Setiap malam Rabu, saya dan suami mesti tercegat di depan TV, membuka saluran 8TV pukul 9.30. Tidak lain tidak bukan, kami rasa teruja untuk menonton aksi bersahaja Qushairi Mohammed Razali dalam Destinasi Bajet. Kami memang peminat setia rancangan ini sementelahan kami suka jalan² aka menjelajah secara spontan. Tentang tempat menginap, kami tak kisah janji ia berada dalam bajet kami. Destinasi bajet semalam adalah Taman Negara. Satu lokasi yang sudah lama menjadi idaman kalbu!
Bagi yang tidak tahu siapa Qushairi aka Chi, berikut merupakan petikan dari 8TV Destinasi Bajet new season TV travel series:
Bagi yang tidak tahu siapa Qushairi aka Chi, berikut merupakan petikan dari 8TV Destinasi Bajet new season TV travel series:
Qushairi Mohammed Razali, 29, or fondly known as Chi, has shaved off his beard and spots a clean look. Some of you will remember Chi as the drummer for award winning OAG Band which won The Best New Artist category in Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996. In 16th June 1997, OAG had the honour of rocking the 9th FIFA/Coca Cola Cup World Youth Championship with the theme song that was aired over 25 participating countries.
Destinasi jalan² kami seterusnya:
1. Yang terdekat adalah A Famosa Melaka. WHB Family Day merangkap 5 tahun usia perkahwinan. Dulu masa kami lepas kahwin pun WHB seolah-olah 'merai' perkahwinan kami dengan Family Day. Dapat bilik yang best mengadap Laut China Selatan.
2. Kelantan.
3. Langkawi.
4. Tempat² lain yang tak terjangkau dek perancangan. Selalunya jadi tak dirancang dan spontan.
Tahun lepas saja bermula dari bulan Julai, SETIAP HUJUNG MINGGU, kami ke destinasi seperti Pulai Springs Resort, Janda Baik, Fraser's Hill (2 kali), Cameron Highlands, Lata Kinjang, dll. Hatta ke mana saja kereta nak bawak, kami pergi. Ke Johor saja 3 kali agaknya. Dalam tahun 2005, kami ke Terengganu sebanyak 3 kali. Harapnya tahun ini juga ada tempat² yang kami akan lawat. Yang spontan dan surprise gitu!


2 comments:
Sue, kalo ko nak pi Taman Negara, ko lepak la kat Felda Resort kat Sg. Tekam. Bess siot, dia buat rumah style kampong. Pastu depan belakang rumah ada pokok buah, petik je kalau dah masak.
:)
>>> asr:
si chi ni pi bermalam kat resort mana tah kat situ. rm50 je semalam. resort sg tekam tu sebijik pula aku rasa masa aku pi janda baik ari tu... insyaAllah aku pertimbangkan.
Post a Comment