Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
- Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
- Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
- Zakat dijadikan hutang.
- Suami memperturutkan kehendak isteri.
- Anak derhaka terhadap ibunya,
- Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
- Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
- Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
- Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
- Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
- Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
- Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
- Para artis-artis disanjung-sanjung.
- Muzik banyak dimainkan.
- Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
(Hadith riwayat At-Tirmidzi)
30 April, 2009 00:29 AM
Gempa Bumi Lemah Landa Manjung, Perak
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Penduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada pukul 9.35 malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu.
Bukankah Lumut terletak di dalam Daerah Manjung tempat diadakan Jom Heboh bebaru ni? Na'uzubillah.... Peringatan kecil telah diturunkan. Tidak mustahil Perak atau keseluruhan negara ini akan ditimpa bala berdasarkan kepada hadith Nabi s.a.w tersebut jika kita melihat gejala yang terjadi pada hari ini... wallahu'alam.

2 comments:
Sungguh menakutkan, semoga kita dijauhkan dari ditimpa bala yang lebih besar. Amin.
Kak Rina:
sedikit demi sedikit pergerakan tektonik menghampiri negara kita. memang sepatutnya kita berasa risau pun... kan..
Post a Comment