
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ صَلاَةً وَسَلاَمًا دَائِمَيْنِ مُتَلاَزِمَيْنِ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُسلِمُوْنَ، اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Saya melihat seolah-olah isu ini dimainkan dengan begitu marak sekali sedangkan itu hanya lontaran pandangan seorang manusia yang mungkin mahu melihat UiTM lebih berdaya saing. Sedangkan saya rasa sudah banyak kali isu UiTM ini dibincangkan di peringkat kerajaan. Tapi apabila seorang yang bukan kerajaan berbicara, maka isu ini dimainkan dengan begitu baik sekali.
Petikan Utusan Malaysia 3 Jun 2002:
Presiden NUTP, Tengku Habsah Tengku Petra menganjurkannya atas alasan sistem pendidikan negara perlu berubah selaras dengan perubahan masa dan ekonomi serta bagi menjamin daya saing penuntut bumiputera. Menurut Musa, sebarang perubahan kepada dasar kemasukan UiTM perlu melalui proses undang-undang terlebih dahulu dengan mendapatkan kelulusan daripada Parlimen. Ia kerana UiTM tertakluk kepada Akta UiTM 2000 yang mengambil peruntukan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saban tahun apabila saya melihat senarai ranking universiti di dunia (termasuk UM & USM), hati saya seringkali terdetik. Bila lagi UiTM akan masuk ke dalam ranking itu? Harapan yang mustahil disebabkan untuk memasuki ranking itu, beberapa perkara perlu diberikan perhatian walau pun R&D UiTM boleh dibanggakan!
Sekitar tahun 98-99, dua kali saya ke UK Educational Exhibition dengan membawa transkrip part 4 & 5 di tangan. Saya mendaftarkan diri memasuki Universiti di sana dengan harapan saya tidak perlu menghabiskan pengajian di Malaysia. Fast track. Dan saya berjaya. Cuma sayang sekali saya terkekang dengan masalah kewangan. Setiap kali saya memperkenalkan diri sebagai seorang pelajar UiTM (masa itu ITM), kebanyakan pensyarah yang turut serta amat mengenali brand ini. Begitulah hebatnya pandangan mereka terhadap UiTM.
Saya bukanlah orang yang anti demo. Malah saya mengiktiraf demo sebagai luahan perasaan orang negara maju. Namun selepas kejadian demo semalam, hati menjadi sedikit gusar kerana lepasan UiTM kini dianggap seperti racist dan graduannya tidak memikir panjang tentang masa depan. Dan saya harap sangat mereka ini berdemo untuk tegakkan Islam di bumi Tuhan Yang Menciptakan Alam ini!
Some people are just not that clever sometimes. Sedarkah bahawa mereka sedang melondehkan kecetekan ilmu masing²? Tidakkah mereka sedar bahawa UiTM itu mempunyai Akta UiTM 2000? Begitu mudahkah MB Selangor, seorang yang bukan di dalam kerajaan persekutan, untuk mengubah akta tersebut? Tidakkah mereka sedar juga bahawa rata² bakal majikan mereka, jika tidak pemilik mungkin di peringkat pengurus, adalah berbangsa asing? Ini bakal melebarkan jurang dan sikap prejudis bangsa asing terhadap bangsa Melayu Islam itu sendiri. Wei.. my juniors! Wake up lah! Jangan terperangkap dengan politik perkauman sedangkan yang sebenarnya perlu diberikan perhatian adalah isu pendidikan. Buat malu je bila kita bertindak irrational.
Al-Hujraat [49:13] : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Benar... rezeki datangnya dari Allah swt tapi hanya setelah berusaha, hidayah juga datang dari Allah swt tapi hanya juga setelah berusaha. Sebelum kita menyerah, kita perlu terlebih dahulu berusaha. Dan benar juga Rasulullah saw pernah bersabda bahawa:
أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ
Maksudnya: "Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalan melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang ditinggalkannya atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang mendoakannnya".
(Hadis riwayat Muslim)
Jika kita mahukan dunia, kita mestilah berilmu dan jika kita mahukan akhirat juga kita mesti berilmu. My point is before you act and talk, you must think first!
Salah satu ilmunya adalah ilmu yang berkaitan dengan undang² seperti tertera di bawah:
Perkara 153 menyentuh mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Tanggungjawab memelihara keistimewaan kumpulan bumiputera itu terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Sehubungan itu, dasar UiTM sejak penubuhannya hampir 46 tahun lalu iaitu eksklusif kepada pelajar Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja dikekalkan semasa Akta UiTM diluluskan oleh Parlimen dua tahun lalu.
Bravo to Koh Tsu Koon.. he said that the UiTM has already opened up the door to 'bangsa asing'. But the 'bangsa asing' don't feel comfortable to study with 90% Bumi students! Do you smell something guys?
Pautan lain:
- MB can’t open UiTM intake to non-bumis.
- UiTM slams MB’s proposal.
- UiTM MAMPU DIJADIKAN ISU UNTUK MENYERANG PAKATAN RAKYAT.
- 10,000 sertai Perarakan bantah buka UiTM kepada bukan Bumiputera.
- Spotlight on UiTM VC (an UMNO member, mind you!).










