Tuesday, June 9, 2009

Apa dia UG ni? Ada sapa tau ka...?


Apa dia Kerajaan Perpaduan ni? Ada tak sesiapa nak huraikan sebelum korang² tu nak tembak dan tempelak TGHH? Saya tak kata saya sokong atau tolak. Cuma saya perlukan intipatinya sebelum kita kata Presiden atau Timbalan Presiden ni fraksi UMNO sebagaimana dakwaan sesetengah pihak yang dok leka dengan rentak jarum UBN ni. Macam hangpa tau segala saja bunyinya? Manalah tau kan.. kot UG tu memang saja nak bagi susah UBN ka?

Moga kita semua ni tidak terperangkap dengan perang saraf mereka! Silap hb hangpa kena main ja dengan media. Sebab utamanya.. nak pecah-belahkan persahabatan dan ukhuwah dalam Pakatan Rakyat serta nak pecah-belahkan PAS itu agar ia lemah.

Pasai apa lepas muktamar banyak cerita yang timbul? Beria betul media laporkan tentang muktamar kali ni. Hangpa tak heran ka? Depa nak bagi hangpa lupa pada persediaan hangpa nak ke Manik Urai kot? Bila hangpa sibuk segala dengan UG yang tak diketahui apa intipatinya ni, hangpa akan pi ke MU dalam keadaan fitnah, hati gundah gulana sama ada nak tolong PAS ka dak (pasai konon PAS ni nak berunding dengan UMNO) dan dengan rasa yang tidak ikhlas. Depa nak divert attention hangpa saja. Sapa pun tak peduli dengan kata Abang Mat - perkara paling susah nak buat - ISTIQOMAH!

Dalam kesimpulan TGHH masa ucapan dasar hari pertama. Point (vi), muka surat 35:

Marilah kita mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat, sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam PRU ke-13.


Jadi.. apa makna kata² TGHH ni?

Semalam saya tulis saya tak snap gambar masa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi ceramah kan? Nampak sangat saya ni pelupa.


Tan Sri Khalid Ibrahim berucap.


Antara yang hadir.


Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Seingat saya ni.. dia cakap nak runding tu rundinglah tapi yang dia tentang tu kerjasama. Tak taula kalau telinga saya silap pulak. Telinga media lebih canggih... hehehe!






5 comments:

kak Bib said...

Tak payah la nak pening2 kepala fikir, ambil yg mudah shj...kita berjuang kerana Allah, kita nakkan jln hidup Islam yg syumul. Kita nakkan keadilan dan kebajikan rakyat sejagat bkn utk diri sendiri. Bekerja sungguh2 utk menjadi generasi rabbani...istiqamah dlm perjuangan. Balasannya biar di akhirat sana. Yg penting ikhlas.

Anonymous said...

Betul ckp kak Bib tu adik Sue...
Just 4get about UG issue, tak kemana pun. Yg penting kita teruskan usaha dan mujahadah kita berdakwah utk menegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara kita.
Allah akan tanya tentang usaha kita, bukan soal UG atau hasilnya.
InsyaAllah Allah akan berkati perjuangan kita asalkan ikhlas dan dgn apajua cara yg syarie'.

Allahu Akbar Wa lillahilhamd..

Sue.Aleen on June 9, 2009 at 1:21 PM said...

nilah yang silapnya... semua anggap isu ni remeh.. padahal ia melibatkan keyakinan pengundi.. bagi orang yang istiqomah ni, memang kita tak kisahkan siapa pemimpin. PAS itu antara sendinya adalah dakwah. bila dakwah tidak diterangkan secara ilmiah dan berhemah, alamat orang akan menjauhkan diri dari kita.

masih tidak ambil peduli tentang istilah dan isu. isu remeh perlu ditangani dengan cekap, cepat dan betul. contohnya macam tindakan Saudara Husam Musa yang bertanya pada Dato' Haron Din tentang istilah 'musuh'. jika lambat bertindak, perkara barah ni akan merebak.

apa salahnya terangkan agar ia tidak menjadi fitnah yang amat berat yang bakal mengundang ujian yang amat hebat? jangan salahkan pendokong jika pada suatu hari nanti rakyat Malaysia tidak mempercayai PAS lagi.

Sue.Aleen on June 9, 2009 at 1:23 PM said...

dan bila kita tahu apa intipati UG ni senang kita nak berdepan dengan sesiapa saja.. terangkan pula pada mereka... susahkah?

Anonymous said...

betul tu suealeen,kita kena berilmu untuk menghadapi musuh.bukan ambil ringan perkara-perkara yang maybe setengah org anggap remeh.even kebocoran yg kecil pada sebuah kapal pun, lama kelamaan akan menenggelamkan kapal yg besar.tak semestinya dengan kita mendalami apa itu UG kita kena praktis.kita gunakan kefahaman yg kita dapat untuk menangkis dakyah2 yang datang.ni kalau ahli sendiri pun tak nak ambik kisah pasal UG, siapa lagi nak ambil tahu dan selami.takkan nak harapkan ahli be-end pulak.

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez