Berikan aku seorang wanita yang sekadar menghayun buaian, insya-Allah aku tak akan meletakkan mereka di ceruk-ceruk dapur, kerana tangan kananya yang menghayun buaian, tangan kirinya mampu menggoncangkan dunia
- Presiden Sukarno (Indonesia).
Hari ni genaplah 2 tahun saya menjadi blogger (di blogspot), dari tak berapa nak tegar kepada lebih tegar... lama² jadi ketegaq! Kuang³... Sekadar blogger picisan.. Dari sekadar suka² kepada yang lebih serius seperti hal politik dan isu semasa. Mungkin itulah diri saya dari dulu cuma di awalnya rentak tidak bertujuan.
Blog boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan ilmu dan idea, itulah pandangan saya. Walau pun saya sekadar seorang surirumah, namun saya KURANG bercerita tentang masa lapang saya, tentang perasaan, tentang orang² kesayangan saya malah tentang diri saya sendiri (hanya bila di'tag'). Yelah... bohonglah jika tidak bercerita hal peribadi. Sesekali saya ada juga bercerita tentang ini, tentang anak, tentang keluarga.
It's just not me. Mungkin sebab tu jugak blog saya ni boring... aaaah *yawn*!.
Blog juga bukan berblog kosong, coret dan siar, tanpa cuba mendalami perkara² di dalam blog itu sendiri. Contohnya dari segi cuba memahami kod HTMLnya dan lain². Berblog di samping menimba ilmu yang lain amat menyeronokkan.
Saya bercerita tentang Syafiah di blognya kerana dia istimewa. Dia adalah anugerah kepada kami. Anugerah ilmu. Anugerah sabar. Anugerah ketabahan. Segala macam hikmah boleh dikorek sejak dari kelahirannya ke dunia ini. Dia adalah satu contoh seorang insan yang memberi manfaat kepada kami dan juga orang lain. Dari kecil lagi dia telah menjadi gudang, gudang untuk menimba ilmu dan juga amal.
Saya cuma suka melihat sesuatu itu dari sudut ilmu yang boleh saya kutip. Melihat sesuatu isu dari pandangan yang lebih besar. Mungkin juga boleh dianggap saya ketagih berita dan maklumat. Ada sahabat blogger pernah berkata saya seorang yang egocentric. Mungkinkah?
p/s : Sejak akhir² ni makin menjadi-jadi seriusnye.. hehehe

10 comments:
Selamat harijadi blog !!
Teruskan menulis ye , caiyyookkkk .
kadang2 singgah membaca...tapi hari ni nk tinggalkan jejak
selamat harijadi blog...sudah tumbuh gigi ya ?
yey, hepi besday kat blog! diam tak diam yek...
teruskan memblogging...
salam sueeleen,
amboi2 hang,dah tau sambut harijadi yg ke-2 tawun, buatlaa kenduri beriyani ayam gam,jemput wak sekali ni haa...adoiii..kita raikan dengan temasya2...baru laa best..Umno pun ada modai nak kutuk...ni diam2 ajer sambut...mana nak aci sue oi!
Selamat sambut blog lahir ke 2 tahun,eh..betui kaa ayat wak ni..!
Sis Sue,
Wah2...blog kita beranak 1tarikh rupanya.Huhu! Happy birthday ke-2..huhuhu!
Well...mmg seronok ber-blog,mula2 ikut2 orang je menulis...Aikkk,jadi addicted plakk! huhu..
So..Tuliskan selagi mana boleh menulis. Soal apa?Soal apa2 lahhh...Yang baik,datangnya dari Yang Esa jua...
Blog lu,sentiasa dipantau gua...Huhu! Takdan je nak kasi feedback,alhamdullillah..dulu layout macam rosak je...tp skrg dah ok..huhu!
Hidup Jalan Terus!
Kak Rina:
kadang idea nak menulis lari juga!
Kak Jie:
kalo budak 2 tahun bukan takat dah tumbuh gigi, tapi mungkin saja dah boleh berbicara...
Kak KC:
terpengaruh dengan geng blogger SU sebenarnya ni..
Bro Albanjari:
temasya kampung talang? ke kampung pisang? meh kita buat macam dalam cite Man Laksa tu. baru bangkit nostalgia dedolu beb... ameno pun boleh bergencok sekali!
belanja beriyani gam kat bukit gantang boleh?
Aboo:
tulah.. terexcited plak dapat tahu ada kembar siam..
layout dulu tu rosak lama gak.. tak sedo pun.. sebab ada time lama tak online & tak update blog.
eh eh... blog lu update la selalu... berblog mesti terus! kalo tidak, gua takde tempat lepak yang best la...
Post a Comment