,
Ni datang lawat ni... and tinggal jejak..will be back reading, insyaallah..
Sedih laa citer pasal mak nih.. huhuuu...
Take care there
>>> hazelsyd :
tu la.. sedih cite bab mak tp lagi sedih kalo cite bab ayah sebab dia dah tiada lagi. selagi boleh saya nak dekat dengan mak.. sob sob
thanks for dropping by.
salam,
tag ni memang kena lambat lagi baru buat sebab sedikit complicated rasanya...hehehe.
>>> kak rina :
tu la... saya pun rasa complicated. tu sebab saya letak pic sedia ada je.. tu pun tak menggambarkan workstation sebenar.. hihi
Post a Comment