Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Monday, October 13, 2008

Selamat Hari Lahir, Sahabat


Bukan sahabat di rumah la... seorang sahabat karib dari sekolah menengah - KHAIROL WAHIDAH BINTI ABDUL HALIM. Ya... dia seorang perempuan walau pun awalan namanya seperti lelaki. Jika tidak silap, adik-beradiknya yang lain juga begitu.

Saya begitu mengingati dan menyayangi sahabat ini. Seperti jelmaan diri sendiri. Rupa juga lebih kurang sama dengan saya. Kini dia seorang guru BI di sebuah sekolah di Lenggong. Belajar TESL di MPIK, setahun di London.

Moga dipanjangkan usia dalam keberkatan & dilimpahkan rezeki yang halal, insyaAllah. Tak boleh tanya soalan cepubesi, sensitif!! (Tak tanya dah tahu dah jawapannya. Dia sendiri minta alamat.. jadi faham² je la)




Dan Selamat Hari Lahir untuk blogger Aboo owh.. blog add terpaksa dirahsiakan... sempena bulan baik ni tak nak buat makan² ke? Kihkihkih...

Saturday, July 19, 2008

Mengimbas Kenangan Itu....



Terimbas kenangan itu...


Semalam suami bercerita tentang salah seorang rakan sepejabat bernama Suhaimi. Dia dan isterinya - Salwa (bukan adik aku) baru menerima cahaya mata kedua 3 minggu yang lalu. Mereka berbicara di dalam telefon. Suhaimi berada di luar. Mungkin di hospital. Sedih bunyinya kata suami.

Mereka diuji seperti kami! Cuma yang bezanya kami menyimpan perasaan roller coaster tu lama sebelum diketahui rakan sepejabatnya, malah dengan keluarga kami sendiri. Ceritanya ketika 16 hari, si bayi demam panas. Entah apa terjadi, bunyinya seperti salur darah tidak tertutup dengan sempurna mengakibatkan ianya pecah dan memenuhi paru-paru. Menurut doktor, ketika bayi dalam kandungan ada satu salur darah (see Foramen Ovale. I dunno whether I get this correctly but this is the closest) yang amat diperlukan di dalam paru-paru tetapi akan menjadi masalah bila bayi lahir saluran ini tidak tertutup dengan baik. Maksudnya, jika di dalam dia perlu, jika di luar salur darah tadi menjadi tidak perlu. Malah membahayakan nyawa si anak jika ia tidak tertutup dalam tempoh 3 bulan, malah kurang dari tarikh kelahiran.

During development of the fetus, the interatrial septum develops to eventually separate the left and right atria. The foramen ovale (pronounced /fɒˈreɪmən oʊˈvɑːli/) remains open during fetal development to allow blood from the venous system to bypass the lungs directly and enter the circulatory system. This is so, as prior to birth, the oxygenation of the blood is provided via the mother's placenta as the lungs of the fetus are not breathing air. A layer of tissue begins to cover the foramen ovale during fetal development, in which typically, after birth, the pressure in the pulmonary circulatory system drops, thus causing the foramen ovale to close entirely. In approximately 25% of adults, the foramen ovale does not entirely seal. In this case, elevation of pressure in the pulmonary circulatory system (ie: pulmonary hypertension due to various causes, or transiently during a cough) can cause the foramen ovale to remain open. This is known as a patent foramen ovale (PFO).


More info, click here...


Most teens who have ASDs seem healthy and have no symptoms. Usually, a teen with an ASD grows normally and feels well. Most don't need to take any medications. Rarely, teens with an ASD may show the following signs:

fatigue and tiredness during activity
abnormal heartbeat
stroke (this is very rare)


More info, click here...



Bila paru-paru bayi telah dipenuhi darah, darah yang ada di dalam badan makin kurang serta mengakibat kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen amat merbahaya kerana ia akan melibatkan bahagian otak di mana boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak.

Ingat tak pada IVH (Intraventricular Hemorrhage)?

What are the different grades of intraventricular hemorrhage?

The amount of bleeding varies. IVH is often described in four grades:

Grade 1 - bleeding occurs just in a small area of the ventricles.
Grade 2 - bleeding also occurs inside the ventricles.
Grade 3 - ventricles are enlarged by the blood.
Grade 4 - bleeding into the brain tissues around the ventricles.

