Thursday, November 20, 2008

Dilema..


Ini memo blues (gua ciplak dari lu, brader! You know who you're) seorang wanita seperti aku...


Sebagai isteri

Tanggungjawab masih belum sempurna lagi walau pun sesudah 5 tahun menjalani usia perkahwinan. Aku masih tak banyak berubah. Sahabat juga begitu dan aku tidak begitu mengharapkan perubahan itu. Aku menerima seadanya.

Tapi di dalam hati aku sendiri terkesan untuk aku berubah ke arah yang lebih baik. Aku kurenggg bab layan-melayan ni, seriously.

Sahabat pula tak banyak cerita. Banyak benda dia buat sendiri malah ada di antaranya secara diam². Dia tidak pernah meminta dan tidak pernah pula mengomen.

Antara perkara yang dia suka buat sendiri tanpa perlu diminta - cari makanan di dapur, masak (sukanya dengan masakan dia - sedappp!), melayan anak, gosok baju, kemas rumah, dll.

Aku selalu jugaklah rasa tersentuh on little things he done. Even as simple as making me a cup of coffee/milo. All of sudden, mug tu datang je menjengah ke depan muka aku. Specially bila aku dok sebok ngadap mende alah ni.

On my side, aku rasa macam bersalah jugaklah tapi kes buat dek.. cett!. Entah bila la aku nak jadi isteri sempurna?


Sebagai ibu

Bila kerja kena la pulak tinggal anak². Aku tak de la terkesan sangat nak tinggalkan Mastura & Adam sebab masing² kami nak hantar ke tadika tahun depan. Lagi pun kalau tak hantar mungkin anak aku ketinggalan pula nak kejar ilmu.

Hati seorang ibu ini lebih dekat dengan Syafiah. Anak kecil yang tak mengerti apa². Tak mungkin kami boleh meninggalkannya di nursery. Walau pun dia healthy tapi aku masih rasa risau. Bagi aku, dia 'fragile' macam kaca... macam pyrex yang kalau jatuh abih ranap tak nampak bentuk.

Macamana kalau shunt dia malfunction lagi? Siapa pula nak jaga dia di HSB sedangkan aku baru je mula kerja?

Ni ada satu hal merunsingkan aku. Masuk bulan ni dah nak masuk 3 bulan mensus aku tak muncul². Bulan bila tu aku check takde. Tapi pelik la kannn... aku sakit ke? What if... aku mengandung lagi & test kit tu tak dapat kesan masa awal²? 99% accurate.. mungkin tak aku masuk yang dalam 1% tu? Aku kena check lagi...

Kelainan.. ada jugak la sikit² specially bila aku meniarap & bercakap. Ada la lainnya yang aku tak reti nak describe macamana. Tapi mungkin hanya perasaan aku je kot.

Syafiah kan kecik lagi. Tak mao la citer bab protection. Memang kita orang dah berjaga-jaga. But again, Allah swt is The Most Powerful...

Kalau preggy, tahun depan dah sah la bersalin lagi. Masih baru kerja jugak... arghhh!!!


Sebagai anak

Aku rasa bersalah je setiap kali balik kampung tak banyak yang mampu aku hulurkan buat mak. Dan kadang² tak hulur langsung. Mungkin mak tak harap tapi sendiri mao ingatlah kan...

Bila kita berharta, kita mampu memberikan lebih manfaat pada orang lain. Membantu mak dari segi fizikal tu boleh la aku lakukan sedaya yang aku mampu. Silap haribulan aku yang nyusahkan dia adalah. Tapi dari segi monetary? Mak aku takkan tak mao berbelanja untuk dirinya sendiri rather than anak² yang belikan... Aku percaya dia pun nak beli apa barang yang dia suka, tak gitu?



Inilah antara sebab aku nak sangat kerja balik. Poket kosong, kegawatan ekonomi makin menghimpit, sara diri makin meninggi. Komitmen masing² pulak tu tinggi menggunung. Pegang duit sendiri dengan pegang duit orang walau pun orang tu suami kita sendiri memang terasa lainnya. Macam serba-salah je nak guna... Dalam masa yang sama kesian kat dia tanggung keluarga seorang diri.

Memang la masih awal nak fikir semua ni. Nampak macam tak bergantung kepadaNya. Tapi aku tetap perlu berfikir. Dan aku perlu berusaha untuk mencuba dan melakukan yang terbaik dalam kehidupan aku supaya tidak menjejaskan orang lain. Orang² yang aku sayang. Aku cuma mampu berdoa dengan sabar moga Allah swt membantu meleraikan kekusutan hati ini...

Aku tak sabar nak beraksi balik di alam pekerjaan tapi dalam masa yang sama aku cukup berat hati nak tinggalkan anak² aku. Makin menghampiri hari Isnin, dada semakin sakit, sesak napas dibuatnya...

16 comments:

Anonymous said...

congrats for da new job, and congrats for EVERYTHING! in advance.

aku pon tgh sesak napas ni. sebulan lagi beb

Anonymous said...

Ala Sue..pasal dah lama tak keje dan dah rapat dgn anak-anak,kalau dah keje,its ok....tak ada apa....cari nafkah halal untuk keluarga....insyaallah Allah akan bersama-mu.-Hang Perak.

Anonymous said...

dah de wet nnt leh la kite hias umah same2 eaks....hehehe ;p
chaiyok chaiyok!!!!

Lan Rambai on November 20, 2008 at 5:26 PM said...

nak komen irama blues jugak ke ek?.. errr... kalau kalau komen blue aku tau lah hehehe...

apa-apa pun... semoga semuanya lancar!

Anonymous said...

Sis Sue...

Huhu..Lps komen utk blog anak..gua komen pula blog mak! Haha..dua2 gua ejass...huhu!

Errr..Kerja?!1st day datang awal...

Errr...2 sbb kalau balik lambat even OT tak bayar;
1-Kerja keras...Nak perform,nak cepat confirm!!!
2-Tak efficient...Time kerja byk ngularr!

So..time balik,balik je lahhh!Huhu...

Susu untuk Sufiah...Jgn diabaikannn!!!Gambar ber-susu botol jerr nampakkk..Kasi balance laahhh...Huhuhuhuhu!

Roger!

Susu Jalan Terus...

Sue.Aleen on November 21, 2008 at 9:32 AM said...

Makcik DC:
rasa terhimpit betul perasaan ni... aku rasa hang pun mesti serupa!

Sue.Aleen on November 21, 2008 at 9:33 AM said...

Hang Perak:
saya pun rasa macam tu. sebab dah complacent dok kat rumah. adehhh... freedomku bakal diragut!

Sue.Aleen on November 21, 2008 at 9:34 AM said...

Awa:
tak sabar pulak aku.. sejak hang masuk rumah ni aku rasa semangat semacam je... meh kita compete bilik sapa paling cun!

Sue.Aleen on November 21, 2008 at 9:35 AM said...

Lan Rambai:
apsal nak blue petang khamis tu? sebab sebelah malamnya malam jumaatkah? :P

Sue.Aleen on November 21, 2008 at 9:40 AM said...

Aboo:
susu dia tak pandai jalan... dia mengalir daaa... kehkehkeh... anyway, tu gambo masa dia kat klinik mata. gambo 'nen' takkan nak tunjuk... aiyaaa!

takleh gak nak balik awal... sebab kena gak tunggu drebar...

sepanjang gw keje.. tak de istilah ngulor. tak sempat!!

Anonymous said...

nak saing ye? ayuh...yuk kite saing yuk..hahhaa
padahal, aku cukup liat nak kemas bilik itu..hakhakhak...

Anonymous said...

yang tak keje ni pun sesak napas gak...huhuhu...

Anonymous said...

Sis Sue!

Bukan nak bodek la,kannn..Tulisan kalau dah 'Memo Blues' mmg best di-baca,feel pulak ada...Perghh!Kali ke-6 dah baca nihhh!Huhu...

Kelainan.. ada jugak la sikit² specially bila aku meniarap & bercakap. Ada la lainnya yang aku tak reti nak describe macamana. Tapi mungkin hanya perasaan aku je kot! <---Mtk ulasan!

epf nih...plan-nya nk potong bape nih? 8% ke 11%?

Roger!

Susu Mengalir Terus...

Sue.Aleen on November 22, 2008 at 10:29 AM said...

Awa:
hang liat pasai takdak lemari or complete furniture. cuba ada tengok.. rajin ke idak. la ni kan tak tau nak susun semua benda tu kat mana...

Sue.Aleen on November 22, 2008 at 10:30 AM said...

Kak Jie:
yang tak keje sesak napas sebab poket kosong.. hukhukhuk...

"orang kaye pun sessakkkk jugak!!" - sudin.

Sue.Aleen on November 22, 2008 at 10:37 AM said...

Aboo:
syok bace eikk.. harus buat memo blues selalu ni!!

statement tu tak nak ulaslah (jawapan standard!)... kita tengok dalam 6-7 bulan akan datang... hekhekhek!!!

arrangementnya - 3 bulan pertama dapat gaji in full + SOCSO (pewwiiittt!). after 3 months baru potong epf. nak kekal 11% sebab lagi banyak simpan epf, lagi senang nak keluar acc 2 untuk bayo duit rumah.. selagi bayo duit rumah dengan duit epf, lagi tu tak perlu pi bank tiap bulan + cash in hand banyak sebab kita sewa rumah tu kat orang... huhu!!

roger²...

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez