Sunday, September 7, 2008

Tak bernafsu...


Sungguh lama saya tak hapdet blog ini. Takde la pergi mana pun, Permatang Pauh pun idak. Baca mengenainya pun idak, saya cuma dapat berita fresh dari PP sendiri. Bila saya yang suka main games ni bukak PC je asyik terpandang di desktop. Langsung tak bernafsu nak hapdet blog. Very addictive! Saya yang suka main games ni kena la lepas ni pada mende alah tu kalau saya yang suka main games ni online. Kalo tidak harus saya yang suka main games ni tak hapdet blog ni! Nak download? Pi sini. Bio la kita sesama addicted men Spongebob.. hehehe... dengki!

I'll let the photos tell you the story of last weekend (30-31/08/2008. Anyway, 30th was our 5th anniversary in Masihi calendar). First venue - Animal Safari:



Second venue - D'Savoy Condotel Studio:

Architect in the making! Believe me, he can use both hands to write!


Welcome gifts - shirts and towel

Third venue - Cowboy's Town:

We're having a buffet dinner in one of the halls. No photos except at the entrance. The theme was "Cowboy", so semo jadi koboilah! The sweetest were my hubby's singing team brought back the 1st price of RM1,500.00 although the mic was on-and-off and we also got 3 things for lucky draw - glasswares (I brought 1 back to kg to use it on raya!), photo frame. Grand lucky draw? 42" plasma TV, motorbike.. tak dapek.. hampehz.. Boleh plak manager yang dapek.. cet!

Anyway, hubby's group name was "Wangs" (perasannnn macam Wings lah konon! No.. no.. no! It's because they're finance people!). Jangan tak caya.. hubbyku sungguh suka menyanyi dan selalu jadi lead vocal! Sungguhpun mic bermasalah dan tak rehearse langsung, kemenangan tu adalah rezeki hujung bulan kami! Kata colleague dia yang dok semeja, masa pertandingan nasyid co (diadili oleh Hijaz) pun mic/lagu off. So, yang dengar hanya suaranya. Menang tempat pertama jugak. Dulu WHB ada team koir. Coach dia cikgu Hajar AF tu la. Cikgu Hajar ni ada 2 anak istimewa. Dua² anak dia tu bisu! Pernah berjumpa sekali di family day WHB. Kuantan/Kijal tak ingat...

Later, the program was ended around 10 pm (started as early as 5.30pm). Pi tengok karnival yang bercampur baur antara binatang, lelaki dan perempuan, kanak² dan dewasa.


Sian kat gajah² ni dari siang sampai malam manusia mempergunakannya untuk nafsu manusia itu sendiri

Tak tahan sey... bingit telinga! At last we decided to rest and go back to our studio. Fortunately, Syafiah was very sporting.. with most of the time, she was sleeping (sampai kena usap² kepala dia untuk pastikan dia sedar!).

On the way out, dummmm... there was the 1st shot of fireworks. Tapi of course takleh lawan Beijinglah!! Nanti saya cerita pasal mercun ye...:

In CT itself


From the balcony of the studio

Photos of 2nd day - telematch at Water world:



'Sahabat' bawak le anak² pi join telematch kanak². Tu pun satu acara je. Acara kumpul gula² terbanyak. Nak tahu berapa Adam pi kutip? 3 bijik je - satu untuk dia, satu untuk Mastura & satu lagi untuk si ibu. Hahaha... Bila disuruh ambil lagi dia menolak. So far, anak² saya tak suka makan gula², kalo ter'ada' pun, buka, hisap dan buang.

Antara Adam & Mastura, Adam lebih bersikap 'peneroka' dan terbuka, sedangkan Mastura lebih sebagai 'pelindung', tidak mengambil bahagian dan hanya gemar memerhati. Jika dirasakan 'selamat', barulah dia lebih berani. Kami balik lepas anak² berenang, tu pun ikut jalan dalam dan hampir² kemalangan kerana 'sahabat' terlalu penat sehingga termakan jalan sebelah. Saya juga hampir terlelap. Cuma kuasa Allah swt tu menggerakkan mata saya agar terbuka dan mengejutkan sahabat. Alhamdulillah tiada kenderaan dari laluan bertentangan.

Hari ini dan semalam pula, kami balik ke kampung di Perak untuk bersama keluarga bersahur, berpuasa, berbuka bersama. Itu pun setelah idea spontan tercetus di fikiran pada hari Jumaat sebelum berbuka puasa! Alhamdulillah dapat 'sahabat' yang sporting.. Kami bertolak pukul 11 malam, sampai sebelum sahur. Sempat jugaklah temankan adik belikan baju raya dia dan suami. Hujan di PB toksah nak cakaplah betapa lebatnya. Sehari semalam. Saya rasa seluruh Semenanjung pun hujan sebegitu pada hari Sabtu.

Oh.. tak sabar nak balik lagi. Kali ni beraya di Perak dulu sebelum bergerak balik ke Selangor pada hari raya ke-2. Saya dah ushar kamera & new brand hp kat PB. InsyaAllah akan dibeli di sana. Walau pun branded tapi harganya murah (apa yang mahal di utara pun tak tau la). Kami juga bercadang untuk membuat sedikit kenduri pada hari raya ke-2 tersebut, jadi sekiranya ada yang akan balik ke sana, jemput²lah singgah di rumah ye... nanti saya upkan dia punya jemputan.. insyaAllah...

7 comments:

Anonymous said...

ingatkan pi mana la adik sorang nih...do main manopoly rupanya...selamat berpuasa sue

Anonymous said...

ohh, rupa2nyer selama hang takde ni hang gi jenjalan yek? main monopoly online? ni yg sama mcm monopoly pakai duit kertas tu ke?

KC

Anonymous said...

welkam back!

Anonymous said...

ya rabbi hamba allah sowang ni.

aku tukar browser flock, lepas tu main key in aja adress blog sue. suealeen_dot_blogspot_com. Lepas tu aku meroyan sesorang kat situ. Aku ingat suealeen dah delete blog ke hapa.

sila gelak.

ni aku balik guna firefox, ada simpan address blog suealeen. haihhh

mastura tu rambutnya pendek ye, nyaris ingatkan itu adam (tapi adam straight hair kan?) Si kecil sudah bertambah baik keadaannya? Nampak normal saja. alhamdulillah

the principal on September 9, 2008 at 10:20 AM said...

The last time I played monopoly - 26 years ago. Am I too old?

Anyway, miss your ramblings too. Welcome back

Anonymous said...

hello...balik le lagi tak puas jumpa sat sgt...tu pun seb baik aku balik mlm tu...

yg best cam plan2 je ko bawa nasi minyak aku bawa balik ayam masak merah...grand juga sahur kita pagi tu...

ok set raya kedua kita masak sama2...masing2 masak sorang 2 jenis dah berapa jadinya??? best2

Sue.Aleen on September 9, 2008 at 1:40 PM said...

to Kak Iza:
selamat berpuasa, moga berkat & diterima puasa kita tahun ni, insyaAllah...


to Kak KC:
menghilang, gi jenjalan macam dolu². ingat tak tahun lepas?


to Jingga Studies:
toche.. toche... sori tak dak notis!


to Intan:
blog tu awai sehari dari blog ni. bila logged in soknya takleh. so aku created baru.

semo rambut pendek. aku yang potong. rambut mastura beralun sket, adam straight, syafiah beralun balik.

syafiah punya check up next week. nanti aku update. so far alhamdulillah ok. cuma sekarang ni selsema lepas balik dari kg ari tu. aku doa la dia sihat cepat je... dah la 'fragile'.


to The Principal aka Kak Emy:
amboiii! singgah tak menyapa pun sebelum ni...


to Kak Bib:
tak sempat nak borak² banyak pun kan. bukak posa tu lagi grand. yong pun balik. ada roti jala, ayam masak paprik, kari ikan, ikan tilapia bakaq cicah ayaq asam, ikan keli sambal tumis, ikan rebus, rambutan.. aihhh macam² lagilah!

menu raya ke-2 tu mungkin sup dan associates. nasi putih. sebarang sumbangan lain dialu²kan. kami insyaAllah balik hari sabtu... jom balik awai²!! lagi pun kena kemas rumah dan mungkin ada orang nak support beli cat.... see ya there!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez