Wednesday, August 13, 2008

UiTM Juniors... Think Before You Act!


:اَلْحَمْدُ لله الْقَآئِل



أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ صَلاَةً وَسَلاَمًا دَائِمَيْنِ مُتَلاَزِمَيْنِ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُسلِمُوْنَ، اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Hati saya begitu dekat dengan Isu UiTM (ITM di hatiku.. remember?). Saya melihat isu ini yang bukan satu isu dari segi reputasi UiTM setelah ada segelintir pelajarnya membuat demonstrasi dan juga pandangan dari VCnya mengenai kenyataan MB Selangor yang mencadangkan (baca : CADANG) kuota dibuka kepada bukan Bumi sebanyak 10%.

Saya melihat seolah-olah isu ini dimainkan dengan begitu marak sekali sedangkan itu hanya lontaran pandangan seorang manusia yang mungkin mahu melihat UiTM lebih berdaya saing. Sedangkan saya rasa sudah banyak kali isu UiTM ini dibincangkan di peringkat kerajaan. Tapi apabila seorang yang bukan kerajaan berbicara, maka isu ini dimainkan dengan begitu baik sekali.

Petikan Utusan Malaysia 3 Jun 2002:

Presiden NUTP, Tengku Habsah Tengku Petra menganjurkannya atas alasan sistem pendidikan negara perlu berubah selaras dengan perubahan masa dan ekonomi serta bagi menjamin daya saing penuntut bumiputera. Menurut Musa, sebarang perubahan kepada dasar kemasukan UiTM perlu melalui proses undang-undang terlebih dahulu dengan mendapatkan kelulusan daripada Parlimen. Ia kerana UiTM tertakluk kepada Akta UiTM 2000 yang mengambil peruntukan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.


Saban tahun apabila saya melihat senarai ranking universiti di dunia (termasuk UM & USM), hati saya seringkali terdetik. Bila lagi UiTM akan masuk ke dalam ranking itu? Harapan yang mustahil disebabkan untuk memasuki ranking itu, beberapa perkara perlu diberikan perhatian walau pun R&D UiTM boleh dibanggakan!

Sekitar tahun 98-99, dua kali saya ke UK Educational Exhibition dengan membawa transkrip part 4 & 5 di tangan. Saya mendaftarkan diri memasuki Universiti di sana dengan harapan saya tidak perlu menghabiskan pengajian di Malaysia. Fast track. Dan saya berjaya. Cuma sayang sekali saya terkekang dengan masalah kewangan. Setiap kali saya memperkenalkan diri sebagai seorang pelajar UiTM (masa itu ITM), kebanyakan pensyarah yang turut serta amat mengenali brand ini. Begitulah hebatnya pandangan mereka terhadap UiTM.

Saya bukanlah orang yang anti demo. Malah saya mengiktiraf demo sebagai luahan perasaan orang negara maju. Namun selepas kejadian demo semalam, hati menjadi sedikit gusar kerana lepasan UiTM kini dianggap seperti racist dan graduannya tidak memikir panjang tentang masa depan. Dan saya harap sangat mereka ini berdemo untuk tegakkan Islam di bumi Tuhan Yang Menciptakan Alam ini!

Diambil dari Pinkturtle

Some people are just not that clever sometimes. Sedarkah bahawa mereka sedang melondehkan kecetekan ilmu masing²? Tidakkah mereka sedar bahawa UiTM itu mempunyai Akta UiTM 2000? Begitu mudahkah MB Selangor, seorang yang bukan di dalam kerajaan persekutan, untuk mengubah akta tersebut? Tidakkah mereka sedar juga bahawa rata² bakal majikan mereka, jika tidak pemilik mungkin di peringkat pengurus, adalah berbangsa asing? Ini bakal melebarkan jurang dan sikap prejudis bangsa asing terhadap bangsa Melayu Islam itu sendiri. Wei.. my juniors! Wake up lah! Jangan terperangkap dengan politik perkauman sedangkan yang sebenarnya perlu diberikan perhatian adalah isu pendidikan. Buat malu je bila kita bertindak irrational.

Al-Hujraat [49:13] : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


Benar... rezeki datangnya dari Allah swt tapi hanya setelah berusaha, hidayah juga datang dari Allah swt tapi hanya juga setelah berusaha. Sebelum kita menyerah, kita perlu terlebih dahulu berusaha. Dan benar juga Rasulullah saw pernah bersabda bahawa:

أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ

Maksudnya: "Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalan melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang ditinggalkannya atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang mendoakannnya".
(Hadis riwayat Muslim)


Jika kita mahukan dunia, kita mestilah berilmu dan jika kita mahukan akhirat juga kita mesti berilmu. My point is before you act and talk, you must think first!

Salah satu ilmunya adalah ilmu yang berkaitan dengan undang² seperti tertera di bawah:

Perkara 153 menyentuh mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Tanggungjawab memelihara keistimewaan kumpulan bumiputera itu terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Sehubungan itu, dasar UiTM sejak penubuhannya hampir 46 tahun lalu iaitu eksklusif kepada pelajar Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja dikekalkan semasa Akta UiTM diluluskan oleh Parlimen dua tahun lalu.


Bravo to Koh Tsu Koon.. he said that the UiTM has already opened up the door to 'bangsa asing'. But the 'bangsa asing' don't feel comfortable to study with 90% Bumi students! Do you smell something guys?

9 comments:

Anonymous said...

well said sue. err, dah cool down ke ni? he he he

KC

Jie on August 14, 2008 at 12:08 PM said...

ada Bumi berani masuk Star Kolej?

takut bersaing?

eemm... susah betul kalau isu pendidikan di politik kan mcm tu sekali...org berilmu kena duduk berbincang..dengar detailnya...kalau berdemo mcm tu...

apa tarafnya...eeemmm ....saya makcik kantin pun boleh fikir

Sue.Aleen on August 14, 2008 at 2:11 PM said...

>>> kak kc:
masih belum reda panasnya ni sebab saya dok asyik pk pasal these bunch of guys, orang lain yang kena tempias. cuba bayang graduan UiTM pi mintak keje lepas ni. silap hb akan ditanya - ari tu pi demo tak? CV entah² masuk bakul sampah. mana tau saya plak nak pi cari keje. dah dapat pandangan yang skeptikal dari bakal majikan.





>>> kak jie:
reputasi UiTM dah terjejas sebab demo ni. jika tak demo, dok bincang lagi baik... lepas ni nak anta anak masuk UiTM pun mak pak akan pikiaq 2-3 kali. dan mungkin berpuluh-puluh kali. jom pi tanya VC tu anak dia ada dak study kat UiTM?

Anonymous said...

suealeen,
Your following statement got the whole thing into the right perspective:

>>Sedangkan saya rasa sudah banyak kali isu UiTM ini dibincangkan di peringkat kerajaan. Tapi apabila seorang yang bukan kerajaan berbicara, maka isu ini dimainkan dengan begitu baik sekali.

Anonymous said...

teringat lak kate2 org umno mase demonstrasi bersih dulu....

"demonstrasi jalanan ni bukan budaya kita......."

nmpk gayanya, student2 uitm ni x dgr ckp pak lah ni.

btw dieorg ade permit x nih? baik dieorg duduk dalam dewan kuliah, berforum atau berdebat psl hal ni, bukan ke akan nmpk lebih formal, lebih berpelajaran dan open minded. Dunia dah terbuka, globalisasi. Saya pon x setuju sangat supaya uitm dibuka, tp cara nak membangkang tu mestila kena.

Utusan lak siap buat front page lagi pasal demonstarsi ni ek, dulu demonstrasi bersih kemain burukkan lagi. Lagi lah nampak bias nya, saya expect paper akan kutuk benda ni, bukannya menyokong. Ini bukan budaya kita ( kata paklah ).
kpd tuan punya blog, nice post.

Sue.Aleen on August 15, 2008 at 11:51 AM said...

>>> klaw:
tq for dropping by.

yeah.. it's true! if you're a part of them, you are correct. but if you're outside, they'll 'teach' you with the mass reporting in MSM. twisted. just imagine that the statement from the MB wasn't reported and broadcasted? no one will put their feet on the street.





>>> anon:
terima kasih sebab singgah. apa pun dalam hal ni sebagai pelajar yang 'educated', mereka perlu banyak berfikir mengenai impak perlakuan mereka. jika tidak pada diri mereka, mungkin kena ingat graduan lain yang tidak terlibat.

sebenarnya masa zaman saya belajar dulu (zaman reformasi) pun dah ada bangsa asing/international students. contohnya uzbekistan & indonesia. mungkin junior saya ni tak peka atau buat² buta dan pekak! ilmu masih kurang, sepatutnya jangan ponteng kelas & kuliah. bila prioriti menyimpang inilah yang terjadi.

in motion on August 19, 2008 at 7:12 PM said...

skrg nie sy malu nak mengaku student uitm..xtaulah nnti dah grad mcm mana nak mtk kerja
sedih betul

farida tarmize on August 19, 2008 at 9:42 PM said...

ouh..ntahlah..xpaham pe yg berlaku..makin bce surat khabar makin klakar.
luckily i'm a culinary arts student.
practical not only with non-malays,but also with other chef from outside

but thanks to uitm
kalo nk blaja hotel kt lua
xmampu kot

Sue.Aleen on August 20, 2008 at 10:38 AM said...

thanks for dropping by guys & girls!

>>> eatmyshort aka amie:
akak bukan sedih tapi bengang betul dengan mereka tu. they won't understand until they put their feet in the job markets.





>>> freeda:
this thing has been brought up in the front page of Malay medium MSM. pity! they just didn't think of the consequences to the institution's reputation & students' future.

sepanjang saya bekerja, hanya seorang majikan Melayu, yang lain semua bangsa asing specifically Chinese. saya bangga membawa jenama UiTM sebelum ini. i mingled around with consultants and contractors who are not Malays and some of them still keep calling & sms-ing me till today!

who will gonna pay for this damage? us!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez