Sunday, April 19, 2009

Jangan kata ulat tiket, ulat makan pun ada...


Di antara tempat yang saya rasa MENYAMPAH dan mengelak untuk menjejakkan kaki:


1. Hentian Puduraya





Ulat tiket terlalu ramai. Orang yang biasa dengan lokasi kaunter tiket seperti saya tidak memerlukan mereka untuk guide ke kaunter² berkenaan. Bagi orang pertama kali menjejakkan kaki ke sana, akan merasakan kecut perut dengan cara layanan/pertanyaan pemuda² ulat ini.

Bila kita mendiamkan diri, diekorinya kita dan dikatanya, "Alah.. akak ni kita tanya je!" seolah-olah membentak. Ada masalah ke kalau aku diam? Ko tanya aku ke ko paksa aku? Akhirnya pantas saja saya menipu, "Nak pergi kencinglah!" (mungkin ayat tersiratnya - ko nak sebok wat per!). Padahal saya melencong ke tempat lain.

Jadi bagi yang ke Hentian Puduraya tu, silalah jangan dilayan soalan pemuda² ulat ini. Jadilah anda seperti orang yang pekak dan bisu. Itu lebih baik! Jika tidak, tiket harga bawah RM30 pun boleh lonjak ke lebih RM30. Saya layan! Tapi layan dengan nada yang marah!


2. Padang Kota Lama/Esplanade, Pulau Pinang

Foto bersumber dari sini


Kat area tempat makan. Tempat kami suka makan pasemboq. Peniaga dan pelayannya bersikap mendesak. Nak duduk di mana pun dia nak aturkan, tak nak makan pun dipaksa kita pesan makanan. Satu ketika kami ke sana, saya marah pelayan yang mengganggu dan mengerumuni meja kami. Bukan seorang, malah ramai dari gerai yang berlainan. Itu pun saya marah selepas kami memesan makanan dan pelayan²nya datang lagi menghampiri kami bertanyakan, "Mau makan apa? Takkan mau minum saja..". Berapa kali mau tanya la... karang ada yang makan kasut! Kuantiti kami ketika itu memang ramai. Dalam 4 keluarga rasanya.


3. Medan Selera di Subang Jaya

SS berapa tak ingat. Tapi yang satu seksyen dengan A&W 24 jam tu. Sama je macam medan selera dekat Esplanade, Penang.


Yang terkini, yang bakal masuk senarai ni di Hentian Duta. Tak mustahil suatu hari nanti medan selera Hentian Duta akan menjadi seperti medan selera Esplanade jugak.

Tolonglah... tolong jangan tanya aku ke mana aku mahu pergi. Tolong jangan diarah tempat duduk aku ketika aku ingin makan. Beginikah caranya peniaga menangani persaingan 'red ocean'? Cara dan sikap korang, membantutkan keinginan untuk makan dan bakal mengundang kemarahan. Jika kalian membiarkan saja pengguna memilih dengan bebas, bukankah itu lebih mudah?

Tidak bolehkah pihak berwajib memantau ke semua anasir negatif seperti ini daripada terus berleluasa?



p/s : Pilihlah dengan bebas juga di PRK Penanti nanti! Jangan diracun dakyah dari pelbagai pihak terutama dari pihak yang zalim!

8 comments:

Anonymous said...

oh aku pom x suke org suke ngekor or mbontot bile nk mkn or mbeli sesuatu...terus batal niat tu!

asr said...

Kalau service cepat aku oke jaa... Stakat diorang panggil masuk kedai aku no hal.

:)

Kujie on April 22, 2009 at 4:35 PM said...

alahaiii Sue..rasa rindu pula nak jejak mengimbau kenangan anak rantau dulu² jat Hentian Puduraya.

Skrg balik utara kat Hentian Duta

Makcik Runner on April 23, 2009 at 10:07 AM said...

bukan time makan je time shopping pun tak kuasa nengok shop assistant yg sebok bertanya nak beli apa bla bla bla...bosan! lagi satu yg boring ada sesetengah SA bila tanya soklan manyak no kelatnyaaaa..hish!

Sue.Aleen on April 23, 2009 at 10:55 AM said...

| Krsty Pinky |:
aku confirm batal.. tapi kat esplanade tak bleh beb sebab kami suka makan pasemboq kat situ.

Sue.Aleen on April 23, 2009 at 10:56 AM said...

ASR:
aku ni lain sket... tak suka aku wat dek & langsung blah.. servis cepat ke apa ke belakang kira.

Sue.Aleen on April 23, 2009 at 10:57 AM said...

Kak Jie:
masih boleh naik kat Puduraya jugak kalo nak ke utara.. tapi memang better la pi Hentian Duta. tak sesak napas!

Sue.Aleen on April 23, 2009 at 10:58 AM said...

Kak KC:
soklan yang tak berkaitan pun selalu ditanya. lagi satu kat mana tau.. bila ada promosi kad kredit tu. saya selalu cakap, "sori.. saya tak layak". hehehe...

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez