Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Monday, April 28, 2008

Hujung Minggu & Pemeriksaan ROP


Rasa letih dan penat masih ada. Hari Ahad telah diadakan hari cukur jambul dan kenduri kecil di kampung suami. Sempena menyambut Syafiah pulang kali pertama ke kampung dan juga meraikan rumah baru mertua. Saya taklah buat kerja sangat tapi disebabkan kepanasan melampau, saya rasa letih ya amat.


Sehari sebelum pulang saya sempat masak Rendang K*ling Udang (sedapp ooo tapi gambar takde. Nanti kalau ada, saya sertakan dengan resepi sekali). Udang tu dibawa balik dari Pasar Borang Selayang oleh adik ipar sebanyak 6 kg. Lauk tu untuk disertakan bersama lauk lain pada hari kenduri. Mengenangkan arwah ayah saya kembali ke rahmatullah pada 21 Rabiulakhir 7 tahun lalu, kami pun join sekali tahlil yang diadakan di rumah baru tu. Moga doa & pahala itu sampai kepada nama-nama yang telah disenaraikan, insyaAllah.



*******************************************************



Tadi terpaksa menunggu lagi di hospital kerajaan. 3 jam pula. Saya bengang lagi. Even doktor-doktornya pun mengeluh. Kenapa mesti sampai 4 pesakit sekali pada sebelah pagi? Yang tetapkan jadual - jururawat. Pemeriksaan tu tak lama. Yang lama tu.. kena tunggu anak mata pesakit sampai membesar (guna liquid apa ye JS?). Dari pukul 10.30 sampai pukul 1.30 baru selesai. Keputusannya tetap tak berubah. Regressive. Dah bengang, lapo pula.. aduhai..


Dah la tu.. dok bercerita je.. CSI, NCIS, Prison Break sedang menanti nun!

Wednesday, April 23, 2008

The Medley...Mujhse Dosti Karoge II


Mencari-cari satu video klip di Youtube ni. Akhirnya jumpa. Mengimbau kenangan lama ketika tinggal bersama ayah ibu di kampung. Sebagai orang lama, mereka amat menggemari lagu-lagu dan cerita Hindi. Pernah satu masa arwah ayah menitis air mata mendengar lagu Hindi lama di THR. Bila ditanya, jawapannya:

"Ayah teringat kawan-kawan yang telah tiada & masa yang tidak akan berulang kembali"

Asal dengar lagu Hindi lama je mesti saya teringat kata-katanya itu. Al-Fatihah...

Isk apesal tak boleh embed videonya? Dah post ke blog, takleh edit pulak.. sabo je la.... anyway, have fun!


*********************************************


Info for this film - Mojhse Dosti Karoge

Synopsis : Raj, Pooja and Tina are three best friends thrown into situations that time, letters, love and separation have created for them when both Pooja and Tina fall for Raj.

Genres: Art/Foreign and Romance

Running Time : 2 hrs. 28 min.

Distributors : Yash Raj Films (YRF)

Produced Year : 2002

Actors : Kareena Kapoor (Tina), Hrithik Roshan (Raj), Rani Mukherjee (Pooja), Uday Chopra (lupa nama karakter)

Directors
: Kunal Kohli

The best scene : The final scene where they accidently got married.. haha.. & also when this medley was out on the screen


Perasan tak suara Udit Narayan tu sesuai beno dengan suara Shah Rukh Khan? Kalo tak caya, cuba compare nyanyian SRK dalam cite Mohabbatein ketika dia ketuk gendang tu dengan nyanyian Udit Narayan yang lain...
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez