Thursday, April 23, 2009

Aku tak redha dengan Jom Heboh


Bila aku dok pandang tv.. terutamanya TV3, hati aku jadi begitu berasap! La ni dah lega sebab telenovela Marina tu dah abih. End up si Veronica yang seksi tu mati ditanam hidup². Setiap satu hal kejahatan sudah pasti ada hukumannya. Yang hak pasti mengatasi yang bathil. Apa barang layan Marina? Hahaha... Lepas ni aku boikot terus TV3 ni. Satu sebab aku berasap - iklan² Garnier la, aiskrim potong la, kuiz Johnson's & Johnson's la, dok potong stim. Tambah bagi kecik skrin. Tambah lagi sebab tak paham bahasa Sepanyol.

Aku tambah berasap dan sakit hati sebab Jom Heboh bakal jejak balik negeri aku. Ya... hadiah untuk rakyat Perak le tu. Bagus². Teruskan le benda negatif cam ni. Yang pasti Allah swt pun tak suka. Tak lama dah la tu....

"Majlis Mufti-Mufti Malaysia melalui Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pada 30 Julai 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda." (nekadislam)



DS Nizar mengharamkan jom heboh kerana ia sebahagian yang di fatwakan oleh mufti. Sua Rase diizinkan malah DS Nizar dan isteri turut sama meraikannya. (anaksengat)



Aku dan suami tak pernah jejak Jom Heboh beb... walau pun boleh je pi yang di Stadium Shah Alam yang sekangkang kera tu. Tak terbuka hati ni... alhamdulillah. Moga kami, anak beranak kami dan keturunan kami akan terus terpelihara dalam hidayahNya, insyaAllah.

4 comments:

joe penang on April 23, 2009 at 11:23 AM said...

salam
Ikut saya Sua Rasa tu pun sama je ngan JomHeboh. Adik ngan abang je. Kamceng.
Tp dah depa bagi nak buat camna?

silversarina on April 23, 2009 at 6:15 PM said...

Setakat ni memang tak teringin nak pergi jom heboh, anak2 pun buat 'derk' je.

Sue.Aleen on April 24, 2009 at 8:51 AM said...

Joe Penang:
thanks for stopping over. ermm... sua rasa ada konsert tak? yang pasti dua² tak pernah pi...

Sue.Aleen on April 24, 2009 at 8:52 AM said...

Kak Rina:
mak borek anak rintik. ibu bapa memang perlu mainkan peranan. kalo ibu bapa pun terkinja nak pi sama camne?

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez