Tuesday, November 4, 2008

Saya sibuk...


.. hari ini saya sibuk menyiapkan blog khas untuk Syafiah - A Journey of An Amazing Syafiah...

Ianya sebagai satu permulaan dalam menghulurkan bantuan! Salah satu cara berkongsi maklumat mengenai penyakitnya, berkongsi perasaan dengan ibu bapa yang mengalami keadaan yang serupa dengan kami di luar sana.

Dalam dok betulkan itu ini.. saya melakukan sedikit kesilapan. Sedikit? Banyaklah juga. Sepatutnya saya hanya buka satu window untuk blog tersebut. Saya lupa yang blog ini juga terbuka. Akhirnya saya telah mengganggu 'Layout' TYMB. Habis! Semua perlu dimulakan semula termasuklah juga dengan 'Read More'. Kebetulan fail back up xml yang saya telah download tak dapat digunakan kembali. Apekah? Tensionlah jugak! Dah back up pun takleh guna...

Tak usaha banyak. Cuma salin tempek semua entry mengenainya sebelum ini. Saya rasa cara itu lebih mudah bagi pelayar sekalian mengenali anak saya yang seorang ni. Saya juga dalam usaha menjejak other inspiring stories. Adalah agak rugi, pada pandangan sayalah, sekiranya 'Syafiah' hanya menjadi penyeri di navigation tab di blog ini.

Sebagaimana saya kalut mencari maklumat di laman web semasa kejadian itu, saya percaya mesti ramai di luar sana yang mengalami keadaan yang serupa. Malangnya tidak banyak cerita mengenai masyarakat Malaysia yang didedahkan sendiri oleh ibu bapa yang terlibat. Saya sendiri tergapai-gapai ketika itu. Lebih menyedihkan cerita negatif lebih banyak dituturkan dari yang positif. Sampailah satu ketikanya saya membaca sendiri kisah Gina Marie, Noah, Brittany, Little Charlie Rock, Rebecca, dll. Lihat... semuanya bangsa asing! Masing² mencatat dan merakamkan peristiwa yang berlaku kepada anak mereka. Ketika itu, saya melihat ada sinar harapan.

Saya akui membesarkan Syafiah adalah lebih thrill dari yang lain. Melaluinya juga kami belajar banyak benda baru. Anak² lain juga istimewa, tidak dinafikan, akan tetapi kehadiran Syafiah membawa seribu hikmah yang tidak terjangkau dek fikiran semata-mata. Kami sentiasa teruja!

Di celah² kesulitan, dengan sinar harapan yang kecil, mampu mengubah perasaan dan persepsi seseorang. Percaya atau tidak... adakalanya saya tersenyum sendirian bila merasakan di celah² yang perit dan sulit itu ada kemanisannya. Sesungguhnya perjalanan ini masih jauh....

8 comments:

cikliah on November 5, 2008 at 12:22 PM said...

Sekalung tahniah atas usaha besar ini ! Good Luck !

INTAN RH on November 6, 2008 at 8:33 AM said...

Sue, dun ever give-up...

Anonymous said...

Cikliah:
time kasih kak... menjejak inspiring stories yang terasa berat sket sebab bila kita cari, kita baca... dah stuck kat situ pulak!





Intan RH:
insyaAllah kak.. i won't give up...

Anonymous said...

salam sue!

tahniah di atas usaha murni sue. semoga usaha sue mendapat keberkatan...ameen!

anyway, glad to know that yr doter's operation went smooth. alhamdulillah syukur!

KC

Sue.Aleen on November 6, 2008 at 10:58 AM said...

Kak KC:
lama tenggelam akak ni.. mana pigi daaa! alhamdulillah... dia pun sihat je...

Anonymous said...

sering buat silap mcm sue buat tu..hahahahah

rasanya baru minggu lepas tu
alih2...dua2 blog tukar kulit

Sue.Aleen on November 20, 2008 at 1:16 PM said...

Kak Jie:
gatai tangan kannn... kadang jadi dalam sekelip mata je

Anonymous said...

sue.. semoga tabah mengharungi dugaan ALLAH.. sebesar mana ujian tu, sebesar tu juga sayang Allah pada kita.. aku baru tau. tu pun k.anum fon semalam sori..

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez