Assalamualaikum
Saya dimaklumkan oleh seorang AJK berkenaan posting diblog anda. Terima kasih.
Saya mohon berbanyak maaf memang PAS mengiktiraf dan menghargai peranan para bloggers dan ini diulangi dan diiktiraf oleh semua pimpinan pada setiap masa.
UMMI saya sendiri seorang blogger kecilan sejak 5 tahun dahulu dan saya tahu peranan, kemampuan dan kapasiti seorang blogger.
Sebagai Pengarah Publisiti dan Media Muktamar saya mohon memberi penjelasan.
Kami menerima pendaftaran lebih 300 wakil media mewakili lebih 50 agensi dan wakil media tempatan dan antarabangsa. Kami memang menjangkakan sambutan luar biasa oleh kerana muktamar kali ini adalah muktamar pemilihan. Stadium Melawati memang luas dan boleh menempatkan puluhan ribu hadirin tetapi yang boleh muat di "floor" muktamar adalah terhad.
"Floor" muktamar direservekan untuk 1041 para perwakilan dan tempat duduk untuk media di floor dapat sekadar 200. Saya terpaksa menempatkan selebih mereka dalam bilik rawatan stadium yang diubahsuai menjadi bilik media iaitu kira-kira 10 meter jaraknya dari "floor" iaitu terperosok dalam perut stadium.
Jika saya turut menerima pendaftaran para bloggers sudah pasti jumlahnya lebih ramai dari itu. Namun demikian para blogger boleh sahaja hadir sebagai pemerhati dan memang dibenarkan duduk dengan selesa di stand yang disediakan di kiri dan kanan stadium.
Saya mohon maaf atas kesulitan yang anda hadapi.
Sekian.
ROSLAN SHAHIR
Pengarah Publisiti dan Media
Muktamar Tahunan PAS ke 55
Komen saya di blog ABO:
suealeen said...
entah la bro ABO... saya rasa ada ke tak de pas media tak kisahlah. kita kena ingat macamana perjuangan itu digagaskan. perit dan jerih. perjuangan melalui media internet ni hanya gah kebelakangan ini. bagi saya, di bahagian pemerhati sendiri ada yang berblog. saya tak berblog la sebab laptop pun tak dak. dok usung broadband pun tak guna. ada di kalangan pekerja PAS belakang tabir ni tak tido langsung pun ada semata nak jayakan program² PAS.
kak Bib contohnya.. baru ja balik kelantan tak sampai 24 jam. kena plak pi muktamar. tak duduk diam dia. dia blogger ka? dak pun... moga usaha dan keikhlasan ke arah Islam oleh sesiapa juga, tak kira la dia tu blogger ke sapa pun, dinilai sebaik-baiknya oleh Allah swt. bukan setakat dinilai oleh mata manusia...
Saya tahu Ummi Anni tak bermaksudkan apa². Saya dapat rasakan keikhlasan dia menegur urusetia. Jangan silap pula... dia bukan pukul rata. Tak gitu?
Abang Ngah kami kehilangan ibu saudaranya pada hari Jumaat malam Sabtu lepas setelah kami pulang dari Wacana Muzikal. Al-Fatihah. Diberitakan lambat, hanya selepas pukul 12 tengah malam. Serba-salah terkesan di hatinya. Hati mahu balik tapi kereta pula pool. Berkorban demi kerana bergerak dalam gerakan Islam. Dah tentu juga bukan seorang blogger. Tapi bolehkah pengorbanan orang² seperti ini dikesampingkan? Dah tentu tidak... tapi tak semua orang tahu. Tak semua orang tahu tentang orang² ini. Moga niat mereka yang bergerak menuju ke arah Islam, tak kiralah sama ada mereka blogger atau tidak, dinilai sebaik-baiknya oleh Allah swt. Bukan hanya dinilai oleh mata manusia... Bila dinilai oleh Allah, bantuan dan kemudahan olehNya turun tanpa kita sedari, insyaAllah. Subhanallah.


0 comments:
Post a Comment