Friday, November 7, 2008

Selamat Hari Lahir, Sahabat


3 perkara berlaku hari ini:-

1. 28 tahun lalu lahir seorang insan ke dunia ini pada hari Jumaat, 7 November, pada pukul lebih kurang 2.30 petang selepas solat Jumaat. Kata seseorang, ia bertepatan pula pada Hari Tasyrik 13 Zulhijjah 1400, namun bila saya mencari maklumat secara online, ia jatuh pada 28 Zulhijjah 1400. Saya mendoakan dirinya beroleh rezeki yang melimpah ruah, diberikan keberkatan pada umur dan tahun yang mendatang, insyaAllah.

Bagi yang nak check tarikh lahir anda dari Masihi ke Hijrah atau sebaliknya, anda boleh melakukannya di sini.

Saya dedicate lagu di bawah ni untuk dirinya yang istimewa:

Selamat Hari Lahir - Saujana
Awan berarak ceria
Tiada titisan hujan
Pohon melambai tanda sokongan
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman dihari lahirmu sahabatku

Dedaun berguguran
Membuktikan kedewasaan
Walau tanpa mata dan hadiah
Namun cukup untukmu
Sekadar ucapan

Selamat hari lahir
Iringan doa ku hulur
Bersyukur kepadaNYA
Atas nikmat usia

Sahabat
Usia yang Tuhan kurniakan ini
Kau hiasilah ia dengan amalan yg murni semoga ia menjadi temanmu di akhirat sana

Usiamu ibarat mutiara
Tiada berganti lagi
Hiaskan iman bersulam takwa
Agar sempat mengucup haruman syurgawi



Sahabat yang telah menempuh suka duka dalam kehidupan bersamaku, sahabat yang telah banyak berkorban tersebut adalah:



Ucapan selamat hari lahir juga untuk Yin, Salina dan Amalina yang kesemuanya adalah sepupu² saya yang lahir dari 5-7 November.


2. Saya ada temuduga petang ini. Terasa seakan seekor kupu² sedang berterbangan di dalam perutku ini. It has been so long, my spoken English is a bit rusty. Rasa macam amnesia je sket ni. Dah ingat² lupa apa buat masa kerja dulu. Pernah rasa macam tu tak?

Moga ini rezeki saya. Komitmen yang banyak telah tak tertanggung. Kesian pada suami, kesian pada anak². Kesian suami tanggung seorang, kesian anak² bakal kena tinggal. Tapi saya perlu bekerja. Mereka perlu ke sekolah tahun depan. Aduhai nasib badan... beginilah dilema seorang isteri dan ibu.. Tersepit di antara keinginan sendiri dan orang lain.

Setiap saat dan detik makin menghampiri. Doakan moga saya tidak gugup. Saya makin berdebar!


3. Dan yang akan berlaku pada malam karang. Kami akan bertolak pulang ke Perak, singgah bermalam sebentar di Sungai Besar sebelum meneruskan perjalanan pada esok pagi. Saya akan berada di sana selama seminggu.... Mungkin blog ini akan berhabuk sedikit. Until I see you next week!

20 comments:

Intan @ mama ammar on November 7, 2008 at 10:13 AM said...

have fun balik kampong yar?

INTAN RH on November 7, 2008 at 4:20 PM said...

sue, best of luck...dan nanti citer la situasi interview tu...sure ada smthing yg best :)

Lan Rambai on November 7, 2008 at 5:16 PM said...

good luck... dapat ke tak ek? Safiyyah kena bagi org jaga lah pulak kan....

Anonymous said...

hati2 sue... rehatkan diri dan minda

Anonymous said...

Moga berhasil interview yg ini... Amin.

the principal on November 9, 2008 at 12:05 PM said...

good luck, Sue in everything you do...

Hazelsyd on November 11, 2008 at 8:12 AM said...

Sue,

My best wishes for u and family..

naz ilyn on November 12, 2008 at 5:04 PM said...

Salam...

kasian terpaksa tinggalkan si comel syafiah..
kekadang tuler dilema seorang perempuan..

p/s: berkerja sudah jadi suatu keperluan..

Anonymous said...

niat yg ikhlas disusuli dgn kesungguhan yg jitu sudah pasti mendapat ganjaran. i so know what u mean bila ada butterflies in da stomach. dah lama x keje mmg camtuh rasanya...

i hope u get da job!

KC

silversarina on November 14, 2008 at 4:18 PM said...

selamat bercuti dan balik kampung, akak tunggu December baru boleh JJCM , nak balik Perak jugak nanti :)

Sue.Aleen on November 17, 2008 at 2:42 PM said...

Intan:
oh.. aku sungguh gumbira...!!

Sue.Aleen on November 17, 2008 at 2:43 PM said...

Kak Intan:
interview tu tak best sebab perut rasa meremang.. tapi mungkin hasilnya akan best.. :P

Sue.Aleen on November 17, 2008 at 2:44 PM said...

Lan Rambai:
insyaAllah... hasilnya positif! pasal syafiah tu yang rasa berat hati macam batu berendam tu...

Sue.Aleen on November 17, 2008 at 2:45 PM said...

Kak Jie:
balik kampung lagi tambah letih.. baju sebakul!! hehehe

Sue.Aleen on November 17, 2008 at 2:46 PM said...

ASR:
thank you, bro... insyaAllah berhasil...

Sue.Aleen on November 17, 2008 at 2:46 PM said...

The Principal:
thanks kak emy...

Sue.Aleen on November 17, 2008 at 2:47 PM said...

Kak Ija:
besh wishes to you and your crime partner too.. hikhikhik!

Sue.Aleen on November 17, 2008 at 2:48 PM said...

Naz Ilyn:
bila saya pk bab syafiah tu yang saya emo sket... but what to do? komitmen menggunung! :-)

Sue.Aleen on November 17, 2008 at 2:50 PM said...

Kak KC:
napelah butterfly tu selalu dok dalam perut time² kritikal? so uneasy rite? but somehow i understand that a rezeki will always be a rezeki... if not, no matter how much effort you made, it won't be on your side either.

thank you... berkobar rasanya!

Sue.Aleen on November 17, 2008 at 2:53 PM said...

Kak Rina:
tahun lepas pun saya ada balik seminggu ke kampung sebab adik saya nak kawen. kira melepas rindulah kiranya... tapi bulan disember ni memang ramai betul saudara kawen.. so kena baliklah juga jika diizinkan...

nak balik karang hint²lah kita ye!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez