Keluhan Korporat 1
Deme bayo petak sehari RM5,000 untuk buka satu booth di pintu hadapan stadium. Hari Khamis masa nak anto barang deme, deme terkejut sebab nombor booth tak de. Bila ditanya wakil urusetia yang teman tak tahu sape, malah staff syarikat korporat ni sendiri tak tahu sapa, boleh beno dia jawab tak tahu. Katanya ambil je la petak mana² pun dan dia tu tunjuk kat satu area di tempat berbumbung.
Bila si staff syarikat korporat ni pergi ke situ, udah ada orang yang ambil tempat tu. Maka masing² pun katalah tempat tu deme yang punya. Gaduh serba sikit. Sampai udah rujuk ke HQ nak angkut balik semua perkakasan yang ada balik ke syarikat. Ala-ala merajuklah adanya. HQ tepon urusetia, entah macam mana tu setelah disusun semula dapat la satu tempat yang tidak sepatutnya. Padahal deme dah undi. Bayo plak mahal yob!
Syarikat korporat ni dijemput oleh seorang Exco negeri Selangor untuk buka booth di situ untuk menyatakan sokongan kepada aktiviti yang dianjurkan oleh PAS. Exco mana idak le teman tahu. Ada satu syarikat korporat lagi - Puncakniaga pun bayo mahal juge. Lebih mahal dari syarikat korporat yang tadi. Patutnya dapat tempat depan pintu stadium. Udah²nya diletakkan di tepi saja.
Keluhan seorang peniaga makanan
Udah undi petak juga halnya. Mula cakap diperuntukkan 30 petak saja untuk peniaga. Tak pe la. Udah²nya dinaikkan ke 100 petak. 100 petak ni pun bukannya ada penghuni semuanya. Yang si peniaga ni tadi dapat petak dia di tepi Stadium Shah Alam, dah hujung dunia. Hari pertama saja dia kerugian dan hampir putus asa. Berekor-ekor ayamnya terpaksa 'dimusnahkan'. Dia mengambil inisiatif menghubungi rakan² supaya makan digerainya yang jauh (termasuk kami le tu!).
Keluhan pengunjung di malam Forum "Islam Memimpin Perubahan"
Nape la tak de banner, tak de direction di mana forum itu dibuat? Bila tanya dengan Unit Amal ada yang jawab tak tahu. Bila jenguk dalam Stadium Melawati boleh nampak orang² belakang tabir sibuk menyiapkan pentas dan persediaan untuk hari Jumaat. Ada pengunjung yang tak tahu forum itu diadakan pukul berapa pun. Datang seawal 8.00 malam. Padahal forum hanya diadakan pada pukul 10 malam. Sepanjang pengetahuan saya, mana² ceramah sebelum ni memang diadakan di dalam stadium. Jadi tidak hairanlah jika ada yang 'sesat' kali ini. Sama juga ketika malam Wacana Muzikal. Lekatkanlah sebaran di pintu utama, agar kami semua turun ke bawah tanpa perlu mendaki tangga.
Cadangan:
1. Seperti mana² event yang besar, contohnya MATTA Fair, cuba ambil inisiatif untuk melabel dan menandakan petak 1 hingga ke seterusnya untuk kemudahan peniaga dan syarikat² yang telah mengundi petak² berkenaan.
2. Sediakan flyer untuk pengunjung dengan meletakkan unit amal di pintu masuk atau di point² utama. Flyer ini bertujuan untuk memberitahu peta lokasi dan aturcara pada hari dan waktu tersebut.
3. Jika tidak flyer sekali pun, cetakkan dengan saiz yang besar aturcara dan tempat kami sepatutnya duduk di pintu stadium atau di point² yang utama kemasukan pengunjung.
4. Hadkan permintaan membuka gerai. Bukan bermaksud menghadkan rezeki orang. Cuma jika pada mulanya ditetapkan 30 petak, kemudian tiba² saja dinaikkan ke 100 petak, maka di situ sudah mula timbul unsur ketidakadilan. Tambah pula sekiranya mereka yang mula² telah mengundi petak. Mana² event mesti ada had gerai yang dibuka. Saya tengok hari ke-3 tu ada pula gerai tambahan di tepi² kawasan berbumbung. Macam mana pula boleh tiba² wujud gerai² itu?
5. Sila terangkan dengan jelas mengapa beg perlu diperiksa. Beg saya diperiksa 2 kali sebelum saya keluar. Seorang dengan petugas wanita, kedua dengan petugas lelaki yang berada tidak jauh dari petugas wanita yang pertama.
6. Tandakan dengan jelas "Pemerhati Muslimat", "VIP", "Veteran", "Kelab Penyokong" dan "Pemerhati Muslimin".
7. Surau di stadium kecil dan sempit. Surau alternatif WAJIB disediakan oleh penganjur. Surau alternatif ini hanya disediakan kalau tak silap saya pada hari ke-2 dan ke-3 muktamar. Hari pertama saya dan kakak menumpang solat di bilih rehat kakak² cleaner. Tu pun kakak cleaner tu hampir dimarahi kerana membenarkan kami solat di ruangan itu.
8. Sediakan juga tanda arah ke "Gerai Makanan", "Gerai Baju", tandas, booth korporat, surau dan lain² dengan jelas lagi nyata. Direction sebegini penting agar pengunjung berjalan tidak terlalu jauh atau mungkin saja tidak berjumpa dengan benda yang mereka hajati.
Lagi? Ermm.. tak de kot. InsyaAllah jika saya ingat saya akan upkan lagi entry tentang ni. Pengurusan penganjur dan urusetia penting dalam mempamerkan imej yang baik pada pandangan masyarakat agar tiada yang rasa tidak adil dan mengeluh di belakang. Contohi pengurusan acara yang baik, insyaAllah mana² acara akan terus diingati dan diteladani di kemudian hari. Yang mana baik datang dari Allah swt, yang lemah datang dari diri saya sendiri.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

