I need something to refresh myself. An outing is the best thing to do. So we went to Jusco Kepong again though many people were attracted to see Adam's eyes! Lantak komer la.. tak sakitkan aku ponnn!
Awa dah stori mori la sket kat blog dia. Yang ni sebagai tambahan. Tambahan bergambar. Kami sempat tonton wayang cerita Bolt selepas lebih 5 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke pawagam. Kali terakhir sebelum ini saya dan suami dapat tiket free kawan² belanja tonton cerita seram "2 Sisters" (best citer ni). Menitik jugalah air mata tonton Bolt. Animasi yang berat sikit tapi saya suka.

Bergambar sebelum masuk panggung.
Oh ye hasil x-ray bahagian muka Adam tu ok je. Tak de patah atau retak. Suka pandang filemnya. Boleh nampak gigi geraham Adam yang paling last tu nak tumbuh sebab kedudukannya lebih rendah dari gigi lain. Kata suami, lebam tu jelas nyata sebab Adam berkulit putih.
Minor trauma. Sama plak dengan kak Jie.
Mata Adam yang beransur baik.
Malam tadi cik Nai & cik Jah datang bertandang. Saya pula pening dan dah terlalu letih apabila mereka tiba pada pukul 1 malam. Sekarang ni mereka sedang menuju ke SB. Cik Nai ni adik mak tapi dari mak yang berlainan. Dulu mak kata susah juga dia nak terima tapi lama² sayang pula. Lagi pun mak tak de adik-beradik lain kecuali Along yang dah lama dia tak jumpa. 40 tahun! Malah saya sendiri tak pernah berjumpa dengan Along yang kini menetap di Sabah.
Malam ni pula dengar katanya kak Bib & Una nak datang naik bas tengah malam. Akan tiba di Jalan Duta sekitar pukul 3-4 pagi. Tak sabar nak jumpa dengan mereka.
Kami plan untuk keluar lagi hari ini tapi sehingga ke saat ini anak² masih tidur. Petang nanti akan ke HSB semula untuk menjaga Syafiah. Tak sabar pula rasanya... kata salah seorang ibu pesakit, "Bila suami you jaga, dia senyap je tapi bila you jaga baru dengar suara dia. Dia manja dengan you". Memang pun... dok tercapuk je atas riba kalau saya yang jaga.
Setelah saya menonton Oprah Winfrey Show semalam saya kini lagi membulatkan tekad... atas satu perkara itu... nantilah saya ceritakan kemudian.. insyaAllah.

8 comments:
salam,
Macam-macam dugaan Allah datangkan , semuanya untuk menguatkan iman kita, InsyaAllah.
seronok dapat berehat sekali-sekala.
Apapun akak doakan agar anak-anak sue sihat kembali . Amin.
Sis Jie!
Guaaa...ladyDark ajak tgk Madagascar sejak 2-3minggu lepas lagikk..Adooss!Tak minat lerr berwayang2 nihhh...huhu!
Duk rumah...main gitar layan blues lagi best! Huhu..
Adam: Lebam sebab jatuh takpe..jgn sbb gaduh dah!Nanti mak bisingg duk bebel...Serabuutttt!!!
Roger!
Awat x amik cuti jumaat skali??
Sue pun tgk Oprah juga kah?
U have been tagged again.
klik my ling.
Silversarina:
insyaAllah deme akan sihat. Adam dah baik pun matanya, tinggal lagi Syafiah je. shuntnye tu worries me a lot!
Aboo:
sejak bila pulak makcik jadi Sis Jie ni? salah rumah ka?
aku pun tak minat wayang ni tapi dah orang ajak...
ASR:
jumaat takleh cuti nanti karang hubby takleh pi semayang jumaat.
Intan:
aku suka tonton show macam tu. manyak info...
tag hang ni aku dah buat tapi belum publish. hehehe
Post a Comment