Grades 1 and 2 are most common, and often there are no further complications. Grades 3 and 4 are the most serious and may result in long-term brain injury to the baby. Hydrocephalus (too much cerebral spinal fluid in the brain) may develop after severe IVH.

What are the symptoms of intraventricular hemorrhage?

The following are the most common symptoms of intraventricular hemorrhage (IVH). However, each baby may experience symptoms differently. Symptoms may include:

- apnea and bradycardia (stopping breathing and low heart rate)
- pale or blue coloring (cyanosis)
- weak suck
- high-pitched cry
- seizures
- swelling or bulging of the fontanelles, the "soft spots" between the bones of the baby's head
- anemia (low blood count)

The symptoms of IVH may resemble other conditions or medical problems. Always consult your baby's physician for a diagnosis.

More info, click here...


Jadi, anak si Suhaimi tadi telah disyorkan untuk pembedahan VP shunt sama seperti Syafiah. Saya meneka mungkin IVHnya gred 3 atau pun 4. Pemeriksaan asas adalah menggunakan ultrasound dilakukan oleh pakar paed. Jika pakar mahu melihat secara detail keadaan dalamannya, pakar otak akan melakukan CT scan. Anaknya juga mungkin melepasi berat untuk pembedahan iaitu 2.5 kg ke atas.

Pengalaman saya ketika Syafiah berada 77 hari di NICU cukup untuk saya belajar menghargai kehidupan. Ada anak yang cukup bulan, paru-paru pula collapsed. Ada yang usus naik ke atas. Dan macam-macam lagi keributan-keributan lain yang terpaksa dihadapi oleh pakar dan pasukan jururawatnya. Kata mereka, hati sentiasa berdebar-debar. Tak kira dalam hal menjaga anak orang, mahu pun menjaga karenah ibu bapa bayi itu sendiri.

Bagaimana perasaan isterinya? Saya yang terlebih dahulu melalui terasa amat tersentuh hati. Saya tahu, isterinya pasti berendam air mata. Dalam pantang pula tu. Apatah lagi anak yang dilahirkan cukup sifat dan cukup bulan. Terasa seperti mahu menyentuh bahu dan memeluk dirinya... moga dia juga diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk mengharungi ujian ini, insyaAllah.

Bagi yang beranak kecil tu.. perhati-perhatikan istilah perubatan dan ambillah tahu mengenainya... supaya anda lebih aware dan tidak panik bila berdepan dengan segala kemungkinan yang kita sendiri tak tahu akan berlaku bila. Apa pun, hidup ini diatur olehNya.. kita sebagai hamba perlu menerima sekali pun kenyataan itu teramat pahit rasanya!

Monday, May 26, 2008

Birthday Chumi, Hooi Ling, Mama Ranggie & Aku Yang Celaru!


Hari ni birthday Hooi Ling plaksss... Kenal masa nak ke sekolah menengah. Kami naik bas Khar Chiang sama-sama. She's nice lady who now becoming a primary teacher! Dari dia la sebenarnya saya kenal Chiew Hwa, abang dia yang selalu berutus surat & suratnya pasti tiba dalam mailbox setiap hari Khamis. Dia sifu saya menulis angka dalam bahasa Cina! Kami terputus hubungan bila dia ambil keputusan untuk ke Temasek cari keja temporary. Bukan dia yang mungkir tulis surat yang sampai hari Khamis itu, tapi saya yang tak balas surat dia (surat saya mesti sampai pada dia hari Isnin!). Macam orang dolu-dolu kan... ye la.. dedolu mana femes net ni... Dah la in the first letter tu dia cerita bab kesusahan dia di kota Singa.. saya pulak tak balas...




Oh ye.. sebelum saya lupa dan terus lupa... 24hb lepas birthday somebody yang saya kenang sampai sekarang menerusi pin no setiap kad MEPS saya. Nape ye saya letak no dia? Errkkkk... apa kena-mengena duit saya dengan nombor dia? Nenanti la saya cite pasal dia ni... one of my best friends too... Isk! Penat tau... asyik wish birthday je (acah je)... dah le memasing lahir hujung bulan... time orang tak masuk gaji lagi (erkk... aku ada gaji ke?). Ermm... ucapan birthday ni pun ditujukan pada Mama Ranggie.... moga terus bahagia & dilimpahi rahmat Ilahi insyaAllah. Ucapan le yang boleh bagi punnn... SAHM cam saya ni tak de gaji tauuu.... uwaaa...


Sorry le ye bagi sesiapa yang menziarah hari ni... awal-awal tadi ada gak tuan rumah hidang ayo ye dak. Kepala celaru asyik nak tuko template je. Macam-macam adaaaa. Akhirnya saya ambil yang simple ni je... Nak create sendiri malas ahhh.... nak pilih pun dah berjam-jam! Nanti-nantilah kalo angin saya 'baik' lagi, saya tukaq no....!

Sunday, May 25, 2008

Happy Birthday to Ojie


Hari ni Birthday kawan baik saya dari U dulu... selalu gak borak dengan dia di YM.. May Allah s.w.t. bless her with His love and guidance... cayanggg Ojie....



Wish you all the best, Ojie... specially in early next year. Moga sukses.. saya harap sangat...

Thursday, May 8, 2008

Atan


Dulu-dulu masa kat sekolah menengah saya ada sorang kawan baik lelaki. Saya panggil dia dengan panggilan Atan je. Nama sebenarnya Islahuddin bin Mohd Kusran. Atan ni panggilan keluarga dia. Kawan-kawan lain semua panggil dia Pak Din.

Saya dengan dia dah lama lost contact ni. Last time I remember he was in Mara's office in Kuantan. Saya pernah bagi kad raya pada dia berserta no telefon tapi dia tak membalasnya. Entah mana la dia menghilang. Tapi masa sekolah dulu pun memang dia begitu. Tak rajin nak simpan no telefon sesiapa pun. Bila bagi, dia mesti hilangkan.

Kami sama-sama satu kelas masa tingkatan 2 & 3 di SMSP. Sebelum tu saya bersekolah di Ipoh. Tak tahan daulat di raja, saya balik bersekolah di PB walau PB tu tak la dekat sangat dengan rumah.. hahaha. Bayangkan nak ke sekolah saya kena tunggu bas si towkey cina yang sarat dengan anak-anak cina di hadapan rumah Ah Sin yang ada 2-3 ekor anjing besar gedabak seawal pukul 6 pagi. Tapi anjing-anjing ni tak pernah usik saya sebab dia dah terbiasa dengan bau saya kot. Semasa tingkatan 4 & 5 kami masih bersekolah yang sama cuma dia dah ke kelas lain, saya pula di kelas sains.

Saya masih ingat ketika itu saya mewakili sekolah dalam pertandingan forum (debate pun masuk, jadi atlit pun jadi atlit jugak.. tamak sungguh!). Kami diperlukan untuk memakai sut dan tali leher. Di sekolah yang pakai tali leher ni cuma pengawas. Saya pun ke kelas dia dan minta izin dari cikgu (tak ingat dah nama cikgu ni.. tapi dia sungguh cute) nak jumpak Atan.

Di luar kelas, borak dengan cikgu yang sama:

"Awak ada kembar kat sekolah ni?"

"Tak de la cikgu"

"Habis.. Islahuddin tu bukan kembar awak?"

"Isk cikgu ni.. dia tu kawan baik saya je"

Aik.. muka kami lebih kurang sama ke... tanya saya dalam hati. Tanya kawan-kawan saya yang lain pun mereka cakap yang sama. Cuma yang membezakan hanya warna kulit. Lagi seorang yang berwajah seiras dengan saya, juga kawan baik saya, K'own. Mungkin kami dari rumpun bangsa yang sama. Ya... kami sebenarnya Banjar. Dan mungkin juga kami ni saudara tapi buat bodoh sombong tak pernah tanya orang-orang veteran.

Saya pernah nak matching kan Atan dengan Wati, sepupu dua kali saya. Saya masih ingat kata-kata Atan... "Kalo dia kosong lagi, aku masih mengharap". Wati pun baru je bertunang dalam bulan Mac yang lepas tapi Atan? Dah kahwin ke belum.. saya sendiri tak pasti.

Saya juga teringat satu incident. Hari tu hari Sabtu. Ada kegiatan ko-ku di sekolah. Saya berjalan kaki dari rumah kak Bib yang sama taman dengan rumah Atan. Rupanya dia pergi ke rumah kak Bib tanya saya di mana. Kalau saya masih di rumah, dia nak bawak saya ke sekolah naik basikal! Berani sungguh dia tu. Seb baik la kak Bib tu kakak yang sporting.. kalo idak, abih saya dibambunya. Satu incident lagi, saya keluar ke PB cari barang. Masa tu awan kumulusnimbus tu tebal dan makin gelap. Tengah sembang dengan dia di telefon, dia cakap, "Mai la rumah aku... tunggu kat sini dulu. Takkan hang nak tunggu kat situ sorang-sorang?" tapi saya tak pergi rumah dia walau pun saya memang dah biasa pergi rumah dia dengan kawan-kawan yang lain.

Atan, kalau hang baca ni... aku sebenaqnya ghindu kat hang. Hang merajuk dengan aku ka pasai aku tak jemput hang mai kenduri aku (apa punya kawan baik daaa...? The reality was.. I've just invited another 3 best friends during my reception day). Lama dah tak borak dengan hang, Atan. Hang ingat dak kita borak dan ditegoq oleh cikgu Berahim kot.. sembang macam 10 orang! Huhu.... Happy 30th Birthday ok.... Moga hang terus sihat dan berada di bawah lindungan-Nya.





Uwaaaa.... rasa nak putaq ja roda masa tu ke belakang dan jadi pelajar sekolah balik... uwaaaaa.... emo plak weii... our one batch of prefect pic ada.. tapi ada kat kampung...

Dulu-dulu kalo hari Khamis ni, saya akan terima satu surat dari Chiew Hwa. Nanti la saya cite pasal dia kemudian (kalo kena gaya dulu.. entah-entah hari ni saya kawen dengan dia apa... hehehe.. jodohku dengan orang lain ok).




******************************************************



Eh eh... ada plak nama dia masa saya surf in between ni... dalam DIREKTORI NAMA KAKITANGAN KOLEJ KPTM KUANTAN.. bio betul? Pelanduk 10 serupakah? Gaya hang yang berdiri 2 dari kanan tu dah ada dalam gambar kat bawah ni:




******************************************************



Hari ni YB Ir Nizar ada aktiviti kat PB. La ni mungkin tengah hi-tea. Malam ni ada program. Teringinnya nak balik.... uwaaaaa... sekali lagi... sungguh jeles ok dengan orang sana...

Friday, April 11, 2008

Sepetang Bersama Sahabat Karibku Yang Sakit Perut


Tertarik untuk berkongsi sembang-sembang di YM dengan sahabat lamat sejak zaman ITM. Ni sebahagian daripadanya. Moga bermanfaat. This is TOO good not to share with all of you.

RM : sue, aku sakit perut la..
RM : nak buat mcm mana eh?
RM : rasanyer aku mkn byk nanas lunch tadi
Saya : sakit perut ni nak buat camne kalau kat tmpt keje.. aku pun taktau
Saya : kalau aku, aku suka tido jap
RM : tgh sakit, mcm mana nak tido..
Saya : sedapnye nenas (saya memang meminati nanas)
Saya : takleh buang?
RM : bukan sakit nak buang
RM : tapi rasa pedih kat perut
RM : may b too much acid
Saya : cari sesuatu berbentuk alkali kasi neutral
Saya : jangan makan bateri dah la
Saya : :D
RM : :-P
RM : aku kena cari susu la kan
Saya : =))
Saya : kacang2 tak de ke
RM : coklat ada la
Saya : Sayur-sayuran: Bawang putih - Asparagus - Bit- Brokoli - Kubis - Lobak Merah - Kubis Bunga - Saderi - Klorela - Timun - Terung - Kubis Daun - Pokok salad - Cendawan - Dulce - Dandelion - Bawang - Parsnip - Kacang - Lada putih - Labu - Spirulina - Pucuk Tumbuhan - Skuasy (Labu Besar) - Alfalfa - Rumput - Barli - Rumput Gandum - Sayuran hijau
Buah-buahan: Epal - Avokado - Pisang - Kantalup - Ceri - Kismis - Kurma/Buah tin - Anggur - Limau gedang - Limau nipis - Tembikai susu - Tembikai - Oren - Lemon - Per - Nanas - Beri - Limau tangerin - Tomato - Buah tropika - Tembikai/Semangka
Protein: Telur - Protein dadih susu - Keju kotej - Dada ayam - Yogurt - Badam - Buah Berangan - Tauhu (yang ditapaikan) - Biji Flaks - Biji Labu - Biji Skuasy (Labu Besar) - Bunga Matahari - Biji-bijian - Sekoi - Biji Pucuk Tumbuhan - Kekacang
Lain-lain: Cuka Cider Epal - Debunga lebah - Butir Lesitin - Kultur Probiotik - Jus Sayuran Hijau - Jus Sayur-sayuran - Susu Organik - Air Mineral - Teh Hijau - Teh Herba - Teh Dandelion - Teh Ginseng - Kombucha
Pemanis: Stevia
Rempah/perasa: Kayu Manis - Kunyit - Halia - Pokok mustard - Lada cili - Garam laut - Semua jenis herba
Sayur-sayuran dari timur: Maitake - Shitake - Reishi
Saya : ha.. tu air mineral
Saya : kalau rumah aku ada la spirulina
Saya : uihhh nanas alkali la
RM : yer ker?
RM : mcm mana lak tu?
RM : bukan buah-buahab citrus berasid ker?
Saya : tu aku paste kat ko tu semo makanan beralkali
Saya : ada nanas dalam tu
Saya : aku amek tu dari web rasmi jabatan kesihatan kedah
Saya : susu plak dia kasi masuk dalam makanan berasid
Saya : cuba ko check kat sini.. http://www.thewolfeclinic.com/acidalkfoods.html
RM : hhmm..salah ler cikgu aku ajar dulu
RM : cikgu dulu kata buah2an berasid cam orange, lime sumer tu
RM : susu lak beralkali
Saya : cikgu aku dulu pun ada gak ajar benda salah
Saya : cuba hang try personal PH test dia tu
Saya : ceh
Saya : ingatkan test online
RM : citrus..maknanyer ada citric acid
Saya : rupanya soh beli alat
RM : citric acid is acidic
RM : hmmm...
Saya : lemon & lime je kat sini yang aku jumpak berasid sitrik
RM : aku rasa table tu yg salah
RM : milk products sepatutnyer beralkali
RM : table tu terbalik
Saya : nanas tak termasuk dalam buah2an citrus
Saya : tapi spirulina tu betul beralkali
Saya : dok dalam table alkalizing
RM : hmm...confuse lak aku
Saya : aku jugak confuse
RM : sebelum ni ko nyer understanding mcm mana?
Saya : tak dapat ilham la sebab confuse
Saya : sat
Saya : aku dok surf satu benda lagi ni kata nanas berasid plak
RM : #-o
Saya : Khasiat Nanas Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan lukalcedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah
RM : hmm..kalo aku dah terlebih alkali..kena cari makanan bersid lak..nak bagi neutral
RM : susu berasid kan?
Saya : ha.. tu la
Saya : betol la tu
RM : sue, air kelapa beralkali or berasid?
Saya : Air kelapa mengandung sedikit karbohidrat, protein, lemak dan beberapa mineral. Kandungan zat gizi ini tergantung kepada umur buah. Air kelapa dapat digunakan sebagai media pertumbuhan mikroba, misalnya Acetobacter xylinum untuk produksi nata de coco.
Saya : ntah la
Saya : kalau banyak mineral tu.. (saya nak cakap beralkali tapi takut tersalah fakta)
Saya : uwaaa.. manyak pening dengan ini seksyen petang ni
RM : hmmm..aku ingat air kelapa tu acid based la
RM : coz selama ni apa yg aku ingat berasid, rupanyer terbalik
Saya : cuba ko baca kat situ
Saya : bersifat isotonik
Saya : sakit perut lagi ke.. ke dah baik dah dok sembang2 ni
RM : sakit la..
RM : dah ada rasa mcm nak muntah sbb sakit perut
RM : :-S
Saya : ke ko ambik makanan banyak angin
Saya : ada ambik air gas ka?
Saya : ko makan apa tadi selain nanas
RM : tak..tadi tgh hari aku mkn nasi lauk sayur taugeh, telur itik masak lemak, daging goreng
RM : then aku beli buah nanas
Saya : taugeh tu pun bleh jadi menyebab pedih perut kot
RM : aku minum lime juice
RM : nasi = asid, taugeh = asid, telur = asid, santan=asid, daging=asid, nanas=alkali, lime=asid
RM : lime=alkali
RM : so..perut aku terlebih asid
Saya : kan senang cari root cause camni
RM : tu ler..bukan aku sakit sbb nak buang
RM : imbalance diet
Saya : telur asid ka
Saya : aku tengok telur dalam tu alkali
Saya : arghh pening
RM : tadi table tu kata telur/susu/product berasaskan susu sumer acid based
RM : #-o
Saya : telur = alkali, susu = asid, dairy product = asid la
Saya : cuba ko tengok balik
Saya : tapi kalo dah sakit perut mana nak lalu makan telur
RM : hmm..aa'h..
Saya : ada air mineral?
Saya : cuba minum air mineral
RM : ada
RM : air mineral alkali eh?
Saya : ha'ah
RM : sodium tu alkaline based kan?
Saya : ntah la
Saya : tatau lak aku
RM : air mineral ada sodium
Saya : mungkin jugak la kot (saya lupa yang sodium bicarbonat tu alkali, biasa digunakan dalam buat kek)
RM : Ice cream asid
RM : tp dlm ice cream ada telur
RM : 8->
RM : #-o
Saya : mungkin kandungan asid dia yang lain dah atasi kealkalian telur tu
RM : hmm..
RM : cuba ko bukak web tu
Saya : haa.. chart tu pun tulis pineappel alkali kan
RM : a'ah
Saya : pastu dia tulis fresh coconut pun alkali
RM : ada tulis sodium pH14=alkaline
RM : tropical fruits pun alkali
Saya : i guess most of the minerals... are alkaline
RM : means..buah durian pun alkali
RM : :D
Saya : Although it might seem that citrus fruits would have an acidifying effect on the body, the citric acid they contain actually has an alkalinizing effect in the system
Saya : hah.. no wonder aku kompius
RM : hmmm..
RM : tu la yg buat kompius
RM : maknanyer kalo sakit gastrik boleh mkn buah limau la eh?
Saya : so betul la cikgu aku pun ajar ajaran sesat
Saya : hahaha
Saya : secara teori tu betol la macam tu.. tapi aku rasa psiko gak nak makan buah limau time sakit perut
Saya : ko baca yang unknown kat bawah tu... UNKNOWN: There are several versions of the Acidic and Alkaline Food chart to be found in different books and on the Internet. The following foods are sometimes attributed to the Acidic side of the chart and sometimes to the Alkaline side. Remember, you don't need to adhere strictly to the Alkaline side of the chart, just make sure a good percentage of the foods you eat come from that side.
Saya : boleh vice versa plak
RM : ada..aku dah baca
RM : boleh dikatakan those foods are likely have balance pH
RM : mcm honey
RM : tp egg pun ada kat situ
Saya : ha.. itu la aku nak cakap
RM : bagus topik kita ptg ni
Saya : maknanya.. orang yang makan egg tu mungkin boleh dapat effect salah satunya
RM : tambah lnowledge
Saya : itulah hikmahnya ko sakit perut
RM : mungkin jugak..bergantung keadaan pH dlm perut dia
RM : hehehe
Saya : isk.. kena print ni
Saya : tampal kat rumah
RM : patut ler org kata madu tu ubat segala penyakit
RM : aku pun dah print
RM : :D
Saya : air zam-zam pun serupa la kan.. sebab banyak mineral
RM : sbb madu mungkin boleh jadi peneutral
RM : air zam-zam kira byk sgt mineral..ph >7
Saya : even susu pun
RM : alkaline based
RM : susu asid eh?
Saya : kan susu tu dia masukkan dalam bawah unknown tu
Saya : bleh kasi dua2 effect
RM : a'ah..
RM : tak perasan aku
RM : ok la sue..aku nak balik dah ni
Saya : best la topik ari ni
RM : yer la..
Saya : terinspired untuk aku tulis kat dalam blog
Saya : sepetang bersama kawanku yang sakit perut



***********************************************


Nah... rupanya makanan yang saya sangka berasid itu terletak dalam jadual beralkali. Kalau tak kerana sembang-sembang di atas dah tentu saya jadi ignorant tentang perkara ni. Saya tahu wujudnya pengklasifikasian makanan beralkali dan berasid akan tetapi saya tidak pernah mengambil peduli apa jenis makanannya. Ada jugak la ajaran sesat oleh cikgu-cikgu saya dulu..


So you better print the table out and disseminate this to people around you.
Mana la tahu kan... dapat membantu macam dalam kes kawan saya yang sakit perut ni.. insyaAllah
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez