Buku terbitan SIS berjudul Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism karya Norani Othman, seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Bangi telah diharamkan oleh KDN. Rujuk sini.
Petikan blog JIL FITYAN:
Di Malaysia, Sisters-In-Islam diketuai oleh barisan kepimpinan yang melibatkan anak-anak Perdana Menteri. Anak Mahathir iaitu Marina Mahathir dan Pak Lah merupakan ketua-ketua Sisters-in-Islam di Malaysia. Pak Lah sendiri pernah membuat kenyataan media yang menyatakan bahawa secara peribadi, beliau berpendapat tidak salah murtad. Ini menjadi berita-berita luar negara bagi suratkhabar-suratkhabar di seluruh dunia ketika itu tetapi tidak disiarkan oleh media massa perdana di Malaysia.
Tun Mahathir juga pernah membuat kenyataan bahawa murtad sepatutnya dibenarkan kerana tiada paksaan dalam beragama. Bekas Presiden UIA, Sanusi Junid sewaktu ditanya tentang isu murtad di dalam sebuah seminar di UIA, pernah membuat kenyataan bahawa sekiranya murtad dihukum, nanti akan wujud pusat penyembelihan orang-orang murtad. Sanusi Junid menyatakan bahawa masalah akan timbul apabila orang-orang bukan Islam juga mahu membuat pusat penyembelihan mereka untuk orang-orang yang mahu keluar dari agama mereka dan masuk Islam. Penulis sendiri hadir dalam seminar tersebut. Ini menunjukkan penentangan kuat UMNO terhadap sebarang tindakan atau hukuman ke atas orang murtad.
Saya berhak untuk tidak menyokong mana² terbitan SIS atas pendirian mereka terhadap isu murtad Lina Joy (yakni membenarkan), atas tindakan Amina Wadud yang pernah mencetus kontroversi apabila menjadi Imam wanita pertama yang mengimami solat berjemaah yang disertai oleh lelaki dan perempuan dan juga perkara² lain. Atas perkara² tersebut saya berhak merasa sangsi kerana secara amnya, saya dapat menangkap intipati buku terbitan mereka tersebut. Saya berhak untuk tidak menyokong terbitan golongan yang bersikap liberal, bebas dan memperjuangkan kesamarataan antara lelaki dan wanita serta yang menempelak golongan ulama’ pewaris Rasulullah saw. Selawat dan salam ke atas Baginda di hari Jumaat yang mulia ini. Saya berhak untuk bersikap menjauhkan yang lara dari golongan yang keliru dan mengelirukan.
Buku-buku bukan terbitan SIS lain yang diharamkan sebelum ini termasuk:
Tajuk buku serta penerbitan dalam bahasa Inggeris yang diharamkan ialah:
1. Unveiled At Last: Bob Sjogren (YWAM Publishing, US);
2. The Last of the Giants: George Otis Jr (Fleming H.Revell, US);
3. Inside the Community: Understanding Muslims Through Their Traditions: Phil Parshall (Baker Books, US);
4. Now You Can Know What Muslims Believe: (Ministries to Muslims, US);
5. Blind Following of Madhhabs: Shaykh Muhammad Sultaan (Al-Hidaayah Publishing, UK);
6. My Journey from the Christianity of Ahlul Sunnah Wal Jamaah to the Islam of the Prophet: Saim Bakar;
7. Answering Islam The Crescent in Light of the Cross: Norman L Geisler, Abdul Saleeb (Baker Books, US);
8. Islam in Context Past, Present and Future: Peter G. Riddell, Peter Cotterell (Baker Academic, US);
9. Feminism and Islamic Fundamentalism, The Limit of Postmodern Analysis: Haideh Moghissi (Zed Books Ltd,UK);
10. Islam At the Crossroads Understanding Its Beliefs, History and Conflicts: Paul Marshall, Roberta Green, Lela Gilbert (Baker Books, US);
11. Glad News! God Loves You My Muslims Friend: Samy Tanagho (Authentic Media, US);
12. The Fifth Pillar A Spiritual pilgrimage: David Zeidan (Piquant, Great Britian);
13. Heart of the Koran oleh Lex Hixton (The Theosophical Publishing House, US);
14. The Life and Times of Muhammad: Sir John Glubb (Madison Books, US);
15. Inside Islam The Faith, The People And The Conflicts of the World’s Fastest Growing Religion, (Marlowe & Company, US);
16. Jesus and Muhammad Profound Differences and Suprising Similarities: Mark A. Gabriel (Charisma House, US);
17. Nine Parts of Desire The Hidden World of Islamic Women: Geraldine Brooks (Anchor Books, US);
18. Introducing Islam: The Basics: Kim Whiteheads (Mason Crest Publishers, Jordan);
19. Introducing Islam: Islam, Christianity, and Judaism: Dorothy Kavanaugh (Mason Crest, Jordan);
20. Murder in the Name of Allah: Hazrat Mirza, Tahir Ahmad (Lutterworth Press, Great Britain); dan,
21. The New Paths in Muslim Evangelism, Evangelical, Approaches to Contextualization (Baker Book House, US).
Buku terbitan tempatan yang diharamkan ialah;
1. Ringkasan Mafatih Al-Jinan Kunci Pembuka Syurga: Syeikh At-Tuisy (Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur);
2. Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat: Ustaz Rasul bin Dahri (Perniagaan Jaha Bersaudara, Johor); dan,
3. Apa itu Ahmadiyah?: Mirza Bashiruddin, Mahmud Ahmad (Jemaat Islam Ahmadiah, Batu Caves).
Buku yang diterbitkan di Indonesia pula ialah:
1. Petunjuk Membuat Azimat dan Benda Bertuah: Abd. Hamid Zahwan (C.V. Aneka, Solo),
2. Islam Tanpa Syariat Menggali Universalitas Tradisi: Ziauddin Sardar (Penerbit Grafindo);
3. Ombak Hidup Mengalami Damai di Mata Taufan (Yayasan Isahi Nusantara, Jakarta),
4. The Passion of Christ Kesengsaraan Al-Masihi; Mujarobat Ilmu Kekebalan: Ahmad Toha, Abdul Ghoni (CV Bintang);
5. Menyoal Relevensi Sunnah Dalam Islam Modern: Daniel W. Brown, Jaziar Radianti (Penerbitan Mizan, Bandung);
6. Rahsia Manusia Menyingkap Ruh Ilahi: Syekh Nur ad-Din ar-Raniri (Pustaka Sufi, Yogyakarta);
7. Ikhtisar Tajul Muluk (Mahkota Raja): Abd.Hamid Zahwan (CV Aneka, Solo);
8. Pilihan Do’a Jaljalut Mengantisipasi Gejolak Zaman Modern: Muh. Rofi’.SI (CV Aneka, Solo);
9. Pengantar Psikologi Al-Quran Dimensi Keilmuan di Balik Mushaf Utsmani: Dr Lukman Saksonro (PT Grafikatama Jaya);
10. One True God Risiko Sejarah Bertuhan Satu: Rodney Stark, Sadat Ismail (Penerbit Qalam,Yogyakarta);
11. Dalam Qur’an: Dr Mir Valiudin (Pustaka Firdaus, Jakarta); dan,
12. Al-Adyan Dialog Pluralisme Agama: Fathimah Usman (LKiS Yogyakarta).
Banyak lagi buku yang diharamkan. Jangan kata dah baca semua ni, pastu nak melangkah baca buku baru pulak.
Jika kuat iman, tidak salahnya untuk membaca terbitan tersebut. Saya akui iman saya tak kuat. Saya pun tak kata salah kalo pi baca. Bacalah apa sahaja. Saya juga sokong kata² DSAI sebelum ini yang pernah mengatakan pengharaman sesuatu bahan bacaan akan menyebabkan masyarakat menjadi jumud dan bebal. Apakah dengan menolak satu buku terbitan SIS akan membuatkan saya jadi bebal dan jumud sedangkan beribu malah berjuta lagi bahan bacaan di luar sana yang saya boleh pilih dan baca. Itu pun tak habis. Satu yang tidak menjadi kudis!
Tersebut pasal kes Lina Joy, mengingatkan saya pada Saudara Zulkifli Nordin yang ditempelak hebat atas kehadiran beliau semasa forum yang diadakan oleh Bar Council baru² ini yang langsung tidak memanggil pakar dalam undang² Islam dan ulama’ Islam itu sendiri untuk berbincang. Pertama kali saya diperdengarkan dengan suara beliau adalah semasa saya belajar di ITM sekitar tahun 1997.
Bagi yang lupa, pada 22 Julai 2006, lebih kurang 100 orang bukan Islam telah berkumpul di Johor Bahru bagi membincangkan berkenaan dengan agama Islam tanpa menjemput orang yang ahli dalam agama Islam itu sendiri. Tindakan beliau, saya rasakan berkaitan dengan perkara itu kerana ada dalam ceramah² beliau seringkali ditekankan dengan perkara yang serupa.
Kata beliau dalam salah satu siri ceramahnya pada pagi 22 Julai 2006 tersebut, puak² NGO ni berkumpul di Johor. Agenda mereka adalah untuk menghentam Islam. NGO ini walaupun sedikit, tapi 'kabel besar'. Kabelnya adalah melalui SIS. SIS ini katanya walaupun dikenali sebagai NGO tetapi mereka sebenarnya adalah syarikat dengan 18 ahli lembaga pengarah. Boss SIS ini ialah Zainah Anwar - siapa yang tak kenal
Born in the state of Johor, Zainah's father is Tan Sri Anwar Malik, who was credited as the man who gave the United Malays National Organisation or UMNO its name – initially United Malays Organisation. This was at a meeting in Batu Pahat when seven Umno founders from Johor Baru met Datuk Onn Jaafar to call for a unification of all the disparate Malay nationalist groups at the time. He later became Onn’s private secretary when Onn became Johor’s Mentri Besar.
Her elder sister is Datuk Zarinah Anwar, the chairman of the Malaysian Securities Commission.Her younger brother is Ahmad Zakii Anwar, a well-known Malaysian artist.
"Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak bisa melakukannya dengan tangannya, hendaklah ia mengubahnya dengan lisannya. Jika tidak bisa melakukannya dengan lisannya, hendaklah ia melakukan dengan hatinya. Itulah iman yang paling lemah." (Diriwayatkan Muslim).
Lihatlah betapa dekatnya hubungan antara isu buku SIS yang haram, Bar Council dengan Saudara Zulkifli Nordin. Masalah pokoknya bukan politik akan tetapi ia melibatkan akidah umat Islam.


2 comments:
Huduh kalau tua pun tak pakai tudung lagi...nampak sgt degilnya dia dgn apa yg Allah tetapkan. Perkara mudah cam tu pun tak leh buat..org perempuan yg beriman wajib tutup aurat sbgai tanda keimanan mrk dan mudah dikenali (wanita muslim)
apa maknanya hidup kalau menyesatkan/mengelirukan org dr Islam? mati sbgai apa tu???
>>> kak bib:
sebenarnya Allah swt bagi minda untuk orang yang nak berfikir je. bila tak berfikir sama je macam haiwan.
kadang sedih tengok orang pompuan Muslim ni. ada yang tak pakai tudung, yang pakai tudung nampak leher, nampak lengan, nampak jambul. apa yang susah kalo tutup penuh. panas ke? orang yang bagi alasan 'belum sampai seru' tu memanglah tak kaji Islam dalam². moga Allah swt titipkan rasa keinsafan itu dalam hati mereka, insyaAllah.
yang teruk - orang pakai tudung, perangai masih jahiliyyah. dan yang lebih teruk - tak pakai tudung + perangai masih jahiliyyah, nauzubillah!
Post a Comment