Ini 'hutang' saya pada Mommy Adam (Adam jugak!). Amat berguna kepada para ibu yang mempunyai anak kecil. Jika ada majalah Pa&Ma, keluaran Julai 2008, silalah rujuk di muka surat 39-40:
Bayi terutamanya yang baru sahaja memiliki gigi pertama cenderung untuk menggigit puting ibunya ketika menyusu. Hal sedemikian dilakukannya bagi mengurangkan rasa gatal di bahagian gusi. Najihah mahupun ibu-ibu lain yang berhadapan dengan masalah yang sama, jangan khuatir. Bercerai susu bukanlah jalan penyelesaiannya. Janganlah kerana masalah yang kecil, anda tergamak mahu memutuskan bekalan zat makanan yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak si manja.
Alihkan bayi daripada payu dara secara perlahan-lahan sambil berkata, "Jangalah gigit mama sayang" atau "Ibu sakitlah". Walau pun ketika itu anda mungkin naik angin, pastikan anda menuturkannya dengan lemah lembut. Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum menyusukannya semula. Dengan cara sebegini, ia dapat mengajar bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak dapat menyusu. Lekapkan muka bayi ke arah payu dara. Ini merupakan salah satu lagi cara yang boleh anda aplikasikan. Kaedah sebegini secara automatik akan menyesakkan pernafasannya. Secara tidak langsung, dia akan membuka mulut bagi membolehkannya bernafas. Kika anda kerap melakukan langkah ini, lama-kelamaan bayi akan faham jika dia menggigit dia akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Secara tidak sedar dia dengan sendirinya akan mengelakkan diri daripada terus menggigit puting anda. Ulangi langkah pertama atau kedua sekerap mungkin bagi membolehkan bayi faham dengan mesej yang ingin anda tegaskan. Jika dia berterusan menangis kerana tidak dapat menyusu, masukkan jari kelengkeng anda bagi membolehkannya menghisap jari anda sebelum menyusukannya sekali lagi. Dalam pada itu, pastikan jari anda benar-benar bersih! Seharusnya, di awal sesi penyusuannya anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada gigitan bayi. Ini dapat dilakukan dengan mengenal pasti penyebab bayi anda menggigit. Adakah ia berlaku kerana dia kecewa kerana tidak memperoleh susu yang diingininya. Jika itu penyebabnya, anda sepatutnya merangsang aliran susu dengan mengurut payu dara sebelum menyusukan bayi. Selain itu, anda juga boleh menekap tuala kecil yang telah direndam di dalam air suam untuk beberapa minit. Di akhir penyusuan, sekali lagi anda dapat mengelak diri daripada digigit dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila sudah mengantuk kerana kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Jadi, anda perlu peka dan menghentikan penyusuan lebih awal daripada kebiasaannya. Namun, pastikan dia sudah benar-benar kenyang! Pelajari cara dan gaya bayi menghisap. Jika dia masih kecil, fahamilah bahawa dia masih dalam proses pembelajaran untuk menyusu dengan betul. Sebetulnya, anda sendiri perlu memberikan keselesaan kepadanya ketika menyusu. Betulkan posisi ketika menyusu jika bayi anda kelihatan tidak selesa sehingga boleh menjurusnya menggigit puting anda. Periksa dan teliti corak pernafasannya. Jika bayi anda selsema atau hidungnya tersumbat, keadaan ini memberi kesan kepada cara dia menghisap dan boleh menyebabkan dia menggigit tanpa disedari. Berikan bayi sesuatu yang boleh digigitnya, sebelum dan di antara waktu menyusu. Gunakan teether, mainan beku mahupun tuala kecil yang telah dibekukan. Kesemuanya sangat bagus untuk digunakan sebagai alternatif mengelakkan diri anda daripada terus digigit bayi. Alat-alat ini dapat memenuhi keperluannya yang ingin mengunyah sesuatu bagi menghilangkan kegatalan gusinya.
Saya juga mempunyai pengalaman sendiri berkaitan dengan perkara ini sementelahan anak saya sendiri 3 orang (masing² tumbuh gigi seawal usia 5 bulan!). Dan ia juga ada yang bersangkutan dengan point² di atas sebab ia boleh digunapakai. Namun saya lebih suka membiarkan pembaca alami sendiri proses 'parenting' itu. Catatan di sini adalah sebagai satu guidelines. Saya juga tidak suka memaksa pembaca supaya 'ikut cara saya'.
Sesungguhnya proses parenting itu satu proses yang cukup menyeronokkan! Dalam proses ini, tiada guru yang terbaik selain daripada berdasarkan pengalaman sendiri!

6 comments:
kak sue,
Thank you!!!hehe...alhamdulillah sakit saya kene gigit haritu dah berkurangan..tapi masih ada lagi sikit2 and masih boleh praktis tips2 ni...
apa pulak tips akak berdasarkan pengalaman tu?share la...hehe...demand pulak...
saya pun ade few tips yg saya "buat sendiri".maklumlah dah sakit mcm2 idea lah kluar nak selamatkan diri...hehe..nanti saya blog juga about it..
A'aha.... cakap dengan dia...tarik perlahan² dan buat suara seolah2 sakit..dia akan faham nada suara kita yang berbeza..
Jangan biasakan dia bermain2 dgn gusi ( sewaktu belum tumbuh gigi ) pada puting susu sedari awal..
salam,
panduan berguna buat ibu-ibu ... wanmommy dah pencen ...hehehe .. kiss buat si comel .
Sue...mana hilang?
Sue.. naper senyap jer? everything ok? mudah2an yer..
Selamat berposa yer..
to all:
saya ok.. cuma terpaku dengan spongebob.. bila bukak pc je itu yang saya main dulu... hehehe... thanks for concerning about me.
to mommy adam:
tak de la xp apa sangat cuma bila deme geget akak dekatkan hidung deme kat payudara, geget lagi, buat lagi. lelama deme paham sendiri. tak de la xp yang hebat², berdarah ke apa... Allah swt banyak tolong mempermudahkan alhamdulillah...
Post a Comment