Thursday, May 29, 2008

Kiwi, Buah Kiwi & Kiwi Express


Sepatutnya ni entry semalam since it was broadcasted through WHI yesterday noon. Lepas tu saya surf net tapi saya terjatuh hati dengan lagu nyanyian Gary Jules la pulak.. Sebenarnya lagu tu saya jumpa dari video di bawah ni...

"You shouldn't give up your dreams and hopes!"

Dulu masa cawangan Kelana Seafood Centre (KSC) dibuka di rumah kelab, saya kerap makan di sana sebab berbanding KSC HQ (Kelana Jaya), harganya jauh lebih murah. Sekarang KSC di SU telah digantikan dengan Restoran Rumah Thai. Setiap kali memesan makanan, pelayannya sudah pasti tahu air apa yang saya akan pesan - air Kiwi! I'm so addicted to kiwi juice!

Gambar berserta resepi dari Martha Stewart

Pernah sekali, buah kiwi takde, saya pun order air lain. Tengah menunggu, lori buah tu pun tiba, & pelayan tadi datang semula bertanyakan sekiranya saya ingin menukar air. Saya kata.. Yes! *dengan muka yang ceria ok*. Dan sebenarnya air kiwi di SU lebih pekat berbanding dengan di Kelana Jaya! Owh.. I still also miss their Deep Fry Yam & Prawn (cekodok paling mahal) + Buttered Prawn.. Owh ye! Air kiwi di KSC ni ada 2 jenis juga - iced kiwi blended and kiwi juice.

Semalam saya tonton WHI berkaitan dengan buah kiwi yang diusahakan di New Zealand dengan jenama Zespri. Pengusaha-pengusahanya ladangnya terdiri daripada orang-orang perseorangan. Salah seorang daripada pengurus ladangnya merupakan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan amat fasih berbahasa Melayu!

Gambar ladang kiwi di North Island, New Zealand
  • Pada asalnya kiwi banyak tumbuh di negara China dan dikenali sebagai Yantoa (Chinese Gooseberry). Pada masa kini, ia banyak tumbuh di New Zealand dan popular dengan nama kiwi sempena nama burung kiwi di New zealand. Kiwi mempunyai gabungan rasa buah tembikai, strawberi dan pisang. Kulitnya yang berbulu coklat halus nampak hodoh. Namun begitu isinya cantik, berwarna hijau muda dan berbiji halus, membulat di tengahnya membentuk corak seperti bunga.

    Selain cantik sebagai hiasan kek, puding dan agar-agar, buah kiwi sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri. Sebahagian besar vitamin C boleh diperolehi di dalam buah kiwi. Buah kiwi yang bersaiz sederhana boleh membekalkan 75 mg vitamin C. sebanyak 120 peratus vitamin C keperluan harian boleh dibekalkan oleh buah kiwi. Kandungan kalorinya sangat sedikit berbanding limau manis. Kandungan seratnya pula, empat kali lebih banyak daripada anggur.

    Pengambilan serat dapat membantu mengawal nafsu makan dan melancarkan fungsi usus. Gabungan serat, magnesium dan potassium dapat mengurangkan tahap kolesterol, menormalkan tekanan darah dan membina arteri yang kuat. Garam galian tersebut juga penting bagi proses pertumbuhan tulang rangka dan membaik pulih. Buah kiwi juga baik untuk gigi kerana jusnya dapat meninggikan kawalan dos asid askorbik. Vitamin C yang dikandungnya juga boleh bertindak sebagai 'berus gigi penyingkir' untuk mengurangkan pertumbuhan karang gigi.

    (Petikan dari sini)

No wonder la jika saya dijangkiti mata ikan, bila minum air kiwi, ia cepat baik.

Rupa-rupanya kiwi ni ada 2 jenis - green & golden! More about kiwi please feel free to surf Wiki & Zespri.

Golden Kiwi


Green Kiwi


Ermm... bila la dapat minum air Kiwi KSC lagi? Dan bila pulak bleh rasa air kiwi 'golden'? Isk... ni yang rasa nak kuo dari SU pi cari kiwi ni. Heh... saya juga ada kenangan di Kiwi Express satu masa dulu... sungguh indah kenangan itu.

6 comments:

Qaseh Bidadari on May 29, 2008 at 2:20 PM said...

mama suka ice blend kiwi..sodap!

memang kesukaan mama kiwi hijau tu!

Anonymous said...

>>> mama ranggie:
yogurt kiwi pun sedap. since high fiber, memang elok sangat untuk orang yang berdiet..

Anonymous said...

sue, aku mcm nak makan situ aje... aiyo, dah la aku suka JJCM.

Anonymous said...

>>> intan:
kalo nak gi KSC, memang recommended sebab sedap.. rest rumah thai aku tak cuba lagi tapi dalam portal SU kata not bad.. cuba la.. dekat je pun..

Makcik Runner on May 30, 2008 at 8:50 AM said...

perghhh...nampak sedap je kiwi juice tuh. one day kena try la kat restoran thai tu. err, hang dah pi sana ke? buat la review kalo dah gi. takut terkena cam BRC dulu2 tuh...serik!

Anonymous said...

>>> kak kc:
insyaAllah saya nak pergi jugak.. paling ingat pasal BRC = air epal asam tu. lain2 tu.. boleh la makan tapi tak berbaloi

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez