Wednesday, June 10, 2009

Keluhan kedengaran di muktamar


Muktamar PAS ke-55 yang lepas menyaksikan satu keadaan yang tak ingin kita lihat terjadi. Saya tak mao cerita banyak pasal intipati dasar ka, ucapan perwakilan ka, ucapan ustaz² ka, ucapan kepimpinan ka... Ni nak cerita bagi satu sokongan untuk urusetia PAS bagi membaiki kelemahan dan memantapkan lagi perjalanan mana² event PAS.


Keluhan Korporat 1

Deme bayo petak sehari RM5,000 untuk buka satu booth di pintu hadapan stadium. Hari Khamis masa nak anto barang deme, deme terkejut sebab nombor booth tak de. Bila ditanya wakil urusetia yang teman tak tahu sape, malah staff syarikat korporat ni sendiri tak tahu sapa, boleh beno dia jawab tak tahu. Katanya ambil je la petak mana² pun dan dia tu tunjuk kat satu area di tempat berbumbung.

Bila si staff syarikat korporat ni pergi ke situ, udah ada orang yang ambil tempat tu. Maka masing² pun katalah tempat tu deme yang punya. Gaduh serba sikit. Sampai udah rujuk ke HQ nak angkut balik semua perkakasan yang ada balik ke syarikat. Ala-ala merajuklah adanya. HQ tepon urusetia, entah macam mana tu setelah disusun semula dapat la satu tempat yang tidak sepatutnya. Padahal deme dah undi. Bayo plak mahal yob!

Syarikat korporat ni dijemput oleh seorang Exco negeri Selangor untuk buka booth di situ untuk menyatakan sokongan kepada aktiviti yang dianjurkan oleh PAS. Exco mana idak le teman tahu. Ada satu syarikat korporat lagi - Puncakniaga pun bayo mahal juge. Lebih mahal dari syarikat korporat yang tadi. Patutnya dapat tempat depan pintu stadium. Udah²nya diletakkan di tepi saja.


Keluhan seorang peniaga makanan

Udah undi petak juga halnya. Mula cakap diperuntukkan 30 petak saja untuk peniaga. Tak pe la. Udah²nya dinaikkan ke 100 petak. 100 petak ni pun bukannya ada penghuni semuanya. Yang si peniaga ni tadi dapat petak dia di tepi Stadium Shah Alam, dah hujung dunia. Hari pertama saja dia kerugian dan hampir putus asa. Berekor-ekor ayamnya terpaksa 'dimusnahkan'. Dia mengambil inisiatif menghubungi rakan² supaya makan digerainya yang jauh (termasuk kami le tu!).


Keluhan pengunjung di malam Forum "Islam Memimpin Perubahan"

Nape la tak de banner, tak de direction di mana forum itu dibuat? Bila tanya dengan Unit Amal ada yang jawab tak tahu. Bila jenguk dalam Stadium Melawati boleh nampak orang² belakang tabir sibuk menyiapkan pentas dan persediaan untuk hari Jumaat. Ada pengunjung yang tak tahu forum itu diadakan pukul berapa pun. Datang seawal 8.00 malam. Padahal forum hanya diadakan pada pukul 10 malam. Sepanjang pengetahuan saya, mana² ceramah sebelum ni memang diadakan di dalam stadium. Jadi tidak hairanlah jika ada yang 'sesat' kali ini. Sama juga ketika malam Wacana Muzikal. Lekatkanlah sebaran di pintu utama, agar kami semua turun ke bawah tanpa perlu mendaki tangga.


Cadangan:

1. Seperti mana² event yang besar, contohnya MATTA Fair, cuba ambil inisiatif untuk melabel dan menandakan petak 1 hingga ke seterusnya untuk kemudahan peniaga dan syarikat² yang telah mengundi petak² berkenaan.

2. Sediakan flyer untuk pengunjung dengan meletakkan unit amal di pintu masuk atau di point² utama. Flyer ini bertujuan untuk memberitahu peta lokasi dan aturcara pada hari dan waktu tersebut.

3. Jika tidak flyer sekali pun, cetakkan dengan saiz yang besar aturcara dan tempat kami sepatutnya duduk di pintu stadium atau di point² yang utama kemasukan pengunjung.

4. Hadkan permintaan membuka gerai. Bukan bermaksud menghadkan rezeki orang. Cuma jika pada mulanya ditetapkan 30 petak, kemudian tiba² saja dinaikkan ke 100 petak, maka di situ sudah mula timbul unsur ketidakadilan. Tambah pula sekiranya mereka yang mula² telah mengundi petak. Mana² event mesti ada had gerai yang dibuka. Saya tengok hari ke-3 tu ada pula gerai tambahan di tepi² kawasan berbumbung. Macam mana pula boleh tiba² wujud gerai² itu?

5. Sila terangkan dengan jelas mengapa beg perlu diperiksa. Beg saya diperiksa 2 kali sebelum saya keluar. Seorang dengan petugas wanita, kedua dengan petugas lelaki yang berada tidak jauh dari petugas wanita yang pertama.

6. Tandakan dengan jelas "Pemerhati Muslimat", "VIP", "Veteran", "Kelab Penyokong" dan "Pemerhati Muslimin".

7. Surau di stadium kecil dan sempit. Surau alternatif WAJIB disediakan oleh penganjur. Surau alternatif ini hanya disediakan kalau tak silap saya pada hari ke-2 dan ke-3 muktamar. Hari pertama saya dan kakak menumpang solat di bilih rehat kakak² cleaner. Tu pun kakak cleaner tu hampir dimarahi kerana membenarkan kami solat di ruangan itu.

8. Sediakan juga tanda arah ke "Gerai Makanan", "Gerai Baju", tandas, booth korporat, surau dan lain² dengan jelas lagi nyata. Direction sebegini penting agar pengunjung berjalan tidak terlalu jauh atau mungkin saja tidak berjumpa dengan benda yang mereka hajati.


Lagi? Ermm.. tak de kot. InsyaAllah jika saya ingat saya akan upkan lagi entry tentang ni. Pengurusan penganjur dan urusetia penting dalam mempamerkan imej yang baik pada pandangan masyarakat agar tiada yang rasa tidak adil dan mengeluh di belakang. Contohi pengurusan acara yang baik, insyaAllah mana² acara akan terus diingati dan diteladani di kemudian hari. Yang mana baik datang dari Allah swt, yang lemah datang dari diri saya sendiri.





9 comments:

SA7 said...

sy sokong cadangan2 diatas.bukan apa, ini dah melibatkan imej islam itu sendiri.jangan kita calarkan imej islam ini hanya kerana lemahnya management skill kita.lebih2 lagi ini Muktamar yg ke 55 bukan yang no 1.diharap kepada organiser muktamar on future supaya lebuh berhati-hati dan lebih fokus pada kerja anda.jgn hanya beri alasan 'kami tak cukup masa/kami tak cukup kakitangan'.sedangkan perancangannya mungkin dah berbulan-bulan malah mungkin dan cecah satahun sebelum itu lagi.sepatutnya pihak organiser lebih berhemah ketika menjawab pertanyaan/rungutan para peniaga/exhibitor.saya faham bagaimana susahnya menguruskan event yg besar tapi seperti yg sy nyatakan kat atas tadi, ini bukan MUktamar yg pertama tapi yg ke 55.dari sebelum merdeka dah ada muktamar.apa2 pun ruang untuk memperbaiki kelemahan masih luas lagi.memangla susah nah bg pus hati semua pihak,tp sekurangnya-kurangnya minimakan ketidakpuashatian semua pihak.
saya juga ucapkan tahniah dan syabas kepada semua petugas,organiser dan semua yg terlibat mengurus dan menjalankan Muktamar ini.dan sy juga tahu kalian bekerja semata-mata kerana Allah dan tidak mendapat bayaran apa-apa pun.segala usaha yg kalian lakukan insyaallah diberikan ganjaran yg besar disisiNYA.TAKBIR!!!!

silversarina on June 10, 2009 at 8:53 PM said...

Patut di upgradekan pengurusan macam yang sue kata sebab umur PAS pun dah banyak bukan baru setahun jagung .

ummu asiah on June 11, 2009 at 9:15 AM said...

suealeen..

read in my blog too..

yes i aggree with you..especially bab kurang maklumat kpd awam tu..

di luar terasa hambar..cuma aktiviti org meronda gerai dan membeli..tak terasa meriahnya. kalau Ustaz Nasharuddin puji kata kemudahan multimedia bagus..patutnya..buatlah juga satu screen besar di luar..supaya ada juga aktiviti sampingan di luar..

yang kedengaran hanya pengumuman barang hilang atau yg sewaktu dengannya...dah baca juga dlm satu blog tak ingat nama dia mungkin dia refer to your kes abt the company...and also about company puncak niaga tu..patutlah banner dan buntingnya penuh keliling satdium...'menakutkan' dengar dakwaan yang bukan2 tu..

ummu asiah on June 11, 2009 at 9:23 AM said...

sue..
nak tambah about yr question..macamana boleh brtambah gerai ditepi gerai brbumbung tu..sbnrnya some of them ialah yg dah dapat gerai yang jauh di tempat yg 'sejuk' kata orang..around my gerai juga..mlm kedua..arnd 12 tghmalam semua berpusu2 mencari ruang yang ada untuk pindah gerai..sbb kwasan asal mereka mmg org tak lalu dan tk pergi termasuk mine..so urusetia kata kat depa..pindah saja ikut suka hati..tpi akak mmng dah give up dan dah tak larat dan kuasa nk pndah..itulah jadi keadaan tk terkawal..tp kemungkinan jga ada yg letak kemah tanpa daftar atau bayar..perasan tak hari terakhir tiba2 ada kemah datang siap bakar satay utk dijual!!!!...macam-macam hal..tapi tu lah kalau kita rungut bnyk ada org tak suka pula...tapi ini rungutan dari org yang terasa teraniaya dan dizalimi...

AbeKhalid said...

Sue, memang saya setuju sgt cadangan2 dan teguran2 tersebut.
Kami pun ada juga berniaga, memang adalah rasa tak puas hati...banyaklah perkaranya, termasuk apa yg Sue ceritakan itu.
Cuma, saya tak tahu samaada pimpinan PAS Negeri Selangor tahu atau tidak rungutan2 & kelemahan2 ini, sebab dgr dari Dato Hassan Ali, seolah2 baik sekali event mgmt kali ini. Takutlah dia hanya dengar yg baik2, jadi mcm puak2 AMNO, hanya bg gambaran yg elok jer pd pimpinan.
Pastikan noktah2 tersebut diketahui oleh Hasan Ali dan pimpinan PAS lain, sebab mmg banyak sgt rungutan2 tak puas hati terhadap penganjuran dan cara pembahagian gerai2 tersebut.
Kekadang rasa tawar hati nak bniaga kat event2 besar PAS kalau itulah caranya, seolah2 lebih teruk dari Event2 besar biasa.
Jgnlah PAS hanya suka komen org lain, padahal bila sendiri buat, bnyk berterabur, bnyk sgt kelemahan2 asas yg tak sepatutnya berlaku.
Kena cepat2 improve, baiki kelemahan...sebelum terlambat.
Wallahu'alam.

Kak Jie on June 14, 2009 at 5:01 PM said...

Selalunya rasa tak puas hati ditelan saja...tapi sebaik2nya...urusetia kena ambil perhatian setiap aduan....

selalu sgt jumpa cacat cela dalam acara yang melibatkan PAS yg pernah saya pergi, tapi selalunya ditelan saja..terima seadanya..tetapi zaman dah berubah....pemikiran kita juga perlu berubah.

kalau masih ditakok lama...takut nnt org makin menjauh

kak Bib said...

Masa muktamar di Ipoh tahun lalu taklah seteruk ni...org yg berniaga pun tak la terlalu byk mcm di Shah Alam. Memang la buat kat stadium kawasan luas dan org ramai dtg. Mrk kena ingat org yg dtg ke muktamar ada aktiviti penuh x cukup masa nak bershopping atau meninjau2 bazaar kat situ. Bila dah terlalu byk ada yg langsung tak ada pelanggan. Kesian sebab mrk tak limitkan ruang berniaga. Mungkin kerana terlalu ghairah nak cari untung...dgn kata dikelolakan oleh Unit Amal. Kenapa sampai mcm tu?

Mengenai aturcara dan program yg berlangsung tak ada masalah mmg ok. Cuma perlunya mrk tambah ruang solat sbb bila ramai tempat yg ada tu x cukup sedangkan byk bilik2 kosong tak digunakan sepenuhnya utk jadi surau sementara.

Gerai makan jauh dan terlindung...terlalu byk sehingga mengalami kerugian di pihak yg berniaga.

Gerai yg baru yg tidak didaftarkan yg berniaga mcm2 dan jauh lebih mendapat perhatian org sbb mrk pandai cari lokasi yg stategik mengikut kehendak mrk kat mana nak pasang meja berniaga. (mrk ni mmg tak fair pada yg benar2 menyewa tapak kat situ)

Unit amal jgn tamak dan cari mcm2 alasan utk cover kelemahan. Mmg memalukan PAS bila dah nampak sgt duit yg jadi keutamaan. lepas ni org akan serik nak ikut serta berniaga kalau pengurusan tahap cap ayam...

Sue.Aleen on June 24, 2009 at 9:25 PM said...

Saya bersetuju dengan cadangan semua. Ini untuk kebaikan PAS juga. Jadi organisasi besar mestilah pandai uruskan perkara² besar. Kalo uruskan event pun cacamarba tak tahulah nak kata camne.

kak Bib said...

pengacara pada hari pertama program tu mmg anak Dr Dzul. Muadz dgn kakaknya. Padanlah sedap sgt bahasa Arab dia. Kaka dia pun bagus juga BI dia..

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez