Masih terbayang saat dan detik seperti di dalam Youtube di bawah. Sangat menyentuh dan menggamit memori.

Calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi.
Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.
Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.
Senarai lengkap dan jumlah calon bebas:
R Loganathan - 31
Tan Hock Huat - 78
Mohd Radhi Mat Lazim - 25
Mohd Fadzil Wahab - 83
Abdul Rahim Abu - 60
L Sarala - 49
A Jayagopal - 35
S Moganakumar - 46
Khamis Awang - 29
Husaini Yaacob - 257
Venason Michael - 32
Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - 528
T Chandrarajan - 73
Terima kasih tak terhingga kepada semua petugas dan sukarelawan yang terlibat. Kepada bloggers, you rawks! Saya menjadi penunggu setia blog Albanjari (sampai blog dia capai hit 1mil petang tadi. Bukan sebab sayalah... sebab orang lain pun sama. Syabas!), Cyberboron dan Perisik Rakyat sepanjang hari ini. Gambar di sana sudah cukup bercerita. Saya rasa teruja. Hanya Allah swt saja yang dapat membalas jasa² kalian membawa berita yang segar dan benar hasil dari pengalaman sendiri.
Dato' Seri Ir Mohammad Nizar... takziah mengiringi alhamdulillah.. betapa berat amanah ini. Dan untuk semua, ingatlah pesan TGNA lebih kurang kata²nya, kita sedang berdakwah, jangan ditambah luka mereka. Jika tidak, mereka akan lari. Kita seharusnya lebih merendah diri dengan kemenangan ini.
Entah mengapa hati tiba² merindui mantan Mufti Selangor, Allahyarham Hj Ishak Baharom. Al-Fatihah...
p/s : Seronok tonton analisa Awani pusingan kedua... yang ada Saudara Nobisha tu...

2 comments:
Syabas !!
Akak pun duk berulang tengok blog al banjari , sayang tak dapat balik Perak sebab Izzat exam dan mimi busy nak sukan .
Allahuakbar !!
Kak Rina:
Alhamdulillah. Sama la saya pun. Punya gila ketagih berita. Dok berpuluh kali pi ulang blog ABO. Saya dah sah² la takleh join pasai paham² je la jadi surirumah ni. Tapi kakak saya best la. Dok berkampun di Bkt Gantang berbelas-belas hari lagi. Tak sabar nak jumpa dia.
Post a Comment