Sebelum nak cerita apa², saya dan keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha pada semua ummat Nabi Muhammad s.a.w. Mohon maaf zahir dan batin.
Raya tak macam raya. Feeling tu dah kurang. Mungkin sebab saya dah masuk kerja, cuti yang pendek, anak yang tak sihat, sibling yang tak nak berkumpul malam raya (adalah sorang tu).
Pulak tu si Syafiah asyik demam berulang-kali je. Saya hanya mampu berdoa pada Allah swt agar memberikan pinjaman 2 hari kepada kami untuk pulang ke kampung. Alhamdulillah dia baik dari demam di sana. Cuma reservoirnya bengkak membiru dan di tiub juga agak 'tebal' daripada biasa (lihat gambar).
Hari ini sebelah pagi sahabat telah membawanya ke HSB. Walau pun tanpa appointment, kami boleh terus terjah ke klinik. Hasilnya - esok akan diadakan revise operation. Kami tidak menginap di HSB seperti biasa. Cuma kami akan memastikan dia akan esok untuk tujuan op itu. Suami saya akan jaga dia dulu esok sementara saya akan menjaganya hari Khamis. Inilah dilema saya... kerja tak kerja sama² je payah dan menyesakkan!
Adam pula lain halnya. Hari Sabtu jatuh dari tangga di kampung masa saya tengah masak untuk makan tengahari. Biasalah... dia asyik main je dengan sepupu² yang lain tu. Asyik main kat luar rumah je. Tangga tu attached dengan beranda. Masa nak turun tu terjun gamaknya langsung jadi hasil seperti kat bawah ni:
Macam kena boxing!
Sekarang ni dia dibawa oleh si ayah ke DEMC untuk x-ray. Hopefully he's just fine (tetiba teringat cerita Hakim). Biasalah... bebudak tengah nak naik ni. Tak larat dah nak susah hati. Lagi pun saya bukannya jenis cepat gelabah atau cepat marah. Yang dah jadi tu nak wat guane... redah je la.
Balik dari kampung Anis dan Aap ikut lagi. Alif ikut Mak Yong. Hopefully keja sekolah dia tu sempat dia habiskan. Saya bantu yang mana boleh je la... Assigment yang teruk tu - KH (peta minda untuk subjek keusahawanan), English (buat 2 ayat berlainan dari 100 perkataan) & Science (monocot & dycot portfolio). Science tu yang paling saya suka. Dah bantu dan guide dia. Tinggal dia nak habiskan lagi.
Doa dan ucapan takziah saya ucapkan kepada mangsa tragedi di Bukit Antarabangsa. Sebelum tu di Jalan Semantan. Selepas kejadian, kebetulan saya lalu untuk ke Wisma Sime Darby. Boleh nampak kereta remuk. Bila retaining wall + lumpur menimbus kereta memang dah tak nampak rupa kereta dah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Allah swt berikan ketabahan untuk mangsa yang terlibat.
Kena audit kerja² ID di Wisma Sime. Rasa cam best je keje kat dalam tu.

16 comments:
Sue, moga anak2 sihat belaka.
Lawo la partition kat Sime Darby tu.. :)
selamat ari raya.
aku kah yang seorang itu??
huwaaaa sedey tau tak dapat balik beraya sekali...
macam dok kat ujung dunia tue..sepi + sunyi...sob sob sob!
sabo aje lah...
Semoga syafiah baik2 saja. Next month Syafiyah oulak toddler.
Aku oun simoati gak dgn mangsa2 tu, terasa berat dia , teringat balik musibah yg melanda diri dan suami masa raya dulu...
ramai kata office Digi the best.
Office Sime tu nampak macam boring je....
siannyerrr, sibaik tak kenerr bijik mato si adam tewww..
Kak Intan:
alhamdulillah semua sihat... tu la pasal.. sebijik pula rupanya dengan office lama. huhu!
Awa:
bukan hang tapi adalah....
sedih eikkk raya berduaan je...
Makcik DC:
entah bila la syafiah ni nak turn over pun. aku tak letak harapan besar... aku tau dia dah alami banyak perkara sebelum ni.
eh.. stori mori la sket citer hang tu...
The Principal:
Opis DG kan voted as the best working environment in our country. so no wonder la kan...
opis sime tu kan gile besar... boleh jogging la kiranya...
En_me:
tapi mata putih dia merah sket ari ni. semalam doktor kata ok. skull pun ok. tetiba je... risau pulak!
sorang di HSB, sorang di rumah... susah hati makcik tau!
Sis Sue...
Wahhh..Susah jugak ada anak ni yer...Nasib baik gua bujang lagi...Hahhaha!
Patut ler, Lady Dark nak kawin lambatt...Huhuhu! Byk benda kena fikir rupanya...
Roger!
Bujang Blues..
semoga syafiah cepat sembuh dan menjadi anak yang tabah...
Selamat Hari Raya... buat korban ke taun ni?
Aboo:
semua anak adalah anugerah. up and down bersama-sama adalah lebih manis dari bersendirian...
kajian mendapati bahawa lelaki/wanita yang berjaya adalah tergolong dalam golongan yang telah berumahtangga... tak gitu? :D
Watie:
Syafiah tu tabah... mak dia yang kurang tabah.. hukhukhuk!
ASR:
selamat hari raya to you too... tahun ni tak buat korban.. terukkan aku ni...
Post a Comment